Wednesday, June 11, 2008

POTONG SUBSIDI : KENAPA PAK LAH TERLALU BERANI?

Kenaikan 78 sen bagi petrol dan RM 1.00 bagi disel memeranjatkan kita. Ada yang hairan kenapa Pak Lah berani mengambil langkah yang tidak popular ini.
Bukankah antara punca kehilangan 2/3 suara di parlimen dalam pilihanraya Umum ke 12 ada hubung kaitnya perasaan amarah rakyat terhadap kenaikan petrol 30 sen pada 2006 yang lalu diikuti dengan kenaikan harga barang yang mendadak. Rakyat terjemahkan kemarahan itu melalui peti undi.
Jadi mengapakah kini Pak Lah begitu berani menaikan harga minyak sehingga 41%. Bukankah langkah ini akan meyebabkan BN akan lenyap di alam maya dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Sebenarnya Pak Lah tak fokus langsung pada pilihanraya ke 13 akan datang. Apa yang Pak Lah Fokus ialah bulan sembilan. (September)

Ura-ura 30 orang ahli parlimen akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat menjadi mimpi ngeri bagi Pak Lah. Sementelah lagi berita yang sampai ke telinganya, Ahli parlimen itu kemungkinan dari Sabah dan Sarawak.

Sidang parlimen baru-baru ini memperlihatkan Ahli parlimen dari Malaysia Timur itu begitu vokal terhadap Kerajaan Persekutuan. Bermacam demand yang mereka buat. Betapa mereka di anak tirikan dari mengecapi pembangunan sebagaimana Malaysia Barat. Lantaran itu Pak Lah terus tergesa-gesa merempit ke Sabah dan Sarawak. Pelbagai janji yang di tabur. Di Sabah Pak Lah mengumumkan peruntukan yang luar biasa. Hari ini sempena kunjungan Pak Lah di Sarawak, Ahli parlimen dan ADUN Sarawak dijanjikan peruntukan berganda. (Lihat berita Harian: 11 Jun 2008)

Janji Pak Lah perlu di tunaikan segera supaya usaha menyeberang ke Pakatan Rakyat tak menjadi kenyataan. Semua janji ini perlukan belanja yang berbilion. Kewangan negara semakin nipis. Jadi. bagaimana penyelesaiannya. Untuk tunai permintaan luar biasa dan berganda ini, subsidi minyak rakyat menjadi mangsa. Pak Lah mengharapkan Wang subsidi yang dipotong ini mampu melunaskan janjinya untuk Sabah dan Sarawak

Sebab itulah Pak Lah tak fikir langsung kesan kenaikan ini kepada masa depan UMNO/ BN dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Yang difikirkan oleh Pak Lah sekarang ialah bulan sembilan.