Pengikut

Monday, February 22, 2010

Friday, February 19, 2010

MAULIDURASUL ALA UMNO

Klik Web MPK
Cuba fikirkan.... Tak buat perarakan Maulidurasul kena tuduh hina Islam... Buat nyanyian Karaoke 60an dalam musim Maulidurasul sebagaimana Iklan di atas mungkin dianggap mempertahankan kesucian Islam.

Apa pula maksud bintang kecil? Adakah pertandingan kanak-kanak comel atau pertandingan nyanyian sebagaimana bintang kecil TV. Kalau bintang kecil itu pertandingan nyayian, ini juga merupakan penghinaan pada Maulidurasul.

Kita tidak menentang keseluruhan isi program seperti sukan (namun batas pergaulan mesti dijaga hendaknya lelaki dan perempuan dicampur dalam apa-apa pertandingan). Kita juga tidak bantah sebarang pameran atau gerai jualan.

Namun apa yang tak kena ialah adanya elemen-elemen yang tak baik dicampur dalam program tersebut. Hormatlah bulan kelahiran dan kewafatan nabi. (nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal dan nabi wafat juga pada 12 Rabiul Awwal)

Kita harapkan penganjur dapat segera menyingkirkan elemen-elemen yang tak baik dari Pesta Pantai baluk ini demi menjaga kesucian Maulidurasul

Wednesday, February 17, 2010

LIM GUAN ENG ANTI MELAYU

Lim Guan Eng anti Melayu. PAS jadi alat DAP untuk menjahanamkan melayu. Mana bukti dan Faktanya. Fakta dibawah menafikan tuduhan songsang selama ini. untuk paparan yang lebih jelas sila klik sini

Saturday, February 13, 2010

Buku terbaru: Cikgu Bard

Buku terbaru susunan Cikgu Bard. Buku panas ini sukar diperolehi di pasaran terbuka. Tak dijual di kedai kedai buku.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA?

1. Bank in

Pilih mana yg berkenan:-
a. *RM 15 pos biasa atau
b. *RM20 pos Ekspres (percuma 1 keping VCD)

ke akaun
Maybank 156094061080
CIMB 0609 0000369203

2. Lepas bank in, Kemudian sms ke No HP 019 9319231 butiran seperti

a. tarikh,
b. masa,
c. cawangan bank,
d. seq. no. ,
e. jumlah RM, jumlah tempahan (Pos biasa atau ekspres)
f. dan jangan lupa nama dan alamat untuk penghantaran.

3. Proses penghantaran

a. *7 hari bekerja melalui pos biasa.
b. *2 atau 3 hari pos Ekspres

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA


Tuanguru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS

Ust Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Lajnah Perpaduan Nasional DPPP


SIAPA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT?

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang tidak wajar mengenakan sebarang syarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak kerana ia bakal menimbulkan kesulitan kepada kerajaan membangunkan rakyat dan negeri itu.

Apakah syarat Pakatan Rakyat Perak yang dianggap menimbulkan kesulitan kepada kerajaan untuk membangunkan rakyat?

Mari kita lihat syarat yang diberi oleh Dato Seri Nizar
  1. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dibenar menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk aktiviti rakyat
  2. Tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input untuk kepentingan rakyat Perak.
  3. Pembangkang mahu peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat mereka untuk memudahkan pihak berkenaan menjalankan aktiviti membangunkan rakyat di kawasan masing-masing.
Apa yang pasti syarat yang diberikan oleh Dato Seri Nizar jika ditunaikan, tidak akan menimbulkan kesulitan kepada kerajaan dan rakyat malah ia menguntungkan rakyat.

APABILA MIMPI MENJADI BERITA

Laporan awal Utusan Meloya, bertajuk Pulau Pinang batal Perarakan Maulidur Rasul. Seolah olah tak buat perarakan, berdosa tapi tak daulatkan Islam tak mengapa.

Muhyidin terus memberi respon. Saya teringat Tun Ghafar Baba masa menjadi TPM. (maaf sekadar contoh) Beliau seringkali memberi komen tanpa dapat sumber sahih. Sudah banyak kali Muhyidin menjadi pengutip sampah.

Harakah daily melaporkan cerita sebenar. Kita hairan, dari sumber mana berita bohong ini muncul. Setelah disemak... jawapannyaDari mana pula Pak Lah dapat sumber berita bohong ini..?????

Ya betul.... Pak Lah dapat sumber berita bohong ni dari.......

Friday, February 12, 2010

PAKATAN RAKYAT PASANG TANGLUNG DI AIR PUTIH

LAPORAN AKHBAR CINA : LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA

LAWATAN DEWAN HARIAN BPPNP KE PEKAN

Lawatan ini sempena Mesyuarat bulanan Dewan Harian PAS Pahang. Bermula dengan lawatan

9 am.
Solat jenazah ahli PAS. Meninggal kerana sakit tua.

