Seharusnya kita tidak lupa, sebelum daripada ini PAK LAH dan pemimpin UMNO merupakan pelopor kepada tindakan mempertikai fatwa. Fatwa secara jelas HARAM MELETAKKAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU NEGARA. Tetapi pemimpin negara kita saban tahun memijak fatwa ini dengan mengadakan juga upacara kalongan bunga pada tugu negara pada setiap 31 Julai sempena hari Pahlawan.
Upacara Kalongan Bunga pada tugu negara tahun 2007
Upacara Kalongan bunga pada tugu negara tahun 2008
Jangan hanya marah pada orang yang pertikai fatwa, kita juga mesti marah pada orang yang melanggar fatwa. Kedua-dua aliran ini mesti ditentangLampiran: Fatwa tersebut seperti dibawah
Fatwa Pulau Pinang
bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.
Fatwa Pahang
di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan
Fatwa Perlis
bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab (berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.