Pengikut

Tuesday, July 28, 2009

Sunday, July 26, 2009

Gambar ni... Mufti tak nak bagi respon ke?

Najib sedang menyalakan pelita hindu...

Friday, July 24, 2009

Wahai Ulama... jangan biarkan diperbodoh

Hari ni kita lihat semakin ramai ulama berjaya dibodohkan oleh akhbar.. Tanpa mengetahui jalan cerita sesuatu peristiwa maka, hukum agama keluar dari mulut mereka.

Sebagai contoh mogok lapar tempoh hari, memprotes kerajaan haram Perak.... PAS Perak mengeluarkan arahan puasa untuk umat Islam manakala non muslim meneruskan protes mereka dengan mogok lapar. Tiba-tiba bila akhbar merujuk pada mufti, keluar fatwa hukum mogok lapar haram. Persoalannya adakah non muslim juga terikat dengan fatwa agama. Kenapa terjadi demikian? kerana mufti telah diperbodohkan oleh akhbar.

Semasa PM (zaman Tun DR M dan Pak Lah. Kita tunggu pula 31 Julai ni... untuk lihat PM baru) secara terang terangan bertafakur dan meletak bunga pada tugu negara. Mana para mufti? Hanya Mufti Perlis ketika itu, Dr Asri sahaja yang menegur amalan itu. Mufti lain?

Mufti di Malaysia tampak berani bila menegur pembangkang sekalipun berfatwa atas laporan yang salah. Namun bila kerajaan secara terangan-terangan melanggar hukum agama mufti kita kehilangan "telur".

Janganlah hendaknya institusi mufti ini masuk dalam senarai institusi yang dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat, selepas hancurnya kewibawaan institusi polis, institusi kehakiman dan institusi beraja.

Berbalik pada isu lilin dan Nizar. Nizar hadir dalam sidang Akhbar DAP dan dihujung sidang akhbar mereka memasangkan lilin tanda protes atas kematian misteri Teoh Beng Hock. Jalan cerita ini mesti diketahui terlebih dahulu sebelum keluarkan hukum. Jangan jadi ulama yang gian dengan microfon media, pantang tonyoh microfon terus melalak tak tentu hala.

Kalau nyala lilin tanda protes tak boleh? bagaimana dengan protes dengan lilit kain pada kepala? Bagaimana protes turun ke jalan raya untuk demonstrasi?

Ok lah kita jumpa pada 1 ogos nanti di KL. kita merah hitamkan bandar KL.
"Wahai ulama... pimpinlah kami ke jalanraya...
,

Wednesday, July 15, 2009

MUHASABAH

Kita bukan bercakap soal penyokong tegar PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kerena mereka akan tetap bersama PAS dan PR walau apa pun berlaku. Namun kita harus mengambil kira keseluruhan rakyat Malaysia terutama yang mula berjinak-jinak untuk bersama Pakatan Rakyat sejak ambang pru 12 dan selepasnya.

Tinjauan rambang saya bersama golongan ini, rata-rata mereka yang baru kali pertama memberi undi pada pembangkang sedikit kecewa dengan kemelut yang berlaku dalam PR.

Bermula dari kejatuhan negeri Perak angkara wakil rakyat PR melompat. Diikuti dengan isu muqabalah dan kerajaan perpaduan yang memperlihatkan pimpinan PAS saling serang menyerang antara satu sama lain.

DAP di Kedah pula mengisytiharkan keluar dari PR Kedah angkara babi. (walaupun ia berjaya diselesaikan) Terkini PR di Selangor, Isunya berebut ahli majlis, rombakan exco dan pejabat exco menjadi pejabat aktiviti meragukan.

Serang menyerang ini berlaku dengan menggunakan media milik UMNO. Media-media barua ini menambahkan lagi perisa. Rakyat beralih kepada media maya, media maya juga menyiarkan kemelut ini. Akhirnya rakyat buat kesimpulan berita dalam media arus perdana adalah benar walaupun ada unsur tokok tambah.

Sebagai contoh, isu kerajaan perpaduan, walaupun ia telah ditutup, namun pemimpin PAS masih bersosek-sosek dibelakang. Perasaan tak puas hati kedua belah pihak (penyokong UG dan Pembangkang UG) masih wujud. Mereka bercerita pada pimpinan PAS peringkat pertengahan. Pimpinan PAS ini akan bawa balik ke akar umbi... Maknanya di peringkat akar umbi sekarang sedang bercerita tentang buruk pimpinan PAS.

Saya jadi rimas, disatu sisi ahli dihidangkan dengan cerita buruknya Dato Husam Musa, Dr Mujahid, Dr Zulkifli, Khalid Samad, Dr Hatta dan lain lain. (sekadar menyebut beberapa nama). Disatu sisi yang lain ahli menikmati pula hidangan cerita buruk Ust Nasha, Dato Mustafa Ali, Ust Nasruddin Tantawi Ust Nik Abduh dan lain-lain (juga hanya sekadar menyebut beberapa nama)

Kadang-kadang dalam soal perselisihan ini 'ahli tententu' ini lebih bermaklumat daripada kita yang menjadi pimpinan kerana hubungan peribadi mereka dengan pimpinan tersebut.

Hanya sekadar menemani pimpinan ke lokasi ceramah atau menjadi pemandu sementara atau sekadar minum-minum dengan pimpinan, banyak cerita dan rahsia berjaya mereka kutip dan esoknya rahsia parti akan diusrahkan dikedai kopi. Maknanya pimpinan PAS mudah bercerita rahsia parti pada ahli yang menjadi kroni mereka. Nama-nama yang saya sebut di atas akan dikutuk.

