Pengikut

Monday, March 30, 2009

ISU POLITIK DALAM MASJID, BUKTI BANGANGNYA UMNO

Saya tergelak besar bila membaca kisah Majlis Yasin anjuran BN, YAB Nizar Jadi Imam. Punyalah ramai pemimpin UMNO termasuk MB haram dan Calon BN Bukit Gantang yang hadir dalam masjid tu... tapi sekorpun tak berani duduk depan sebab takut ditolak menjadi imam

Tup.. tup Dato Zamri berang ketika bersalaman dengan YAB Nizar, mengaku kononnya beliau juga boleh jadi imam solat dan boleh mengajar tafsir. Saya teringat kisah saya diganggu Jamaluddin Jarjis (JJ) ketika berkhutbah di Keratong 4 dulu. Rupanya perangai pemimpin UMNO samaje dimana sahaja, (JJ) mengaku boleh baca khutbah... bila di cabar baca khutbah minggu depan.. haram tak nampak batang idung...

Kita cabar Zamri mengimamkan solat maghrib dimana-mana masjid Bukit Gantang. Beliau boleh pilih masjid mana.

YAB Nizar dituduh cuba membawa politik dalam masjid. Inilah metaliti UMNO, jadi imam dianggap tindakan politik. Habis tu masa Pak Lah jadi Imam dan tersiar dalam semua akhbar utama masa mula mula menjawat jawatan PM kenapa tak anggap ini tindakan politik.

Mereka marah kerana Majlis Bacaan Yasin itu adalah anjuran BN namun imamnya YAB Nizar. Woi bangang... bila Yasin itu disebut anjuran BN, itupun dah dikira bawa politik dalam masjid

Kisah tersebut boleh dibaca disini.

PERWAKILAN UMNO.. PEMBACA TEGAR HARAKAH

Beberapa hari menjelang perhimpunan UMNO kita di gemparkan dengan penggantungan permit Harakah selama 3 bulan. Tindakan ini dilihat sebagai salah satu cara Syed Hamid Albar yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri meraih sokongan dalam Pertandingan Naib Presiden.

Gara-gara gopoh untuk menang Syed Hamid Albar terlupa hampir semua perwakilan UMNO adalah pembaca tegar Harakah. Sebab itulah mereka protes tindakan Syed Hamid dengan menafikan kemenangan Syed Hamid Albar sebagai Naib Presiden. Syed Hamid Albar tewas. Para perwakilan juga tak begitu ghairah mengulas penggantungan permit Harakah. Tindakan Syed Hamid Albar tidak disokong.

Akhirnya Syed Hamid Albar dimakan sumpah HARAKAH. Sumpah Harakah bukan setakat Syed Hamid tewas, malah masa depan politik beliau juga akan berkubur... Mari kita lihat siapa yang kena!!!

Monday, March 23, 2009

MENGGALAS HARAPAN RAKYAT

Akhbar arus perdana menyiarkan berita pemilihan calon Pakatan Rakyat menimbulkan kekecohan. Namun mereka lupa bahawa pemilihan Calon BN lagi nazak. Lihat sumber dibawah

Bukit Gantang

Menurut sumber dalaman UMNO, pemilihan Ismail Safian adalah kerana “orang Najib”. Ismail Safian tewas dalam perebutan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang. Manakala “orang Pak Lah” adalah Ketua Umno Bahagian yg menang, Datuk Rosli Husin.
Timbalan Ketua Bahagian, Kamarulail Hj Sulaiman yang juga dikatakan menjadi sebutan ramai sebagai calon yang berwibawa.

Kamarulail yang sebelum ini dilihat begitu beria-ia benar menawarkan diri, nampaknya disingkirkan secara halus oleh “orang yang kalah” dalam merebut jawatan Ketua Bahagian. Akhirnya, Ismail terpilih, Kamarulail merintih
Bukit Selambau

Pada awalnya 3 nama disebut-sebut mungkin dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April ini. Mereka ialah Pengerusi MIC Merbok, A. Arumugam, Setiausaha MIC negeri, S Ananthan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ, Datuk V Saravanan, 61.

UMNO mendakwa harapan Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis jika ia meletakkan calon MIC bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan. Menurut Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad rata-rata pengundi Bukit Selambau mahukan Umno bertanding di kerusi tersebut. Maklumat ini diperolehi dari cawangan-cawangan Umno, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di Bukit Selambau."

Akhirnya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau

Sunday, March 8, 2009

HANCUR... HANCUR.... PPSMI

Bantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Roadblock di Lancang... Biasalaa nama dan no IC di ambil

Rombangan kami sampai berhampiran Masjid Negara jam 12.30 tengahari

Pak Samad Said sedang ditemuramah oleh para wartawan

Jumlah peserta semakin meningkat

Sahabat sahabat dari kaum bukan Melayu turut bersama membantah

Selepas solat Zohor, para peserta berhimpun di halaman Masjid sambil mendengar taklimat pimpinan

Suhaizan Kayat berucap, selepas beliau berucap pihak polis bertindak merampas kain himpunan 100,000. Polis juga cuba merampas pembesar suara, namun tak berjaya

Deretan FRU yang diternak oleh UMNO/BN berkawal, menunggu tuan mereka membuka kandang

Perarakan ke Istana Negara bermula. Saya dimaklumkan panjang perarakan itu, kepala berada hampir dengan Istana negara, manakala ekornya masih di masjid negara, bayangkan betapa ramainya manusia

YB Dato Mahfuz turus bersama dalam perarakan..

