Saturday, November 20, 2010

Motivasi Pecutan Akhir SPM



Alhamdulillah PAS kawasan Indera Mahkota berjaya menghimpunkan hampir 50 orang pelajar yang bakal menghadapi SPM selasa ini untuk memberikan beberapa tip yang boleh diamalkan dalam peperiksaan SPM ini. Antara yang memberikan pengisian ialah Cikgu Kamaruddin, Saudara Andan Sura dan saya sendiri.

Motivasi sehari ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang bertempat di Pusat tarbiyyah Islamiah Balok (Putra). Lebih membanggakan lagi kami ialah ada seorang peserta wanita non muslim turut bersama menekuni motivasi ini. Semuanya ceria dan gembira dari awal hingga Akhir. Saya doakan mudah mudahan semua peserta ini akan mengecapi kejayaan Insyaallah

Friday, November 19, 2010

Ringkasan Laporan Audit Pahang

Begitu banyak kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk negeri Pahang. Dari projek perumahan rakyat yang banyak projek sakit dan lambat siap, rugi RM12 Juta. Pengurusan air rugi RM65 Juta. Royalti pasir rugi RM3.23 Juta.

Pahang, tempat Perdana Menteri, kawasan selamat UMNO lah katakan. TV1, TV3, Utusan, Berita Harian takkan berani dedah laporan Ketua Audit untuk Johor, Pahang dan Melaka.

Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) di Pahang banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO. Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta dan menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta.

Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008

Hilang hasil daripada royalti pasir berjumlah RM3.23 juta. Aktiviti perlombongan pasir telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

Pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi.

Tahap pengurusan program pemberimilikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut.

Pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai rumah rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat.

BAHAGIAN I – AKTIVITI JABATAN/AGENSI

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang - Pelaksanaan Dan Pengagihan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki


Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) dilaksanakan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri yang termampu, selesa dan selamat. Jabatan Perumahan Negara (JPN), Wilayah Timur Pahang bertanggungjawab melaksanakan projek PPRM manakala Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bertanggungjawab menguruskan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Pelaksanaan projek PPRM secara keseluruhannya menghadapi banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO.

Masalah ini adalah disebabkan ketidakcekapan Juruperunding dan kontraktor dalam melaksana serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan projek dengan berkesan. Akibatnya pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta yang sepatutnya boleh dielakkan.

Selain itu, proses penawaran rumah yang memakan masa lama telah mengakibatkan pemohon lewat dapat menduduki rumah. Manakala rumah yang terbiar kosong untuk tempoh yang lama mengakibatkan pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta.

2. Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang - Pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut Terhadap Agensi Kerajaan Negeri Pahang


Pinjaman Boleh Dituntut adalah merupakan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan sumber Kerajaan Negeri atau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan.

Pinjaman yang diberi diperoleh daripada tiga sumber iaitu Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Pembangunan (termasuk juga pinjaman yang dibuat daripada Kerajaan Persekutuan) dan Kumpulan Wang Amanah. Had peruntukan pinjaman adalah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehingga akhir tahun 2009, baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi Agensi dan PBT di Negeri Pahang telah mencatatkan kenaikan sedikit sejumlah RM1.03 juta atau 0.4% daripada RM239.57 juta pada tahun 2008 kepada RM240.60 juta. Secara keseluruhannya, pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut adalah tidak memuaskan disebabkan bayaran balik pinjaman oleh Agensi dan PBT yang tidak mengikut syarat perjanjian. Selain itu, kekurangan penguatkuasaan terhadap Agensi dan PBT yang tidak mematuhi atau telah ingkar kepada syarat–syarat perjanjian juga menyebabkan tunggakan baki bayaran balik pinjaman boleh dituntut semakin meningkat.

Kesan daripada ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang semakin meningkat kepada Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini seterusnya menjejaskan perancangan pembangunan ekonomi Kerajaan Negeri dalam memastikan ia mencapai matlamat seperti yang telah ditetapkan di dalam Bajet Tahunan Kerajaan Negeri yang telah diluluskan.

3. Jabatan Pertanian Negeri Pahang - Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Di Kampung Awah, Maran

Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani di Kampung Awah, Maran telah mula dirancang untuk dilaksanakan di bawah RMKe-9. Projek ini merupakan projek Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang.

Pembinaan Akademi Usahawan Tani bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta progresif bagi membawa industri pertanian lebih maju dan berdaya saing. Projek pembinaan Fasa 1 telah disiapkan pada 18 Oktober 2006 dengan kos berjumlah RM6.86 juta. Manakala, tarikh siap projek Fasa 2 mengikut kontrak adalah pada 16 April 2010 dengan kos berjumlah RM2.53 juta.

