Monday, June 22, 2009

Tiada Lagi Perbincangan Mengenai KERAJAAN PERPADUAN


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Pandangan:

Alhamdulillah, terlerai sudah kekusutan. Berita RTM jam 8 mlm tadi memaparkan kekecewaan pemimpin UMNO atas pendirian PAS dalam isu kerajaan Perpaduan. Pemimpin Umno semacam orang sawan yang gila talak. Harapan pendokong/ aktivis PAS, jangan hendaknya ada pemimpin kita yang buat U' turn setelah kata sepakat dicapai. Pendirian kita jelas... Dakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO akan diteruskan dan inilah yang telah dan sedang kita buat termasuk dengan rakan pakatan.

Kalau ada perjumpaan dengan mana-mana tokoh, ianya mesti telus. Menyembunyikan pertemuan akan menimbulkan prasangka dan kesan buruk pada jamaah. Jangan ada lagi tindakan kita yang membuka ruang kepada UMNO untuk memerangkap kita.

Saya sangat mengharapkan pemimpin kita di semua peringkat membuka balik kertas kerja yang ada kaitan dengan ukhuwah yang pernah dibincangkan dalam tamrin tahun 80an lalu. Hari ini topik dan semangat ini hampir lenyap dari jamaah kita.

Bertempur dengan UMNO kita seakan mendapat tenaga dan semangat yang baru, tetapi bertempur sesama sendiri, amat meletihkan.

Jom kita kembali ke posisi. Kepada blogger-bloger halakan kembali senapang anda kepada UMNO. Sebarang artikel yang cuba membangkitkan isu ini harap dapat dinyahkan dalam blog anda. Matlamat kita... Humbankan UMNO/BN ke Laut China Selatan.