Monday, March 29, 2010

Pengajaran Buat 2 Ong

MCA mendapat Presiden Baru. Presiden yang terpalit dengan skandal seks. Semestinya UMNO yang merupakan parti Ketuanan Melayu akan mempertahankan habis habisan rakan kongsi sehidup semati mereka.

Ong Ka Ting dan Ong Tee Kiat mendapat pengajaran baru dalam politik MCA. Pengajarannya ... Sesiapa yang nak menang sebagai Presiden MCA harus merakam hubungan seks dan edarkan kepada umum.

Komen: Bloger pondan Melayu menjadi bisu, kelu dan kaku untuk memberi komen. Komen berbisa hanya untuk Pakatan Rakyat walaupun tanpa fakta... Setelah gagal mengemukakan fakta akhirnya sekali lagi, kopiah juga menjadi mangsa... Kalau kopiah boleh bercakap macam Ahmad Nisfu, Kopiah akan berkata "Aku tak ada kena mengena dalam ini gambar..."

Saya juga sedih bila ada orang Melayu sanggup bersekongkol dengan pemusnah khazanah Melayu dan Islam, tulisan Jawi. Saya rasa malu bila ada manusia yang sebangsa saya dan senegeri dengan saya, hanya mampu ratib "buang kupiah" pada saat melihat rumah orang Melayu rebah menyembah bumi. Tanah rizab orang Melayu tergadai, Bangsa Melayu dihanyutkan dengan hiburan melampau, Sekolah Agama Rakyat yang menjadi tiang Seri orang Melayu dihentikan bantuan dan banyak lagi kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh Puaka UMNO. Tapi zikir kita masih.... "DAP yang salah dan sila buang kopiah"

Friday, March 26, 2010

DAP roboh rumah Orang Melayu di Kempas Johor?

UMNO menjerit pada rakyat, ketuanan Melayu semakin terhakis. Parlimen kali ini dikuasai oleh bukan Melayu. Benarkah UMNO ikhlas untuk memelihara ketuanan Melayu.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini, merupakan medan untuk UMNO membuktikan perjuangan Melayu mereka. Kawasan itu diwakili oleh 54% melayu 27% Cina 19% India. Wah.. maknanya Melayu majoriti. Inilah masanya untuk menambah bilangan ahli parlimen Melayu. Seharusnya UMNO yang bertanding di Hulu Selangor. Buktikan...

Blogger Barua celup pula bukan main marahkan DAP dengan alasan, Melayu di Pulau Pinang terpinggir. Mereka mendakwa zaman pemerintahan DAP, Melayu semuanya telah lari ke Seberang Perai manakala di sebelah Pulau di kuasai oleh Cina.


Mereka lupa agaknya, Melayu telah dihalau dari Pulau sejak zaman Gerakan/ BN memerintah. Ketua Bahagian dan AJK Bahagian menjadi broker memujuk orang Melayu menjual tanah mereka.
Mereka juga biadap menerjah masuk dalam komen blog tanpa membawa fakta, lagak seperti orang yang dirasuk, sehingga kopiah yang tak mengerti apa-apa juga menjadi sasaran bodoh golongan ini.

Sudahlah menerjah masuk sebagai pengecut seperti pondan bangladesh dengan hanya menggunakan nama samaran dan menyembunyikan identiti. Jadilah orang yang bertanggungjawab.
Melayu di Kampung Denai Pinggiran, Kempas Johor , hanya mampu menitiskan air mati melihat rumah mereka diroboh tanpa dapat sebarang pampasan... Siapa yang robohkan rumah mereka??? Blogger bangang akan tetap menuduh DAP yang roboh rumah orang Melayu di Johor
Saya dilahirkan di Pulau Pinang walaupun saya dibesarkan di Pahang namun sering kali juga saya pulang ke kampung menziarahi sanak saudara di sana. Zaman Gerakan menerajui Pulau Pinang, UMNO menjadi anjing peliharaan Gerakan yang ditugaskan untuk mengigit orang Melayu.

Peminggiran Orang Melayu berlaku sejak Gerakan menguasai Pulau Pinang. Apa UMNO buat untuk memperkasakan Melayu di Pulau Pinang. Dah kalah baru nak bangkit menjadi pembela Melayu.
Dakwah bukan sahaja untuk umat Islam... kita juga wajib berdakwah pada bukan Islam. Ada manusia bangang minta kita bertaubat bila kita lebarkan dakwah pada bukan Islam.

2 tahun kita berkawan dengan DAP, tanpa kita menafikan asalnya DAP memandang Islam dengan prajudis. UMNO melalui akhbar dan TV mendakyah kononnya negara Islam yang PAS nak tegakkan seperti negara Taliban. Gambar perempuan di tembak oleh tentera taliban di Afganistan di ulang ulang. UMNOlah punca DAP membenci Islam.
Namun selepas 2 tahun ini menyaksikan telah lahir anak-anak muda di kalangan DAP yang cuba mempelajari asas dalam Islam. Mereka dah melihat Islam adil pada semua. Mereka juga dah mula membuka sejarah kegemilangan Khalifah Islam.

Lebih bengap lagi, bila ada bloger yang mendakwa PAS menabalkan DAP sebagai Khalifah Umar Abd Aziz. Kita cuma hargai kesediaan mereka mencontohi Umar Abd Aziz. Saya yakin mengambil kepimpinan Umar Abd Aziz dalam pemerintahan lebih baik daripada copy and paste one Israel (sila taip One Israel dalam wikipedia).

Wednesday, March 17, 2010

Sembah Derhaka

Kalau Orang bertanya mengapa Jebat Derhaka maka jawablah keadaan negara tidak secocok rasa, istana hura hara yang zalim bermaharajalela, yang lemah menjadi mangsa

Dailog itu adalah kata kata Jebat ketika ditanya mengapa dia derhaka. Barangkali Dialog ini boleh menjadi renungan kepada semua pemimpin tak kira pemimpin biasa ataupun raja.
Sejarah lalu menjadi saksi, orang Melayu sangat taat pada raja mereka. Ketaatan itu berpaksikan keadilan. Namun apabila keadilan dicabul perkara sebaliknya akan berlaku.

Dalam Sejarah Melayu perjanjiaan taat setia rakyat dan keadilan raja telah dipersetujui bersama oleh Demang Lebar Daun (mewakili Rakyat) dengan Sang Sapurba (mewakili raja). Perjanjian ini dinamakan "Wa'adat". Buku sejarah melayu mencatatkan


Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wata'ala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.”

Renung-renungkanlah

Tuesday, March 16, 2010

ORANG MUDA GENG KITA

Warna: Untuk dimuatkan dalam blog masing masing.
Hitam Putih: Untuk Cetakan Poster dan Hanbill. Print out mengikut saiz yang dikehendaki kemudian photostat, edar dan tampal


Friday, March 12, 2010

YB Zulkifli (Kulim) yang saya kenal : Zul Sulung

Di bawah adalah tulisan Zul sulung, Editor Siasah.

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.


Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.
Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini. Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Monday, March 1, 2010

Salam Maulidurasul