Secara keseluruhannya, tahap pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi.

Selain itu, ketiadaan perancangan awal yang teliti telah menyebabkan banyak pengubahsuaian dilakukan setelah projek siap dilaksanakan dan pihak kontraktor juga telah menggunakan Table Tender Drawing dan bukan Construction Drawing sebagai rujukan semasa menjalankan kerja pembinaan.

4. Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong - Pengurusan Pemberimilikan Tanah

Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah merupakan Agensi utama yang bertanggungjawab terhadap semua aspek pentadbiran tanah dan pembangunan daerah di Pentadbiran Daerah Bentong. Tanggungjawab utama Pejabat ini adalah merancang pembangunan tanah, pemberian hak milik tanah selain menguatkuasakan undang-undang, pungutan cukai dan hasil berkaitan tanah.

Daerah Bentong telah dibahagikan kepada 3 Mukim iaitu Bentong, Sabai dan Pelangai dengan jumlah keluasan 183,112 hektar. Jumlah hak milik tanah di Daerah Bentong pada tahun 2009 adalah sebanyak 42,988.

Secara keseluruhannya, tahap pengurusan program pemberi milikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut. Selain itu, prestasi Pegawai Petempatan juga kurang memuaskan kerana tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Arahan Pentadbiran Tanah Negeri.

5. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pahang - Pengurusan Aktiviti Pengambilan Pasir Sungai Dan Kesannya Kepada Alam Sekitar



Pengusaha pasir perlu memohon dan mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidak memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

Kegagalan pengusaha memohon untuk mengambil pasir di Kuala Sungai Miang telah menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil daripada royalti berjumlah RM3.23 juta.

Selain itu, kegagalan pengusaha mematuhi syarat yang ditetapkan telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, perubahan kepada regime sungai sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

6. Jabatan Kehakiman Syariah Pahang - Pengurusan Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Pahang

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (Jabatan) telah ditubuhkan pada 19 Januari 1995 yang sebelum itu dikenali sebagai Mahkamah Qadhi di Jabatan Agama Islam Pahang. Jabatan ini bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan di dalam pengurusan Kes Mal dan Kes Jenayah.

Jabatan ini mempunyai dua Mahkamah Tinggi Syariah dan 12 Mahkamah Rendah Syariah di seluruh Negeri Pahang. Berdasarkan Laporan Statistik e-Syariah pada tahun 2009, sebanyak 4,610 Kes Mal dan Jenayah telah didaftarkan dan sebanyak 2,301 (49.9%) belum selesai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya, pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

7. Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang - Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW)

Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water (NRW)) adalah jumlah kuantiti air yang disalurkan ke dalam sistem agihan tetapi tidak memberi pulangan hasil kepada agensi yang menguruskan bekalan air.

Melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9), Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA Pahang) telah diberi peruntukan sejumlah RM150.34 juta untuk melaksanakan program bagi mengurangkan NRW. Sehingga akhir tahun 2009, sejumlah RM121.03 juta (80.5%) telah dibelanjakan termasuk RM6.20 juta untuk projek bukan NRW.

Secara keseluruhannya, pengurusan NRW di Negeri Pahang adalah kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008, dua meter pengeluaran yang dibeli pada tahun 2003 tidak dipasang dan meter yang dipasang sukar dibaca. Selain itu, pemantauan terhadap penggunaan tanpa kebenaran tidak dijalankan menyebabkan banyak berlaku kes kecurian air.

8. Majlis Perbandaran Bentong - Pengurusan Premis Perniagaan

Pengurusan premis perniagaan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Bentong (Majlis). Sehingga akhir tahun 2009, Majlis mempunyai 1,974 pegangan premis perniagaan yang terdiri daripada rumah kedai jenis teres, bangunan kedai sesebuah dan lot perniagaan dalam kompleks perniagaan.

Secara keseluruhannya, pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai rumah rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat. Selain itu kaedah kutipan tunggakan sewa kurang berkesan manakala promosi kurang dijalankan.

BAHAGIAN II – PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

9. PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd.

PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd. (PMISB) merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan modal dibenarkan berjumlah RM100,000 dan modal berbayarnya setakat ini sejumlah RM2 dimiliki sepenuhnya oleh PKNP. Pada awalnya, PMISB dikenali sebagai BIM Land Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan pada 13 Januari 1999 bagi memegang hartanah yang dimiliki oleh PKNP di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Pada 27 April 2007, nama syarikat telah ditukar kepada PMISB setelah melibatkan diri dalam industri perlombongan bijih besi bagi pihak PKNP. Aktiviti utama PMISB adalah jualan hartanah dan perlombongan bijih besi dalam bentukusaha sama bagi pihak PKNP dengan beberapa syarikat yang diberi hak untuk melombong di tanah milik PKNP.

