Sunday, November 16, 2008

ISU KHUTBAH SAYA TERUS PANAS !!

Sinar harian melaporkan muka depan dengan tajuk KHUTBAH HENTAM KERAJAAN.
Ramai yang bertanya "Macammana Ust? Terus terang saya katakan saya tak hentam kerajaan. Apa yang saya hentam ialah KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN. Ada komen nakal menghentam saya kerana menentang ISA. Saudara harus menyelami penderitaan anak-anak yang bapa ditahan di bawah ISA. Rintihan isteri yang berhempas pulas mengharungi kepayahan tanpa suami.

Ada yang membangkitkan bagaimana pula penjenayah dipenjara. Mereka berbeza dengan tahanan ISA. Mereka telah diberi peluang membela diri.. segala bukti dibongkar di mahkamah. Hakim menjatuhkan hukuman, ada yg 4 tahun ada yang 10 tahun malah ada yang 20 tahun, seumur hidup pun ada.

1. Maknanya mereka mengetahui berapa lama mereka akan duduk dalam jeriji besi. Anak mereka boleh membilang hari, bila bapa bebas tetapi ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.

2. Bila saya ziarah anak dan isteri ISA, mereka mendakwa pertemuan mereka dihadang oleh cermin tebal dan bercakap hanya menggunakan intercom. Tiada sentuhan, belaian yang hanya ada linangan air mata.

3. Isteri penjenayah dipenjara tak diganggu. Apa yg terpaksa mereka hadapi hanyalah tohmahan masyarakat. Tetapi isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu, panggilan telefon mengganggu mereka, malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.

4. Kak Norlaila (isteri Mat Sah Satray) mendakwa, SB memberi amaran, kalau beliau terus aktif dalam GMI membantu kempen kesedaran mansuh ISA dan membantu kebajikan tahanan, suaminya akan terus merengkok dalam tahanan, dengan tujuan 'padan muka'.

Manusia yang menulis menyokong ISA, anda hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa anda mengetahui jerih payah anak dan isteri mereka. Bacalah buku karya isteri-isteri tahanan ISA bertajuk "DUNIA TANPA SUAMI" Selamilah isi hati mereka.

Tambahan pula perjuangan menentang ISA ini tidak boleh dilihat sebagai agenda pembangkang. Ia telah diterima oleh sebahagian rakyat malah yang tak berparti pun sehingga mereka menjadi aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI). Bukan itu sahaja, hari ini parti GERAKAN, MCA, MIC, SAPP juga sedang mendesak supaya ISA ini dikaji semula. Malah Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr Asri menolak penggunaan ISA dan minta ISA dihapuskan

Laporan mingguan Malaysia muka 3 pula KHUTBAH: JAIP SIASAT IMAM

Saya sedia memberikan kerjasama. Saya tak bimbang sebab saya hanyalah tunaikan tanggung jawab sebagai pendakwah.

Saya menghormati Jabatan Agama Islam Pahang. Mereka juga bertungkus lumus dalam kerja kerja Islam. Malah semasa JAIP mengambil tindakan terhadap 2000 remaja Islam yang menghadiri pesta muzik dan pesta arak di genting Highland (Keratan akhbar di bawah), beberapa tahun yang lalu, JAIP dibelasah oleh NGO pro Islam Liberal atas tuduhan menceroboh hak asasi manusia, termasuk juga ada ahli parlimen dan menteri membelasah tindakan JAIP, Namun saya dan Pemuda PAS konsisten membela dan mempertahankan JAIP

Dalam buku yang saya baca saya teringat kisah imam Izzuddin Abd. Salam.

Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izz Assalam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg ingin menaikkan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi perang dengan Monggol. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut 'Haram kamu mengutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam mahligai kamu. Imam Izzudin berkata Jual diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu jual rakyat kamu.

Lagi keras peringatan ini daripada khutbah saya dan pemerintah masa tu insaf....

Sebenarnya Mesyuarat Dewan Pemuda PAS bulan Ramadhan yang lalu, kami telah memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Masalah umat Islam yang memenuhi premis perjudian semakin membarah, berpeleseran tak solat jumaat dan banyak lagi, semua kesalahan itu disebut dalam enakmen dan hukumannya. Kami melihat kelemahan ini perlu diatasi. Maka kami bersedia untuk bertemu JAIP untuk berbincang.

Maka bila isu khutbah ini berlaku, maka saya melihat mungkin ini hikmah untuk kita duduk semeja Selain bincang isu Khtbah saya, memorandum itu juga akan saya ajukan dan kita boleh berbincang.

Ada beberpa tuduhan dalam komen pengunjung blog Pahang Daily.. saya akan jawab Insya Allah.