Serangan menyerang sesama sendiri ini meyebabkan kita hilang kekuatan. Bukankah Allah berfirman

Dan taatlah kamu pada Allah dan rasul Nya, jangan kamu berbantah bantah, kelak kamu akan menjadi gentar dan hilang kekkuatan, bersabarlah. Allah bersama orang orang yang sabar.

Al-Anfal 46

Cukuplah dengan hidangan yang buruk yang kita hidangkan pada rakyat Malaysia. Ayuh wahai pimpinan PAS dan PR.. Ajal UMNO/BN semakin hampir... Meneruskan perbalahan lagi selepas ini akan memberi nafas baru pada UMNO/BN.
Ya Allah jadikan ini medan untuk menginsafkan kami. Keangkuhan kami dengan sedikit kuasa dan kesenangan. Keegoan dan bongkak dengan sedikit kepandaian sehinga mengambil alih kerja-kerja Mu. Saling berprasangka, sisih menyisih dan lain-lain dosa yang tidak kami sedari. Ampunilah kami. Ikatkan kembali hati-hati kami yang berpecah-pecah ini. Kukuhkan kembali ukhuwah kami. Amin

Thursday, July 9, 2009

Iklan sisi blog

Saudara boleh pilih untuk muatkan iklan ini atau ilan di bawah.

Himpunan Mansuh ISA.

Ambil iklan ini dan masukkan dalam blog sebagai tanda sokongan anda.

LEMBU PUNYA SUSU... BABI DAPAT NAMA

Soal mansuh 2012 kita bincang waktu lain, walaupun majoriti tertanya-tanya kenapa sehingga 2012. Apabila UMNO Johor mendakwa ini hasil perjuangan mereka, ni yang nak tergelak... Walaupun UMNO Johor mendakwa mereka menentang PPSMI, namun perjuangan golongan yang tak de telor ni memang tak diiktiraf. Macam perjuangan menuntut kemerdekaan, walaupun sebelum itu UMNO beromen dan bermukah dengan penjajah British, numun apabila Merdeka, merekalah yang mendakwa penentang British sehingga British lari. Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU, tapi BABI yang DAPAT NAMA.

Thursday, July 2, 2009

HUJAH... Senjata Dalam Peperangan Demokrasi

Ramai yang bertanya kepada soal wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Banyak juga pandangan yg saya baca dalam blog-blog dan ruangan komen blog.

Saya menyokong apa sahaja pentas untuk berhujah sama ada namanya debat, wacana, forum atau apa sahaja medium. Seharusnya ia dilihat dari sudut positif. Ini budaya politik baru. Politik hujah merupakan amalan negara maju. PAS dan Pakatan Rakyat yg dilihat sebagai kerajaan menanti mesti menghidupkan budaya politik baru ini, tampil dengan hujah yang bergaya. Sementelah lagi kita daripada PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam tegak dengan hujah

Politik hujah ini merupakan pendekatan yang telah kita terima sebelum ini.
  • Kita menyertai rancangan debat anjuran RTM, walaupun dalam rancangan itu ada sesetengah pemimpin kita tidak tampil dengan hujah bergaya, namun ia menjadi medan untuk pemimpin itu perbaiki mutu perbahasan
  • Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat muncul sebagai pembahas hebat dalam parlimen. Namun rakyat keseluruhannya tak dapat melihat kehebatan itu kerana tiada siaran langsung.
  • Dato Seri Anwar Ibrahim bertempur dengan Shabery Chik dalam isu kenaikan harga minyak.
  • Kelantan menganjur wacana ilmiah. Siri pertama yg menampilkan YB Dato Paduka Husam Musa, Khairy Menantu Perdana menteri (ketika itu)dan Dr Aziz Bari. Siri kedua YB Saifuddin Nasution, Dr Abu Hasan dan YB Fuad Zakarshi (gagal hadir dengan alasan dangkal)
  • Pimpinan kita terus hadir jika ada jemputan dalam rancangan Hujah TV 9 dan Awani Astro
  • Seingat saya inilah pendekatan YB Dato Mahfuz dan YB Salahuddin semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS
  • Zaman kegemilangan gerakan pelajar di Universiti dulu, pemimpin kita keluar masuk universiti menyertai debat, forum dan pelbagai wacana lain. Akhirnya pihak Universiti tidak lagi membenarkan pemimpin PAS untuk meyertai sebagai program kerana kekuatan hujah kita memalukan UMNO

Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.

Kita tak seharusnya sekadar menjadi hero di atas pentas politik yg kita cipta sendiri. Pemimpin kita mesti dieksport untuk tampil di atas mana-mana pentas hujah... Kena faham maksud saya BERHUJAH bukan "berunding dalam gelap".
Kita tutup sebarang pintu rundingan namun pintu dakwah jangan ditutup.

Peperangan kita kini bukan menggunakan senjata... Hujahlah yang menjadi senjata ampuh kita. Buang pendekatan hujah bermakna kita membuang senjata dalam peperangan ini.

Saya sangat bimbang... kita berbeza pandangan bukan atas dasar rasional, takut-takut kita didorang rasa kebencian kita ke atas orang yang memberi pandangan. Semoga kita tak termasuk dalam perangai kelompok yang dilarang oleh Allah. Renunglah surah Al Maidah ayat yg ke 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

Wednesday, July 1, 2009

1 Malaysia: Rakyat didahulukan

Sebuah rumah rakyat dalam negeri Pahang (Negeri Perdana Menteri)

1 Malaysia: UMNO alat MCA


Mana dia orang yang berlagak sebagai hero Melayu sebelum ni... Sila pimpin demonstrasi besar besaran atas isu ini. Lepas ni jangan sibuk tuduh PAS alat DAP...