Bila manusia bernama manusia, dia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Perkara yang keluar dari mulut manusia yang tidak maksum boleh dipertikaikan. Manusia yang sama ini seharusnya boleh dikenakan tindakan undang undang apabila tindakan melanggar undang undang.
Bukankah nabi pernah mengajar pada kita "jika sekiranya anakku Fatimah Bt Mohammad melakukan kesalahan mencuri, aku akan potong tangannya." Adakah manusia lain yang layak dianggap lebih hebat dari nabi. Kalau tak ikut nabi nak ikut siapa lagi.
Tanyalah pada orang-orang yang berdemonstrasi kononnya nak bela sebuah institusi, kamu nak jadi pengikut nabi ke, atau kamu nak jadi pengikut babi!
Lupakah kamu...
1. Ucapan Dr Mahathir semasa membentangkan Rang undang undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993, di Dewan rakyat pada 18 Januari 1993. Apa kata Dr M
- Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. (Perenggan 7)
- Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini. (perenggan 19)
- Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai. (perenggan 69)
- Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri (perenggan 75)
Rang undang undang ini lulus dengan sokongan ahli yang berhormat BN. Siapa yang mengangkat tangan menyokong kekebalan raja digugurkan, siapa yang menyokong rang undang undang yang mengizinkan sultan di saman. Sudah pasti ahli Parlimen Pakan antara yang mengangkat tangan menyokong. Sebahagian menteri yang membidas tindakan derhaka dan saman sultan adalah manusia munafik yang mengangkat tangan menyokong rang undang undang yang mengizinkan sultan disaman.
2. Tahun 1993 juga menyaksikan beberapa Menteri Kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta Raja-raja Melayu membabitkan pemberian konsesi balak di ribuan hektar kepada Raja tertentu. Didedahkan Raja Melayu di satu negeri mengimport arak untuk kegunaan peribadinya dan dalam bilik tidurnya ada bar. Juga isu pemilikan saham utama milik Raja-raja. Manakala Filem Melayu terus dimainkan di kaca tv yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan zaman kesultanan raja melayu dahulu
3. Annuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim Indra Petra di bawah pokok ceri di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan oleh Annuar Musa bagi menggantikan Sultan Ismail Petra yang didakwa bukan sultan Kelantan yang sah
4. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas, mencetuskan perarakan yang dipimpin oleh Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana Kelantan dan menyerahkan memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta
5. Ahli Parlimen Arau pada ketika itu mendedahkan keburukan seorang Sultan yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penaniayaan ke atas rakyat jelata yang seperti memukul, mencedera atau merogol sejak dari tahun 1972. Beliau juga mendedahkan keburukan sikap orang istana.
Inilah sikap dan perangai para pengikut babi yang munafik;
Maaf, hari ini agak kasar sbb saya tak dapat menahan perasaan atas kejahatan dan kezaliman UMNO/BN