Wednesday, June 30, 2010

Kisah ulama dan 40 orang penyamun


Media tempatan melaporkan 40 orang ulama muda menyertai UMNO. Sedangkan yang hadir hanyalah 16 orang. 4 daripada mereka mendakwa ditipu. Namun mengapa akhbar melaporkan 40 orang.

Kisah yang sangat sinonim dengan angka 40 ialah Ali Baba dan 40 orang penyamun. Ini bermakna Ulama muda tu telah menyertai gerobolan penyamun yang menyamun harta negara, sebab itulah angka 40 digunakan untuk mengambarkan kemasukkan mereka kedalam UMNO.

Dialog dulu-dulu "Bapa disana tu penyamun, abang di sini penyangak. dah kenalah penyamun jual penyangak. " P. Ramlee dalam filem 3 ABDUL.

Barang kali kalau P Ramlee masih hidup, akan muncullah dialog begini. "anak Pak Kasim tu penyamun, ulama muda yg masuk UMNO tu penyangak (cari habuan) Dah kenalah penyamun jual penyangak"

Monday, June 21, 2010

NAMAKAN KUCING NAJIB

Tuesday, June 15, 2010

Syuhada Mavimara

  1. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
  2. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
  3. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
  4. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
  5. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
  6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
  7. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
  8. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
  9. Furqan Dogan 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik

SINDROM NAFI

Beberapa bulan yang lalu Nafi Letak jawatan. Sehingga ugut akhbar yang siarkan berita perletakkan jawatan itu akan dikenakan tindakan. Alih alih buat pengumuman akan letak jawatan tak lama lagi.
Sekarang ni nafi pulak tidak akan meletakkan jawatan. Apa dah jadi dengan negara ku Malaysia.....

Saturday, June 12, 2010

Antara 2 Chua...


Makin berserabut negaraku ini. Menyertai Pakatan Rakyat adalah satu dosa yang amat besar sehinggakan gelaran datuk ditarik balik. Tapi pelakon Video seks sehingga hari ini gelarannya kekal. Untuk makluman kedua-dua Chua ini mendapat gelaran datuk dari Johor.

Saya tak berhasrat untuk mempertikaikan tindakan Istana Johor. Itu memang kuasa mutlak istana.

Namun biarlah tindakan yang di ambil dilihat rasional. Kita sangat bimbang ... tindakan yang tak rasional akan mencemarkan kemuliaan istana.

Tuesday, June 8, 2010

Serangan Mavimara: Sebelum - respon zero, Selepas - berlagak Hero

Perdana Menteri Najib Razak dimaklumkan mengenai kemungkinan besar rejim zionis Israel akan menyerang kapal misi kemanusiaan lima hari sebelum serangan itu berlaku namun tidak ada tindakan diambil oleh pejabat Perdana Menteri.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang terbabit dalam misi itu telah menghantar surat berkenaan pada 27 Mei, namun tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib. Lima hari kemudian rejim Zionis melancarkan serangan ke atas Mavi Marmara dan membunuh sembilan orang.

Mereka turut merampas segala bantuan termasuk bekalan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin yang dianggarkan berjuta ringgit.

Pendedahan mengejut oleh MAPIM mencemari usul yang dibawa oleh Najib di Parlimen hari ini, membidas serangan itu dan meminta masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas terhadap Israel, tujuh hari selepas serangan berkenaan.

Dalam salinan surat yang diperolehi oleh TVSelangor, MAPIM memberitahu Najib bahawa Israel berkemungkinan besar akan melancarkan serangan ketenteraan bagi menghalang misi kemanusiaan itu dari sampai ke Gaza.

Justeru badan itu menggesa Najib untuk memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB memberi perlindungan kepada kapal-kapal yang terbabit dari misi itu daripada kekejaman Israel.

Malah Najib juga diminta untuk mengerahkan kapal pengiring khas untuk misi itu selain memohon bantuan daripada Persidangan Negara-negara Islam atau OIC, dan Kesatuan Eropah.

"27 mei untuk memberitahu PM perlu mengambil perhatian serius mengenai keselamatan misi kapal kemanusiaan ini kerana jelas beberapa kenyataan Israel bahawa jelas tindakan secara ketentaraan akan berlaku. Jadi kita mendesak supaya PM atas negara Malaysia cepat bertindak untuk meminta PBB memastikan jaminan keselamatan ini tapi malangnya tidak direspon oleh PM sehinggalah insiden itu berlaku" ujar Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM.

Hari ini Najib berdiri di Parlimen untuk menyampaikan bantahan kerajaan pimpinannya terhadap serangan itu.

Namun yang menjadi pertikaian ialah sikap yang dipamerkan oleh kerajaan dalam memastikan keselamatan misi kemanusiaan berkenaan yang membabitkan sukarelawan dan wartawan malaysia.

" Kekesalan kita ialah apabila mesej kita kepada PM itu nampaknya tidak dijawab dan tidak respon bahawa insiden ini memang berlaku dan kita memang akan ambil tindakan" tambah Azmi.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi ukuran terhadap keikhlasan kerajaan pimpinan Najib bersabit misi kemanusiaan yang disertai 12 aktivis Malaysia.

" Bila perkara ini sudah meletup sedemikian rupa, orang sudah ditembak, rakyat sudah bangkit marah, barulah kerajaan nampak respon sedikit. Tetapi ini tidak boleh menutup kelemahan yang dibangkitkan oleh MAPIM".

"Ini harus didedahkan kepada awam. Rakyat harus tahu bahawa banyak usaha telah diambil oleh badan-badan Islam dan badan bukan kerajaan dan kerajaan seolah-olah hanya mahu lepas tangan dan tidak mahu langsung sentuh sensitiviti Israel dan Amerika Syarikat" ujar beliau kepada Tv Selangor.

Tambahnya, kerajaan Najib hanya bangkit setelah rakyat dan juga parti pembangkang membantah jenayah perang yang dilakukan oleh tentara Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza.
Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menuntut penjelasan daripada wisma Putra atas kegagalan kerajaan bertindak bertindak membantu kapal Mavi Marmara meskipun diberitahu mengenai rancangan rejim Zionis untuk menyerang misi kemanusiaan itu lebih awal.

"Walaupun kadang-kadang kita mempunyai keyakinan mungkin apa pun yang kita laksanakan Israel tetap dengan kezaliman dan kekerasan mereka, tetapi apa yang kita mahu biar ada satu catatan bahawa apabila kita mendapat satu isyarat daripada kapal tersebut, dan Wisma Putra dengan jelas menerima isyarat tersebut, maka mesti ada catatan yang Wisma Putra juga ada catatan mereka menghubungi pihak yang berkuasa" ujar beliau kepada Tv Selangor.

Berita 1
Berita 2
Surat kepada PM