Wednesday, June 4, 2008

RAKYAT KENA TIPU LAGI

Desas desus harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum dinafikan oleh pemimpin UMNO. Mereka memberi jaminan harga minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Petikan berita BERNAMA.
HARGA MINYAK TAK NAIK - NAJIB
Oleh Yulpisman Asli
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.“Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pelancaran manifesto itu dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sementara itu, mengulas pelancaran manifesto itu, Najib berkata, ia merupakan ikrar BN dalam menentukan landasan hala tuju negara secara spesifik pada masa akan datang.Beliau berkata, manifesto itu bukan slogan atau cakap-cakap politik, sebaliknya mengandungi banyak pengisian yang substantif bagi membangunkan negara dan rakyat.“Saya percaya dokumen ini sesuatu yang boleh dipegang sebagai pengukur kejayaan kita dan juga landasan hala tuju kita pada masa depan,’’ ujarnya.Menurut Timbalan Perdana Menteri, manifesto itu boleh digunakan oleh rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan BN sejak empat tahun lalu.‘‘Kita sebenarnya telah memperincikan pencapaian kita dalam sektor dan bidang tertentu secara spesifik. Boleh dikatakan inilah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun.‘‘Jadi, rakyat dapat menilai apakah yang telah kita lakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan membawa rakyat Malaysia,’’ tambah Najib.
Hari ini minyak diumumkan naik sehinga 78 sen. Setelah menaikkan harga minyak kepada 30 sen, paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak pada ketika itu. Pak Lah memecahkan rekod yang dibuatnya sendiri.


Esok kita nak dengar apa Najib kata. Jawapan standard pemimpin Umno, KENAIKAN HARGA MINYAK YANG DIUMUMKAN OLEH PM TEPAT PADA MASANYA. Akan ada pemimpin Umno yang menunjukkan kebangangannya sebagaimana ketika kerajaan umum kenaikan 30 sen pada tahun 2006 dulu