Thursday, January 20, 2011

antara MCA dan DAP

MCA boleh buat apa saja... UMNO dan pencacainya tak akan marah. Bayangkan kalau isu di bawah ini dibuat oleh DAP.

1. Dalam Isu Azan. Ng Kiam Nam ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan... JAWI arah masjid perlahankan Azan. Selepas dia menang (azan berjaya diperlahankan) itu dia pun tunjuk minta maaf. UMNO dakap dan romen MCA dengan erat. Isu ini dilupakan

2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMNO pejamkan mata. Tak ada UMNO yang mencela. Isu ini dipadamkan


3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tak ada sorang pun barua UMNO tuduh Najib penkhinat Melayu. Tiada akhbar yg siarkan

3. Chua Soi Lek kata persaingan UMNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia mundur ke belakang. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.

3. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang cina kerana terpaksa tutup kedai. UMNO kata Cua Soi Lek berniat baik

4. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam. video

Berdasarkan realiti hari ini, MCA nampak secara terangan-terangan menghina Islam dan orang melayu. MCA langsung tidak menoleh pada kebelakang dalam menghina Islam. Manakala DAP yang sebelum ini dituduh menghina Islam dilihat sedang berusaha kuat untuk memahami budaya Melayu dan Islam.

Persoalan yang mesti dijawab oleh pencacai UMNO, kenapa MCA mendapat hak ekslusif untuk menghina Islam dan bangsa Melayu. Tidak ada bantahan besar besaran dari UMNO menyebabkan pemimpin MCA tak rasa takut untuk menghina Melayu dan Islam.