Thursday, April 28, 2011

Hijau.. Jom Hayati lagu ni

Lagu ni ditujukan khas buat teman teman yg sedang berjuang membantah kewujudan industri Rare Earth (Lynas) di Gebeng. Selamat berjuang... lawan sampai menang...

Kerajaan perlu telus dalam isu Lynas: S.M Idris

KUALA LUMPUR, 28 April: Sebelum mempertimbangkan panel ‘pakar bebas’ antarabangsa, kerajaan mestilah bersikap telus kenapa membenarkan Lynas membina dan mengendalikan kilang nadir bumi.

“Dan kenapa Lynas begitu yakin bahawa penelitian semula selama satu bulan akan mengesahkan ia selamat,” kata Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan bahawa AELB akan mendapatkan pertolongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk memilih pakar bagi mengkaji keselamatan projek kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Pertama, katanya IAEA ditubuhkan untuk menggalakkan penggunaan tenaga nuklear dan bertindak sebagai polis untuk memeriksa sama ada sesebuah negara itu menjalankan program senjata nuklear secara terselindung.

Pada hakikatnya, kata beliau IAEA membantu negara membangun dalam rancangan mereka untuk membina loji tenaga nuklear.

“Berdasarkan mandatnya ia adalah merupakan satu khayalan untuk membayangkan bahawa IAEA berada dalam kedudukan untuk meletakkan bersama panel “pakar bebas” antarabangsa untuk menjalankan kajian yang tidak dapat dipertikaikan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tamnbahnya dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk mengawal penggunaan tenaga nuklear.

Peranan AELB adalah untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga nuklear dan aktiviti berkaitan di negara ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata, AELB telah mengeluarkan lesen kepada Lynas untuk membina dan menjalankan kilang memproses nadir bumi, menyedari sepenuhnya bahawa sisa thorium radioaktif akan dihasilkan.

Malah, ujarnya AELB akan membuka pejabat cawangannya di Gebeng.

Kedua, tambah beliau lagi kerajaan merancang untuk membina dua buah reaktor nuklear.

“Dalam hubungan ini jelas terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kerajaan akan menggunakan thorium sebagai bahan api untuk reaktor nuklear yang dirancang,” katanya.

Jelasnya, perlu diingat bahawa Malaysia tidak memihak kepada simpanan plutonium atau uranium berpusat antarabangsa, ini akan menjadi peluang keemasan untuk mendapatkan akses untuk kuantiti thorium yang tidak terhad di tempat sendiri untuk bahan api reaktor nuklear yang dirancang.

Ini juga, katanya lagi bermakna reaktor nuklear kemungkinan besar akan ditempatkan di kawasan Kuantan atau berdekatan di mana laporan akhbar baru-baru ini mendedahkan bahawa salah satu loji nuklear akan ditempatkan di Temerloh.

Ketiga, jelasnya thorium boleh digunakan untuk menghasilkan uranium.

Tambahnya, thorium boleh digabungkan dengan americium untuk membuat reaktor nuklear mudah alih.

Bagaimanapun, ujarnya americium dilaporkan berbahaya dan toksik sepertimana plutonium.

“Ia akan menjadi satu kesilapan besar dan boleh membunuh jika kita mengambil jalan ini untuk menghasilkan loji tenaga nuklear,” katanya.

Diskusi bersama Majlis Peguam Pahang



Ini bukan isu Cina bantah dan Melayu sokong. Ini Isu keselamatan bersama. Bahaya menimpa tak kira siapa. Melayu, Cina, India dan semua bangsa mesti bersatu membantah..


Wakil Masyarakat Cina memberikan pandangan

Sdr Jamnan dari Sg Ular melahirkan kebimbangan.

En Mahmud Taman Balok Baru

Mohd Ghaus Razali dari Sg Karang


Wakil Majlis Peguam..

En Hon Kai Ping Peng Perusi Majlis Peguam Pahang memberikan taklimat

En Abdullah Johari Wakil Majlis Peguam Pahang.

Wednesday, April 27, 2011

PANAS.. MESTI BACA... BENARKAH LYNAS PERNAH MENIPU DALAM PEMBELIAN SAHAM ??

Dari Blog tahirnisa.blogspot.com

AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Canada pada 11hb September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10hb Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Tecchnologies Inc.

Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand.

Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Canada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tidakan mereka. Saman ini juga untuk menghalang mana-mana individu dari Lynas dari menjadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mahkhamah Persekutuan diCanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan.

Pada 7hb April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc, dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China.

Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas.

Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

Dokumen berkaitan....




http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/Lynas_sells_AMR_holding.pdf

Monday, April 25, 2011

ARE Controversy final.wmv

Sunday, April 24, 2011

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA, HENTIKAN LYNAS - Siri 3

Lokasi : Persimpangan Gebeng, Kuantan




Penduduk Bukit Koman Raub yg terkesan dengan racun kimia cyanite turut menyatakan sokongan. Mereka datang dari Raub menyokong solidariti kami.

Mana Hearley, aku nak start dulu....

Memanaskan pentas... Memulakan ucapan membantah Lynas


YB Chong Siew Onn (Adun Tereas- DAP) menyampaikan ucapan...

Srikandi berani... Gua tabik sama lu...

YB Syed Mohammad Tuan Lonik (ADUN Beserah- PAS) turut membantah

Andansura bin Rabu (Pengerusi jawatankuasa bertindak Bantah Lynas penduduk Balok)



Saturday, April 23, 2011

Malaysia : Tong sampah Radioaktif

Berita PANAS.. bukan Rare Earth Australia sahaja diproses di Malaysia.. Terbaru MALAWI juga akan berbuat demikian.. Malaysia bakal jadi tong sampah SISA BUANGAN BAHAN RADIOAKTIF.. Jom Bantah
Dokumen di sini http://www.infomine.com/index/pr/PA536540.PDF

Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga, Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi.

Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke MALAYSIA (GEBENG) untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa.

Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.

NAMPAKNYA RAKYAT MALAYSIA DITIPU LAGI OLEH LYNAS DAN KERAJAAN BN. SELAMA INI KITA DIBERITAHU BAHAWA CUMA NADIR BUMI DARI MOUNT WELD AUSTRALIA AKAN DIPROSES DI GEBENG, TETAPI SEKARANG TERBUKTI DARI MULUT MENTERI SUMBER NEGARA MALAWI BAHAWA NADIR BUMI DARI MALAWI JUGA AKAN DIPROSES DI GEBENG.

BAGUSLAH, SEMUA NEGARA DUNIA MENJADIKAN MALAYSIA TEMPAT BUANGAN SISA RADIOAKTIF. HANYA KERAJAAN BN MAMPU LAKUKAN KEBODOHAN YANG TAK MAMPU DILAKUKAN OLEH NEGARA LAIN

Monday, April 18, 2011

Lynas@Gebeng : Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi

Malaysian Insider- Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.

Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.

“Ada banyak soalan tanpa jawapan,” kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.

Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.

Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.

Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.

Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.

Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai “rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu.”

“Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek,” kata beliau.

Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.

Bagaimanapun, Wong berkata menurut tulisan akhbar Amerika Syarikat itu loji tersebut akan memproses 10 kali ganda nadir bumi dan boleh menyebabkan jumlah sisa pembuangan radioaktif dalam jumlah yang banyak.

“Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah,” katanya lagi.

Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.

Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.

Thursday, April 14, 2011

LYNAS@GEBENG - Tidak ada negara mahu bina loji pembuangan sisa radioaktif- Fuziah

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan radioaktif.

Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan.

Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan.

“Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, ” kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat.

“Sisa thorium ini bukan radioaktif biasa. Ia mempunyai ‘half life’ (jangka hayat) berbilion tahun. Faktanya ialah selama 30 tahun tidak ada satu pun negara di dunia yang mahu menjadikan negara mereka sebagai pusat memproses sisa tersebut.

“Mengapa pula kita yang mahu menerima? soal Fuziah.

Dalam pada itu, Fuziah mendedahkan bahawa, sebelum ini Lynas pernah memohon kepada kerajaan Terengganu atas tujuan yang sama dengan berdasarkan ‘Radioactive Waste Management Code Of Practise 1988 mengikut standard China. (Kerajaan Terengganu menolak projek ini)

Sedangkan, syarikat itu seharusnya memohon pembinaan loji tersebut dengan bersandarkan kepada ‘Radioactive Waste Management Code Of Practise 1992′ seperti di Asutralia.

Lynas merupakan syarikat milik penuh Australia dan dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Jumlah eksport mereka apabila beroperasi sepenuhnya adalah kira-kira RM8 bilion setahun.

“Mereka tidak langsung perlu membayar cukai, sebaliknya meninggalkan risiko sisa buangan radioaktif. Kita bimbangkan keselamatan rakyat setempat,” tegas beliau.

Beliau turut membidas alasan yang dikemukakan Mosti bahawa pembinaan loji tersebut merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tidak masuk akal.

“Ia hanyalah alasan untuk menerima kelulusan pembinaan kilang tersebut,” ujar Fuziah.

LYNAS@GEBENG - AHLI POLITIK AUSTRALIA BANTAH

KUALA LUMPUR 14 APRIL : Ahli politik Australia mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebeng, Pahang.

Robin Chapple (gambar) menegaskan kepimpinan Ketua Menteri Australia Barat, Barnett tidak harus bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain, termasuk Malaysia.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang," ujar Chapple.