Secara keseluruhannya, pengurusan syarikat PMISB adalah kurang memuaskan. Syarikat ini diwujudkan pada asalnya untuk menjalankan aktiviti berkaitan hartanah, namun syarikat telah mengalami kerugian daripada aktiviti ini. Kemudian syarikat beralih pula kepada aktiviti perlombongan bijih besi secara usaha sama dengan syarikat bersekutu. Syarikat telah menerima dividen daripada pelaburannya dalam aktiviti perlombongan bijih besi ini.

Walaupun syarikat telah ditubuhkan melebihi tempoh 10 tahun, namun syarikat masih belum mempunyai struktur pengurusannya sendiri.

Tuesday, November 16, 2010

Cerita Dari Kedah


Kisah Sebenar Banjir di Kedah

Pada hari pertama banjir di Kedah, MB Kedah telah panggil mesyuarat semua agensi pusat dan negeri utk diselaraskan program Bantuan Banjir. Penghormatan kepada Bashah selaku tim pengerusi UMNO Kedah utk duduk sebelah MB.

Semua pihak bersetuju utk menanggalkan baju politik dalam membantu rakyat Kedah. Maka dibahagi-bahagikan kawasan termasuklah persatuan Buddha dll. Bashah diberikan stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan kerana berhampiran dgn kawasan beliau Alor Merah. YB Pas di kawasan masing2.

Ceritera bermula apabila YB Bashah menjadikan pusat bantuan Stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan UMNO dan pusat dan menjaja bahawa PAS tidak memberikan bantuan di kawasan itu (padahal dipersetujui PAS tak perlu turun di tempat UMNO supaya tak overlap).

Maka mendarat dan turunlah segala bala tentera dan balaciey umno seluruh Malaysia dgn pihak media melihat rakyat kedah di Stadium Suka Menanti yang dibiarkan kerajaan negeri. Segala bantuan dicurahkan di situ dan sekalian kawasan UMNO seperti di Jitra, Kubang Pasu (kaw UMNO).

maka dalam media TV3 adalah seorang rakyat mengadu kesusahan tidak diberikan bantuan kerajaan negeri kedah. Namun apabila disiasat setelah itu, keluarga berkenaan sebenarnya telah diberikan bantuan oleh pihak bantuan pemuda pas, malah anak kecilnya dibelikan susu lactogen yang mahal oleh pemuda PAS. Pengakuan rakyat berkenaan ialah dia telah diminta untuk membaca teks yang disediakan oleh petugas TV3.

Padahal ada YB PAS yang rumahnya turut ditenggelami banjir namun dibiarkan kepada isteri dan keluarganya mengurus kerana mengutamakan rakyat yang lain sehingga tidak sempat langsung menjenguk ke rumah. padahal ada kalangan kita yang sihat segar bugar dan kuat tidak ditimpa musibah turut menunggu org PAS pegi tolong…malah petugas PAS diingatkan utk tidak membawa lambang PAS semasa membantu supaya semua org dapat terima bantuan tanpa masalah dan diberikan dengan ikhlas. Namun setelah UMNO dan BN menggunakan lambang mereka, tidak dapat tidak lambang bulan terpaksalah di mengambangkan.

Adalah pemuda pemuda UMNO yang masuk kampung kononnya nak tolong cuci rumah tapi sebenaqnya hanya nak bergambaq kononnya depa tgh angkat barang. Dapat gambaq teruih tinggal barang2 yang masih berselerakkan dan rumah yang masih berselut. Ditinggalkan pesan supaya undilah BN. Itulah khidmat masyarakat oleh UMNO.

Alhamdulillah sampailah sebuah bas membawa pelajar UIA Gombak yang datang membantu secara sukarela di kampung Alor Merah. Tahniah UIA dan terima kasih…syukur pada Allah

Semoga jadi pengajaran pada semua. Pertimbangkanlah mana yang betul dan mana yang baik.


ADUN dan MP UMNO agih Peruntukan banjir menggunakan wang kerajaan PR Kedah

Sultan Kedah dikatakan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan.


Wednesday, November 10, 2010

SIAPA HANCURKAN MELAYU? LU FIKIR LAA SENDIRI !!

Sumber: Malaysiakini 10hb November.

Nota: Ait kenapa UMNO tak bantah... ooooo terlupa UMNO yang luluskan lesen Judi. Sebahagian orang Melayu hancur akibat judi... MCA pula berhasrat nak ambil alih syarikat judi ketiga terbesar dalam negara. Jika UMNO tak bantah bermakna UMNO sokong tindakan MCA untuk menghancurkan orang Melayu.

