Wednesday, July 15, 2009

MUHASABAH

Kita bukan bercakap soal penyokong tegar PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kerena mereka akan tetap bersama PAS dan PR walau apa pun berlaku. Namun kita harus mengambil kira keseluruhan rakyat Malaysia terutama yang mula berjinak-jinak untuk bersama Pakatan Rakyat sejak ambang pru 12 dan selepasnya.

Tinjauan rambang saya bersama golongan ini, rata-rata mereka yang baru kali pertama memberi undi pada pembangkang sedikit kecewa dengan kemelut yang berlaku dalam PR.

Bermula dari kejatuhan negeri Perak angkara wakil rakyat PR melompat. Diikuti dengan isu muqabalah dan kerajaan perpaduan yang memperlihatkan pimpinan PAS saling serang menyerang antara satu sama lain.

DAP di Kedah pula mengisytiharkan keluar dari PR Kedah angkara babi. (walaupun ia berjaya diselesaikan) Terkini PR di Selangor, Isunya berebut ahli majlis, rombakan exco dan pejabat exco menjadi pejabat aktiviti meragukan.

Serang menyerang ini berlaku dengan menggunakan media milik UMNO. Media-media barua ini menambahkan lagi perisa. Rakyat beralih kepada media maya, media maya juga menyiarkan kemelut ini. Akhirnya rakyat buat kesimpulan berita dalam media arus perdana adalah benar walaupun ada unsur tokok tambah.

Sebagai contoh, isu kerajaan perpaduan, walaupun ia telah ditutup, namun pemimpin PAS masih bersosek-sosek dibelakang. Perasaan tak puas hati kedua belah pihak (penyokong UG dan Pembangkang UG) masih wujud. Mereka bercerita pada pimpinan PAS peringkat pertengahan. Pimpinan PAS ini akan bawa balik ke akar umbi... Maknanya di peringkat akar umbi sekarang sedang bercerita tentang buruk pimpinan PAS.

Saya jadi rimas, disatu sisi ahli dihidangkan dengan cerita buruknya Dato Husam Musa, Dr Mujahid, Dr Zulkifli, Khalid Samad, Dr Hatta dan lain lain. (sekadar menyebut beberapa nama). Disatu sisi yang lain ahli menikmati pula hidangan cerita buruk Ust Nasha, Dato Mustafa Ali, Ust Nasruddin Tantawi Ust Nik Abduh dan lain-lain (juga hanya sekadar menyebut beberapa nama)

Kadang-kadang dalam soal perselisihan ini 'ahli tententu' ini lebih bermaklumat daripada kita yang menjadi pimpinan kerana hubungan peribadi mereka dengan pimpinan tersebut.

Hanya sekadar menemani pimpinan ke lokasi ceramah atau menjadi pemandu sementara atau sekadar minum-minum dengan pimpinan, banyak cerita dan rahsia berjaya mereka kutip dan esoknya rahsia parti akan diusrahkan dikedai kopi. Maknanya pimpinan PAS mudah bercerita rahsia parti pada ahli yang menjadi kroni mereka. Nama-nama yang saya sebut di atas akan dikutuk.

Serangan menyerang sesama sendiri ini meyebabkan kita hilang kekuatan. Bukankah Allah berfirman

Dan taatlah kamu pada Allah dan rasul Nya, jangan kamu berbantah bantah, kelak kamu akan menjadi gentar dan hilang kekkuatan, bersabarlah. Allah bersama orang orang yang sabar.

Al-Anfal 46

Cukuplah dengan hidangan yang buruk yang kita hidangkan pada rakyat Malaysia. Ayuh wahai pimpinan PAS dan PR.. Ajal UMNO/BN semakin hampir... Meneruskan perbalahan lagi selepas ini akan memberi nafas baru pada UMNO/BN.
Ya Allah jadikan ini medan untuk menginsafkan kami. Keangkuhan kami dengan sedikit kuasa dan kesenangan. Keegoan dan bongkak dengan sedikit kepandaian sehinga mengambil alih kerja-kerja Mu. Saling berprasangka, sisih menyisih dan lain-lain dosa yang tidak kami sedari. Ampunilah kami. Ikatkan kembali hati-hati kami yang berpecah-pecah ini. Kukuhkan kembali ukhuwah kami. Amin