Chapple yang juga ahli Majlis Perundangan Australia Barat berkata, pengendalian yang tidak betul akan menyebabkan penduduk sekitar akan mengalami radiasi yang diakibatkan oleh mineral thorium.

Chapple menyuarakan kebimbangannya ekoran sebelum ini, sebuah syarikat perlombongan bahan radioaktif, syarikat Magellan Metal terpaksa menghentikan operasinya berikutan kebocoran plumbum yang merbahaya kepada penduduk.

"Saya sudah berhubung dengan komuniti di Malaysia dan mereka tidak mahu melihat sisa toksik dibuang di kampung mereka," katanya lagi.

Beliau juga mengambil kira faktor geografi Gebeng yang terletak bersebelahan laut yang bersambung terus dengan sungai Balok, yang datangnya dari kawasan perindutrian menempatkan loji itu. Gebeng juga terletak berhampiran dengan Cherating, sebuah kawasan perikanan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menubuhkan badan bebas mengkaji impak radioaktif kepada persekitaran Gebeng. Fuziah kini sedang dalam usaha untuk menghentikan operasi loji tersebut di Pahang.

Kebimbangan terhadap isu pembuangan sisa bahan radioaktif ini semakin menekan apabila kerajaan persekutuan pimpinan Perana Menteri Najib Razak meluluskan pembinaan loji tersebut.

Operasi memproses thorium dari lombong Mount Weld itu dijadualkan bermula September depan di bawah seliaan Lynas Corporation. Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. - tvnews.net

LYNAS@GEBENG - MEREKA UNTUNG, KITA DERITA

SHAH ALAM 12 APRIL : Dakwaan Lynas Corporation bahawa Loji Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan hanya mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' pada kadar minimum tidak boleh diterima Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Menurut Fuziah, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel atau Bq per gram memang rendah tetapi akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang terbabit.


"Kita mempersoalkan tahap kumulatif Thoriumnya. Kalau 61 bq per gram memanglah di bawah tahap bahaya. Tapi kita cakap pasal kumulatif. Bila kita cakap mengenai 100 tan metrik setiap tahun, dan dikumpulkan lebih 10 tahun, malah dalam artikelnya operasinya 24 tahun. Kita persoalkan jumlah (Thorium) itu secara keseluruhan," katanya kepada TV Selangor hari ini.


Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.


Semalam, Lynas menetapkan pendiriannya mahu meneruskan operasi pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan lewat tahun ini dengan kemudahan simpanan jika pelan untuk mengitar semula sisa radioaktifnya tidak dimuktamadkan apabila Ketua Kerajaan Negeri Australia Barat menolak untuk menerima sisa radioaktif syarikat itu dari Malaysia. Malah menurut Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis mereka telah mendapatkan kebenaran daripada kerajaan untuk menyimpan sisa radioaktif di kawasan loji itu sendiri (Gabeng).


Tegas Fuziah, beliau tidak dapat menerima kenyataan ini kerana syarikat berkenaan hanya bertujuan mengaut keuntungan besar dengan menjadikan Malaysia sebagai 'tong sampah' mereka bagi membuang bahan beradioaktif itu.


"Ini tak boleh diterima, bukan sahaja kerana ia tidak datang dari Malaysia tetapi ia dari Australia. Sekarang Australia tidak mahukannya. Mengikut Akta 304 Perlesenan Atomik Malaysia, bahan atomik dari negara lain hanya akan dihantar ke negara tersebut sahaja. Tetapi Australia tidak mahu terima, malah kita pula yang terpaksa menerima bahan radioaktif ini."


"Lynas Corporation adalah syarikat milik penuh Australia dan Malaysia tidak mengutip cukai daripada syarikat itu. Tidak ada satu sen diperolehi Malaysia dari aktiviti itu. Ia juga tidak membawa manfaat kepada rakyat Malaysia. Kenapa kita harus terima?" tegasnya lagi.


Sebelum ini, loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah ditutup pada 1992 ekoran protes awam. Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.

Tegas Fuziah, kerajaan tidak boleh mengorbankan kesihatan rakyat demi kelangsungan projek tersebut dan semata-mata untuk mengaut keuntungan sahaja.


“Rakyat di Kuantan tetap tidak akan menerima keputusan itu, walaupun tiada risiko bahawa tidak seorang pun akan mengidap kanser dan anak mereka cacat dalam jangka masa seratus ribu tahun lagi. Kami tetap tidak akan menerimanya," tegasnya. - tvnews.net

Friday, April 8, 2011

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA HENTIKAN LYNAS Siri 2

Perkarangan Masjid Balok Makmur - 8 April 2011








Monday, April 4, 2011

Mana Pemuda Umno ketika MCA menghina Islam

Ucapan


Friday, April 1, 2011

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA HENTIKAN LYNAS

Perkarangan Masjid Qaryah Balok selepas solat Jumaat 1 April 2011.