11. am
Kami di bawa oleh PAS kawasan Pekan ke penempatan rumah panjang di Sungai Miang. Rombongan kami disambut dengan baik. Namun ada yg masih takut takut, tak kurang juga yang melahirkan rasa tak senang. Rata-rata mereka adalah orang Kedah. Dibawa masuk ke Pekan secara berperingkat. Setiap seorang mendapat tapak rumah suku ekar dan tanah untuk bercucuk tanah sebanyak 1 Ekar

Peringkat awal mereka mengusahakan padi, namun keadaan tanah yang tak sesuai menyebabkan sekarang ini nenas menjadi tanaman utama. Kami melihat ladang nenas seluas mata memandang

Selepas melawat rumah panjang, kami dibawa melalui jalan tanah merah sejauh 3 km. jalannya berlubang lubang, kereta yang rendah pasti sangkut. Mujurlah bukan musim hujan.
Bukan main terkejut kami...?

Kawasan penempatan banglow yang disediakan oleh Najib untuk pengundi importnya. Orang orang kedah khususnya dari langkawi dibawa masuk ke Sungai Miang 7 tahun yang lalu kini memperolehi banglow. Waw..!
Ruginya jadi warga Pekan. Orang pekan hanya sekadar dapat rm200 ke rm300. Orang luar dapat tanah dan dapat banglow.

Saturday, February 6, 2010

11 am Rumah warga emas Bukit Ubi

Rumah warga emas yang dikendalikan oleh Persatuan Tionghua Kuantan. Hanya warga emas yang tiada anak dan isteri/suami sahaja layak menghuni rumah ini. Segala pembiayaan diurus oleh persatuan melalui derma korporat dan orang perseorangan

YB azan Ismail dan YB Syed Muhammad diberi peluang berucap didepan warga emas dan kakitangan rumah kebajikan

Limau yang sedia untuk diagihkan

YB Azan memberi ang pau dan buah limah

YB Syed Muhammad menghulurkan ang pau

YDP PAS kawasan Indera Mahkota yang menjadi tulang belakang sehingga terlaksananya program bersejaran ini.

Bergambar dengan seluruh warga emas berjumlah 27 orang

7 am Pasar Pagi Air Putih

Unit Amal sedang memunggah bungkusan limau. Lebih 1500 bungkusan akan diagih-agihkan kepada pengunjung masyarakat Tionghua di Pasar Pagi Air Putih
Bersama YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Sdr Nasrun Amir, YDP PAS kawasan Indera Mahkota, Anggota Pusat Khidmat Dun bergambar bersama pengunjung pasar.

Risalah diagih-agihkan kepada pengunjung yang hadir. Respon mereka sangat baik. Mereka bertepuk tangan menerima kehadiran rombangan PAS dan Pakatan Rakyat.
Saudara Mohd Ghaus Razali Naib YDP Pas Indera Mahkota turut sama mengagihkan buah limau.
Warga tua, ceria menerima cenderahati dari kami
"Ini dari mana?" sapa pengunjung berbangsa cina. "Ini dari PAS dan Pakatan Rakyat" jawab saya ringkas.... "ouyooo manyak bagus... manyak bagus.." respon mereka


Habis 1500 bungusan limau... Wajah wajah petugas tersenyum puas. Jam 8.30 pagi kami mula meninggalkan pasar pagi yang beransur ansur lengang.

Kami keluar seawal jam 6.30 pagi. Jam 9 baru kami boleh sarapan di warung nasi dagang. Sarapan pagi ditaja oleh YB Azan Ismail. Terima kasih

Monday, February 1, 2010

BODOH TAHAP PALING TINGGI


Membaca kenyataan MB Haram Perak, membuatkan saya tertawa sendiri. Tertawa kerana kebodohan beliau. Pada Saat rakyat dan Pakatan Rakyat mahukan DUN dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik Perak. Tiba-tiba Zamri datang dengan teori bodoh tahap tertinggi.

Zamri mencabar ADUN Pakatan mengosongkan kerusi bagi membuktikan PR dapat sokongan rakyat. Rakyat sepatutnya menghakimi seluruh kerusi DUN bukan menghakimi 28 kerusi sahaja. Apa sahaja keputusan atas 28 kerusi DUN, MB haram tetap duduk di kerusi MBnya.

Bubarkan DUN dan bagi rakyat menghakimi keseluruhan kerusi DUN Perak. Terima sahaja apa yang rakyat tentukan. Dato Seri Nizar membuktikan kejantanannya dengan ikrar jika mahkamah isytiharkan beliau MB yang sah, beliau akan mohon perkenan Sultan Perak untuk bubarkan DUN. bagi menyerah mandat pada rakyat. Bolehkan "Pondan Metalik" seekor ni bertindak seberani Nizar. Lu pikirlah sendiri.