Pengikut

Tuesday, December 16, 2008

MENDEKATI MASYARAKAT ORANG ASLI PERLU STRATEGI


Beberapa tip dan maklumat yang perlu diberi perhatian dalam dakwah kepada masyarakat orang asli.
1. Jangan tipu orang asli. Orang Asli tak mudah ditipu. Orang asli payah untuk menerima orang luar terutama dari Bandar.

2. Kalau mahu diterima oleh orang asli, jangan pandang rendah dan jijik dengan cara hidip mereka

3. Orang luar boleh menjadi ‘saudara’ orang asli jika mereka datang, duduk, makan, bergaul dan tinggal bersama dan bersedia menerima budaya hidup mereka.

4. Jarang pendakwah muslim tempatan yang berminat untuk menjelajah dan tinggal di perkampungan orang asli dalam menjalankan kerja dakwah

5. Kebanyakan yang turun padang baik agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan sekadar dating mengislamman orang asli, bukan memuslimkan mereka.

6. Kebanyakan pendakwah macam orang politik, yang hanya datang menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya mereka lesap tidak pernah menjenguk mereka sehingga pilihanraya berikutnya.

7. Sebenarnya apa yang di buat oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan sangat minima. Orang asli mahu lebih daripada itu dengan makna mereka perlukan bimbingan mengenali tuhan, tujuan mereka dihidupkan oleh tuhan, dan bagaimana mengakhiri hidup yang dikehendaki tuhan.

8. Pendakyah kristian berjaya mempengaruhi orang asli dengan kaedah berdamping rapat dengan mereka.

9. Orang asli ternanti nanti orang yang mampu menunjukan jalan kepada kepada tuhan. Orang asli lebih dekat untuk menerima Islam kerana rumpan mereka termasuk dalam rumpun Melayu dan Orang melayu Negara ini beragama Islam.

10. Menurut mereka Orang asli Kristian memusuhi orang asli Animisme dan orang asli Islam, tetapi orang Asli Islam boleh berjiran dengan orang asli yang perbagai kepercayaan.

Tuesday, December 2, 2008

KONSISTEN MENENTANG ISA

Saya mengenali PAS sejak di bangku sekolah lagi, semasa itu dan sebelum itupun, PAS sangat konsisten menentang ISA. PAS telah menolak ISA pada saat rata-rata rakyat tak punya kesedaran menentang akta yang zalim ini. Pada masa itu orang ketawakan kita kerana memilih jalan yang tak popular menentang kezaliman ISA.

Pada saat semua parti komponen BN bersetuju dengan ISA, PAS terus berpatah arang berkerat rotan dengan akta drakonian ini. Tak ada sesiapa yang menyokong pendirian PAS di kala itu melainkan ahli-ahlinya.

Hari ini alhamdulillah, kesedaran rakyat membiak, dibantu pula dengan gerak kerja yg tersusun melalui GMI dan isteri-isteri tahanan. Parti pembangkang sepakat mengembeling tenaga.

Hasilnya boleh dilihat kini, majlis peguam menolak ISA secara terbuka, Parti komponen BN seperti Gerakan, PPP, MCA dan MIC minta ISA dikaji semula. Menteri sanggup letak jawatan apabila ISA diguna, Mufti Perlis (sekarang bekas) lantang bersuara. Akhirnya penyokong ISA makin tak popular

Kita harapkan kompenen BN yang menolak ISA bukan bertujuan meraih sokongan rakyat. Oleh kerana kebanyakkan rakyat dah ada kesedaran tentang jijiknya ISA maka mereka juga mengambil jalan bersama arus. Kita harus menolak ISA bukan kerana kebimbangan tak dapat sokongan tetapi kerana, apa sahaja kezaliman dan ketidakadilan mesti ditentang.

Ada pihak mendakwa dengan perjuangan menentang ISA meyebabkan kita menyonsang dari dasar Islam yang menjadi pegangan kita. Kita kononnya dah mula lupa perkara utama. Menentang ISA juga sebahagian dari kerja Islam. Bukankah Islam menentang kemungkaran? ISA adalah salah satu dari kemungkaran itu.


Konsistennya PAS dapat dilihat, dalam menangani apa sahaja isu kita menolak penggunaan ISA dalam sebarang penyelesaian masalah. Apa sahaja kesalahan mesti dibawa ke muka pengadilan. Ini prinsip keadilan Islam yang perlu dijunjung. Kita mesti bersuara walau dimana. Di kedai kopi, di pentas ceramah, di atas mimbar, di Parlimen, dalam Dewan Undangan Negeri atau di mana sahaja kita berada.

Jika arak dan judi dilihat sebagai kemungkaran... ISA juga mesti dilihat sebagai mungkar. Jangan hanya di atas pentas ceramah kita beraksi, lagak bagai perwira, dalam parlimen dan dewan undangan negeri, kita bagaikan tikus takut bersuara.

Saya yang lahir dari acuan "konsistennya PAS menolak ISA", juga tak terkecuali mengambil sikap yang sama. Sebab itulah khutbah saya yg dianggap konstaversi baru-baru ini adalah kerana semata mata kerana kita konsisten menentang ISA.

Ada juga tak bersetuju dengan tindakan saya itu. Mungkin mereka melihat seolah-olah saya nak persendakan JJ. Terus terang saya katakan saya tak tahu JJ ada semasa saya berkhutbab. Saya tetap akan menyebut kezaliman ISA sama ada JJ ada ataupun tidak, semasa saya berkhutbah. Ingat diakhirat nanti orang orang yang dizalimi ini akan mendakwa kita kerana membisu atas kezaliman yang menimpa mereka, Anak-anak yang menderita akan mendakwa atas kealpaan dan kegagalan bersama membantu membebaskan bapa mereka.

Pelik betul kita ni ye... Hanya sekadar gelaran YB diletakkan di depan nama, berada di atas kerusi empuk dan selesa, bergaji empat angka, Berkereta baru lagi bergaya, aspirasi rakyat yang menyokong kita bagaikan dilupa dan hilang entah ke mana. Mulut dah mula berzikir dengan zikir yang bebeza. Nama MB terus dipuji dan dipuja. Sahabat seperjuangan yg konsisten menentang kemungkaran ISA dikutuk depan kita, tak mampu lagi kita bela.

Ingat...! dalam senarai panjang kenapa rakyat menolak BN dan memilih PR yang diwakili oleh kita, salah satunya rakyat tak bersetuju dengan apa sahaja bentuk kezaliman termasuk ISA menahan manusia tanpa bicara. Sebab itulah kebanyakan parti komponen BN dah mula tukar selera, menentang ISA durjana

Suka saya ingatkan diri saya dan sesiapa sahaja dengan Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 14 bermaksud

Dan apabila mereka bertemu dengan orang beriman berkatalah mereka "kami beriman (dengan makna akan menjunjung semua perintah Allah dan menetang apa sahaja yg berlawanan dengan kehendak Allah) dan tatkala mereka bersama dengan syaitan (yg melakukan kerosakan) berkatalah mereka "sebenarnya kami juga bersama kamu, kami hanya olok-olok sahaja (semasa bersama dengan orang beriman)