Dato Seri Tuanguru Hj Abd Hadi, Dato A. Samad Said dan Ust. Nasaruddin Mat Isa

Timbalan Ketua DPP Pusat Ust Nasruddin Hassan diwawancara oleh wartawan

Itu dia... ikon demonstrasi, Abang Mat Sabu bersama rakyat berarak ke Istana

Himpunan aman... Hanya terdengar laungan takbir dan slogan. Tiada keganasan.

Bermulanya episod hitam apabila tembakan gas pemedih mata dihalakan kepada peserta himpunan ketika mereka menghampiri Istana.

Keadaan menjadi huru hara... Saya menyaksikan peristiwa menyayat hati, apabila ada anak kecil yang turut serta, mula menangis ketakutan dan kepedihan akibat asap gas. Saya melihat kanak kanak istimewa di atas kerusi roda, merengek kepedihan sambil dibantu oleh ibunya walaupun ibunya juga terkena gas pemedih mata. Sedih melihat tokoh-tokoh bahasa yang bersama perarakan dilayan seperti binatang. Saya sendiri muntah-muntah dan sesak nafas....

Otak loceng... Pantang dengar loceng, maka tembakan ke arah peserta mula menggila. Sehingga apabila peserta berundur ke masjid negara, mereka tembak ke dalam masjid... Aku pun tak tahu binatang spesis apa ni yang tak tahu hormat masjid. Woi!!! babi pun tahu hormat masjid


Asap gas berkepul-kepul... Mana Jabatan Aam Sekitar... sepatutnya apabila FRU mencemarkan udara kota raya, mereka mesti dikenakan tindakan, sebagaimana cikgu Bard dan kawan-kawannya yang membakar dokumen rasuah sebagai protes kepada SPRM, cikgu Bard di saman atas kesalahan pembakaran terbuka



Hari ini tokoh tokoh bahasa merasai sendiri kezaliman BN. Selamat berjuang ... selepas ini anda juga mesti bangkit bersama kami untuk menumbangkan kezaliman dan Keangkuhan BN

Ajal BN makin hampir, lagi kuat rakyat di tekan, lagi hebat rakyat bangkit. Bersedialah... Rakyat dah tak sabar untuk masukkan BN kedalam keranda untuk dikuburkan bersama PPSMI

Suara rakyat suara keramat... Pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua mesti dinyahkan dari bumi ini.. Kita jumpa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau

Wednesday, March 4, 2009

SIAPA MENTERI PASOLA DALAM VERSI PERAK


"Macam negeri Pasir Dua Butir daa..." Begitulah bunyi sinis akbar portal internet pro UMNO. Semalam Dato Isa Samad dalam rancangan hujah juga membawa kisah yang sama mempersendakan sidang bawah pokok. "Macam cerita Laksamana Do Re Mi, buat kerajaan bawah pokok." Semua hadirin yang hadir ketawa terbahak-bahak.

Saya yang menonton Hujah TV 9 semalam terasa betapa bodoh pemimpin dan anggota UMNO. Mereka sebenarnya sedang mentertawakan kebodohan mereka sendiri.

Apa cerita sebenar Kerajaan Pasir Dua Butir.

Do Re Mi diperintahkan oleh raja mereka untuk membantu Kerajaan Pasir Dua Butir. Bersama tikar terbang mereka ke negeri tersebut. Rupanya akibat kejahatan menteri Pasola meyebabkan kerajaan itu terpaksa menjadikan sidang bawah pokok untuk meneruskan pemerintahannya.

Saya kata pemimpin UMNO itu dan pengikutnya bodoh kerana:

1. Kenapa kerajaan Pasir Dua Butir terpaksa beroperasi di bawah pokok?
Jawapan: Kerana Kejahatan Menteri Pasola

2. Kenapa DUN Perak terpaksa bersidang di bawah pokok?
Jawapan: Kerana Kejahatan UMNO/BN.

Sememangnya banyak filem P. Ramlee yang mengandungi kritikan sosial yang tajam. P. Ramlee dah gambarkan, sesebuah kerajaan hanya akan beroperasi bawah pokok apabila menjadi mangsa kezaliman. Kisah itu berulang kini apabila Kezaliman, Kejahatan, Kebobrokan, keangkuhan UMNO/BN yang meyebabkan terjadinya sidang bawah pokok.

Kerajaan itu selamat bila Do Re Mi bergabung tenaga untuk menumbangkan kezaliman itu. Hari ini rakyat seharusnya bergabung tenaga mengambil tempat Do Re Mi untuk menumbangkan kezaliman dan keangkuhan UMNO/BN.

SIDANG BAWAH POKOK SAH

MAJLIS PEGUAM PERSOAL KEPUTUSAN MAHKAMAH
Sumber Malaysia Kini

Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.
Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.
Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.
Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.
"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam satu kenyataan.
"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."
Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis.
Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya. Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.
"Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi," kata Ambiga.

"Jika di atas pokok pun ia sah" Prof Madya Dr Agus
SUMBER : Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri tergempar hari ini tidak mengikut perlembagaan, menurut pakar undang-undang perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau berkata tiga usul yang diluluskan adalah tidak berperlembagaan.Ini kerana persidangan itu diadakan 100 meter dari Bangunan Dewan Undangan Negeri, bertentangan dengan Aturan Mesyuarat, yang menyatakan bahawa masa dan tempat persidangan itu mestilah yang diwartakan, katanya.
Beliau merujuk Aturan Mesyuarat 10(1) yang menyatakan terma Dewan Undangan Negeri ialah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Sultan Perak dari masa ke semasa melalui pengisytiharan yang diwartakan.
Sementara itu, penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara ini."Jika di atas pokok pun ia sah", itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini.
Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.
Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.
Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.
"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.
"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.
"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.
Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.
Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri."Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.