Friday, May 7, 2010

Doa untuk Alharas Abdullah


Jam 2.30 petang 3 mei saya menerima mesej dari Ust Zaki, Alharas kemalangan teruk. Lalu saya terus menghubungi sahabat-sahabat yang lain untuk mengetahui segala-galanya.

Sebahagian sahabat telah berada di wad kecemasan melaporkan keadaan Haras kritikal.
Kaki dan tangannya patah. Sebelah matanya kemungkinan rosak. Ada sedikit kecederaan pada kepala akibat hentakan yang kuat.

Saya mengenali secara rapat Saudara Haras setelah berpindah ke Balok Permai. Beliau yang bertungkus lumus mencari rumah sewa untuk saya.
Sepanjang perkenalan saya dapati beliau seorang yang baik, tuturkatanya lemah lembut, Pada ketika Avanza saya bermasalah untuk saya menghadiri mesyuarat di Temerloh, beliaulah yang menawarkan kereta Myvinya kepada saya.

Atas sikap suka menolong dan prihatin pada masalah masyarakat setempat beliau dipilih oleh ahli karyah sebagai pengerusi Surau Balok Permai. Di Bawah pimpinannya, surau itu hidup dengan majlis ilmu

Beliau sangat istiqamah dengan Unit Amal. Bertungkus lumus menampal poster jika ada ceramah di kawasan ini. Sahabat-sahabat yang mengikut beliau untuk menampal poster memberitahu saya, selagi poster yang diberikan padanya belum habis ditampal beliau tak akan balik ke rumah. Kadang-kadang jam 3 pagi baru mereka boleh sampai ke rumah.

Saya berkesempatan melawat beliau, hati saya sayu melihat beliau. Dalam keadaan separa sedar mulutnya tak lepas membaca ayat-ayat suci Al Quran. Segala ayat yang beliau hafal keluar dari mulutnya.

Dibeberapa tempat kuliah saya saya telah lancarkan derma untuk beliau. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai 3 anak. Jika saudara-saudara nak membantu beliau, masukkan ke Akaun Unit Amal Indera Mahkota Bank Islam 06019010080651