Inilah persoalan hangat yang timbul dalam Muktamar Pemuda PAS kali ke 49. Perasaan ini adalah fitrah penyokong mana-mana parti. UMNO akan kata pemimpin dia paling layak. Naluri saya sebagai ahli PAS akan mengiyakan cadangan pemuda-pemuda PAS itu. Ahli PKR dan DAP juga begitu.
Sabar dulu wahai sahabat-sahabat ku sekalian. Rasionallah dalam berfikir, jangan terlalu ikut emosi. Hari ini, kenapa kita umumnya menerima Pak Lah dinobatkan sebagai PM Malaysia. Jawapannya, kerusi majoriti. Apabila UMNO memiliki kerusi majoriti dalam BN, maka dialah yang menjadi PM. Di Selangor bila PKR memiliki kerusi majoriti, Tan Seri Khalid jadi MB. Di Kelantan dan Kedah, PAS Dominan, Tuanguru Nik Abd Aziz dan Ust Azizan jadi MB. Pulau Pinang Lim Guan Eng. Hanya Perak sahaja memiliki keajaiban. Kes pertama dalam dunia, minoriti jadi MB.
Suara bergema untuk Anwar dinobatkan sebagai PM kerana setakat hari ini PKR memiliki kerusi majoriti. 31 kerusi dan di war-war 30 wakil rakyat BN akan menyeberang, menjadikan jumlahnya 61. Untuk menobatkan Dato Seri Presiden kita sebagai PM ke 6, kita mesti pastikan jumlah kerusi kita melebihi 61. Wakil BN yang menyertai PAS mestilah berjumlah 40 orang, menjadikan jumlah kita 62. Macam mana, boleh tak?
Kalau tak dapat banyak tu, hentikanlah angan-angan untuk mengangkat pemimpin yang kita kasihi sebagai PM. Nanti kita dilihat sebagai "kurang cerdik"