Monday, February 1, 2010

BODOH TAHAP PALING TINGGI


Membaca kenyataan MB Haram Perak, membuatkan saya tertawa sendiri. Tertawa kerana kebodohan beliau. Pada Saat rakyat dan Pakatan Rakyat mahukan DUN dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik Perak. Tiba-tiba Zamri datang dengan teori bodoh tahap tertinggi.

Zamri mencabar ADUN Pakatan mengosongkan kerusi bagi membuktikan PR dapat sokongan rakyat. Rakyat sepatutnya menghakimi seluruh kerusi DUN bukan menghakimi 28 kerusi sahaja. Apa sahaja keputusan atas 28 kerusi DUN, MB haram tetap duduk di kerusi MBnya.

Bubarkan DUN dan bagi rakyat menghakimi keseluruhan kerusi DUN Perak. Terima sahaja apa yang rakyat tentukan. Dato Seri Nizar membuktikan kejantanannya dengan ikrar jika mahkamah isytiharkan beliau MB yang sah, beliau akan mohon perkenan Sultan Perak untuk bubarkan DUN. bagi menyerah mandat pada rakyat. Bolehkan "Pondan Metalik" seekor ni bertindak seberani Nizar. Lu pikirlah sendiri.