Tuesday, November 9, 2010

SIAPA KM PULAU PINANG KALAU BN MENANG?

Kalau di takdirkan DAP kalah di Pulau Pinang, Siapa agaknya yang akan jadi Ketua Menteri yek.? Adakah diambil di kalangan pemimpin UMNO atau Pulau Pinang tetap menjadi milik GERAKAN sebagaimana janji sistem Faraid UMNO. Kalau itulah janji UMNO mengangkat GERAKAN sebagai ketua menteri, maka buat masa ini biarlah DAP kekal sebagai Ketua Menteri, sebab DAP lebih mersa Islam daripada Gerakan.
  1. Dalam belanjawan Pulau Pinang zaman Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang Belanja untuk hal ehwal Islam ialah RM 20.5 juta bagi tahun 2009 dan RM 24.3 juta bagi tahun 2010. Sedangkan Zaman Gerakan menjadi Ketua menteri UMNO menjadi 'barua'nya paling tinggi belanja untuk hal Ehwal Islam adalah RM 12.5 Juta. Lebih baik DAP dari GERAKAN
  2. Zaman Pakatan Rakyat Golongan yang Hafal Al Quran mendapat peruntukan 1.5 juta, zaman GERAKAN hampeh tak dapat. Ijtimak Huffaz. Lebih baik DAP dari GERAKAN
  3. 17 buah Sekolah Agama Rakyat yang hampir bungkus zaman Gerakan menjadi Ketua Menteri kini mendapat nafas baru dari peruntukan RM 100,000 setiap buah sekolah. Lebih baik DAP dari GERAKAN
  4. Surau baru di tingkat 4 bangunan KOMTAR (Komplek TUN Razak - Pejabat pentadbiran kerajaan Negeri) lebih besar dan selesa dibuka zaman Pakatan Rakyat. Sebelum ini zaman GERAKAN menjadi KM kakitangan kerajaan terpaksa bergilir kongsi bilik sembahyang. Bilik sembahyang hanya boleh memuatkan 4 atau 5 orang sahaja. Dibuat sekadar melepas batuk di tangga dan memang dibuat seolah-olah tak nak bagi orang Islam solat. Kalau begitu Lebih baik DAP dari GERAKAN

Kenapa semasa GERAKAN sebagai ketua Menteri, banyak tindakan yang merugikan Melayu dan Islam, UMNO sembunyikan telur sebaliknya sekarang ini tanpa malu dan segan UMNO selak dan tunjuk telurnya yang dah kecut.

Friday, November 5, 2010

Perjanjian Sulit antara UMNO dan GERAKAN Di Pulau Pinang

Mungkin akan ada yang berkata ini tuduhan liar, namun realitinya memang membuktikan antara UMNO dan Gerakan di Pulau Pinang mempunyai perjanjian sulit penyerahan bumi untuk untuk ditadbir selama-lamanya oleh Gerakan.

Bukti pertama
Pilihanraya 1990 menyaksikan Gerakan hanya menang 6 kerusi dan UMNO memiliki 12 Kerusi DUN Pulau Pinang. MCA dan MIC gagal memiliki sebarang kerusi. Namun bila berlaku perlantikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Koh Tsu Koon yang diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. (Lihat lampiran di bawah - Klik gambar untuk lebih jelas)


Bukti Kedua
Pilihanraya 2008 menyaksikan BN gagal mempertahankan negeri Pulau Pinang. Gerakan Gagal memperolehi sebarang kerusi di Pulau Pinang, namun UMNO berjaya mengekalkan 11 kerusi DUN. Apabila perlantikan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, sekali lagi Koh Tsu Koon dengan senyum lebar menerima perlantikan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang. (Lihat Lampiran di bawah - klik gambar untuk lebih jelas)



Bukti Ketiga.
Ketika Tanah orang melayu di Ambil dan orang Melayu terpaksa berpindah ke Seberang Pulau Pinang. UMNO senyap tak terkata malah menjadi Barua Gerakan untuk menghalau orang Melayu di Pulau Pinang. Bermula dari tahun 1957 hingga 2008 orang melayu kehilangan tanah dan kampung. UMNO tak membela orang Melayu seperti ada perjanjian sulit, Pulau Pinang adalah milik Gerakan. Gerakan boleh buat apa sahaja. UMNO bertindak sebagai 'barua' Gerakan untuk mengambil tanah orang Melayu.

Sekarang baru UMNO nak tanya peratus milikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang?