Monday, April 27, 2009

JEMPUTAN KE MUKTAMAR DPPNP KALI KE 27

Dengan penuh hormat, saya menjemput semua sahabat-sahabat pemuda PAS negeri Pahang sama ada sebagai perwakilan dan pemerhati untuk sama-sama memeriahkan muktamar DPPNP kali ke 27.

Marilah sama-sama kita jadikan Muktamar DPPNP ini sebagai medan untuk merapatkan ukhuwwah, mengambil maklumat dari pimpinan, muhasabah kerja yang lalu, merancang gerak ke hadapan.

Monday, April 20, 2009

SIAPA HINA RAJA???


Tugas anda:
1. Klik risalah untuk besarkan
2. Cetak dan sebarkan

Tuesday, April 14, 2009

NAJIB BOHONG ATAS DARAT

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).

Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).

Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).

Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!
Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia.

Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.

Sebagai perbandingan - negara maju Jepun hanya mempunyai 17 menteri Kabinet; Autralia (20), Singapura (20) dan Britain (24).

Sunday, April 12, 2009

LAGI... ISU NON MUSLIM MEMBACA AL-QURAN

SOALAN:ADAKAH BUKAN MUSLIM BOLEH MEMBACA AYAT AL-QURAN?ADAKAH DIA DIKIRA MENGHINA ISLAM JIKA MEMBACANYA?
sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com/

JAWAPAN: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Menurut Guru Kami yang Mulia, Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:

Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.Maka jika kita berpendapat sedemikian,tiadalah masalah dan halangan untuk mereka membaca al-Quran dan memegangnya dengan walaupun tanpa wudhuk.Ini kerana wudhuk hanya diwajibkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum.Berdasarkan pendapat yang kedua, ini maka golongan non muslim juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah subhanahu wa taala.

Jadi, ulama di dalam kelompok yang kedua ini berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim tidak dibenarkan untuk membaca al-Quran dan memegangnya jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.

Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.

Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam.Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.Ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab sirah.Tidak perlu kita sebutkan disini kerana perbahasan akan menjadi lebih panjang.Wallahu a’lam.

Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.

Sumber: http//hazmidibok.blogspot

Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK. Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?

Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…

Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik, ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang?

Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?

Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK , walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!

Wednesday, April 8, 2009

TEMPAHKAN LUBANG KUBUR UNTUK UMNO

2 bukit berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat. Era peralihan kuasa tidak memberi kesan kepada UMNO, malah bertambah nazak. Tak berlaku dalam sejarah Malaysia, perlantikan PM baru gagal meraih sokongan rakyat.

Catatan sejarah Malaysia, setiap kali peralihan kuasa BN menang bergaya. Peralihan Kuasa Zaman Tun Razak selepas kejatuhan Tengku Abd Rahman, Zaman Dr Mahathir mengambil Alih kuasa dari Husein Onn dan Pak Lah dari Dr Mahathir. Bila berlaku Pilihanraya UMNO/BN menang besar.

Berbeza kini, walaupun digambarkan Najib seorang yang hebat boleh memacu kemajuan negara ini, diikuti dengan pengumuman 13 tahan ISA bebas dan melepaskan penggantungan Harakah serta Suara Keadilan. Akhbar pula menggambarkan nizar penderhaka dan boneka cina. Pemilihan calon PKR menimbulkan masalah tak puashati dikalangan menyokong.
Jenderal yang baru dilantik ini semakin menyebabkan UMNO/BN bertambah parah.

Mood rakyat bermaklumat menunjukan mereka lebih cenderong pada Pakatan Rakyat. Yang masih menyokong BN hanyalah Iban yang bercawat di Sarawak. Sokongan Iban pada BN dianggap munasabah kerana mereka terpisah daripada maklumat. Sistem pengangkutan dan ruang angkasa terbuka tidak dinikmati oleh rakyat sarawak ini.

Tapi yang menyokong BN di Semenanjung ini, kenapa masih memekakkan telinga dan menutup mata anda. Kalau begitu, lepas ni bolehlah para penyokong BN mengikut jejak kaum Iban di Sarawak. Bercawat!!!!

Sunday, April 5, 2009

ISLAM BUKAN MILIK ORANG MELAYU SAHAJA

Semasa saya berada di tingkatan 3, saya pernah hadir mendengar ceramah kempen pilihanraya umum (PRU?) di Kuantan, Dato Lim Ah Lek - BN-MCA (masa tu beliau adalah Ahli Exco Pahang/ADUN) juga memetik ayat Al- Quran minta orang Melayu jangan berpecah belah. Dalam keadaan pelat beliau membaca ayatBerpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah (Ali Imran 103)

Tidak ada report polis dibuat... tak ada media nak sensasikan... tak ada mufti yang komen.
Hari ini gempar ucapan Ahli Parlimen DAP Nga Khi Ming yang memetik ayat Al Quran. Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku Adil dan berbuat baik (An-Nahl: 90)

Tidak ada unsur mempersendakan ayat Al-Quran, sekadar untuk mengigatkan manusia supaya berlaku adil sementelah lagi Islam sangat menitik beratkan soal keadilan. Walaupun pelat namun ia mesti dilihat dari sudut yang positif. Apabila non muslim dah mula menghafal ayat Al-Quran dan membacanya didepan khalayak, maknanya non muslim dan mula menelaah Al-Quran.. Bimbing dan doakan mereka mudah mudahan mereka akan memilih Islam akhirnya.

Dulu kita canangkan DAP anti Islam... namun kini bila mereka mula nak cuba mengenali Islam kita anggap mereka menghina Islam pulak.

Lebih malang lagi bila ada mufti yang membuat komen seolah olah Islam ni adalah hak ekslusif orang melayu. Lain dari melayu dak berhak untuk berjinak dan mengenali Al-Quran. Berjinak jinak dengan Al-Quran dianggap menghina Islam. Sebenarnya sikap golongan agama (ortodok) yang menyebabkan orang kafir makin jauh daripada Islam dan orang Islam berebut untuk murtad.

Apabila pemimpin negara terang terangan menghina Islam, golongan yang makan atas tapak tangan pemimpin ini tak berani memberikan komen. Lihat antara ucapan dibawah...

Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997

"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99
'Apa erti negara Islam jika mundur'.

Wednesday, April 1, 2009

MARAH PAS, AIR GAU JADI MANGSA

Sahabat saya blog Dari Gaung Hati melaporkan kisan kekecohan kerana hidangan Air Gau kepada VIP dalam Majlis Kejohanan Olahraga Peringkat negeri Pahang. Tanpa disangka rupanya hidangan Air Gau kepada VIP di Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang menimbulkan kemarahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang.

Difahamkan insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 March lalu. Air Gau dihidang dan dipersilakan minum kepada tetamu untuk merehatkan diri. Malangnya, ia gagal menyejukan tetamu sebaliknya mengundang kemarahan, melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya, Tuan Pengarah menyinga memarahi pihak urusetia. Pengetua sekolah yang menjadi urusetia ‘tumpang sekaki’ memarahi guru terlibat . Biasalah bagi kaki bodek, bila Tuannya marah, dia turut marah sama ! Diantara kata-kata Tuan Pegarah kepada guru berkenaan ialah “Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?” dengan nada yang marah.

Sebelum ini Dato Tan Aminuddin ADUN Chenor marah pada air Gau. Ketika Banjir besar melanda negeri Pahang dan kawasan beliau tak terkecuali ditimpa bencana itu. Unit amal telah membeli beratus kotak air Gau untuk diedarkan kepada penduduk. Ketika banjir melanda keperluan air bersih sangat penting supaya mangsa terhindar dari gejala penyakit. Dato Tan yang mendapat tahu air Gau diedar pada penduduk mengarahkan penduduk jangan terima kerana bimbang nanti penduduk akan sakit perut jika minum air tersebut. Maknanya beliau sebagai wakil rakyat lebih rela rakyat DUNnya minum air banjir dari minum bekalan air bersih yang unit Amal bekalkan.

Air Gau tidak ada kaitan langsung dengan PAS. Kata-kata Tuan Pengarah dan ADU Chenor yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar. Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan mineralnya yang tinggi berbading dengan air minuman lain dipasaran. Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasaraya dan juga di stesen minyak petronas. Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera.

Inilah mentaliti golongan yang dianggap oleh orang kampung sebagai golongan cerdik, walaupun sebenarnya mereka bodoh bertingkat-tingkat.

LAWAK BUKIT GANTANG

Sebentar tadi saya baru sahaja menonton berita TV 3 suku. Saya dan isteri ketawa terbahak-bahak menonton berita itu. Kalau nak bodek UMNO/BN pun, biarlah nampak cerdik sikit.

Lawak satu

TV3 suku kata: Kempen BN semakin rancak. Banyak cawangan baru UMNO ditubuhkan di Bukit Gantang.

Kah... kah... 50 tahun dah merdeka, rupanya kat Bukit Gantang banyak lagi cawangan UMNO tak tertubuh. Berita tadi beri gambaran seolah olah Pakatan Rakyat dah menguasai Bukit Gantang sejak merdeka 1957. Semua tempat adalah kubu Pakatan Rakyat. Padahal Pakatan Rakyat hanya menang di Bukit Gantang bermula Mac 2008. Sebelum ni Bukit Gantang adalah kubu BN.

lawak dua

TV3 suku kata: Masyarakat India semakin memberi sokongan pada BN. Mereka terpinggir sejak berbelas-belas tahun yang lalu tanpa bekalan air.

Pakatan Rakyat baru memerintah 11 bulan, sedangkan mereka dah dinafikan hak mendapat bekalan air berbelas-belas tahun... Apa punya berita ni. Siapa yang menafikan hak mereka dapat bekalan air berbelas-belas tahun yang lalu. Bukankah berbelas-belas tahun lalu BN adalah pemerintah di Perak.

Lawak tiga


TV3 suku kata: Calon BN Bukit Selambau membuat kenyataan, rakyat perlukan kerajaan yang kuat bela rakyat. Kemenangan beliau akan mewujudkan kerajaan yang kuat untuk membela rakyat.
Untuk makluman kalau Calon BN menang kat Bukit Selambau, mereka tetap tak dapat bentuk kerajaan. Calon BN lupa bahawa BN di Kedah adalah pembangkang. Itulah ... lama sangat jadi kerajaan ... lupa BN dah kalah di Kedah. Kalau rakyat nakkan kerajaan yang kuat PR mesti diberi kemenangan.