Wednesday, May 4, 2011

FAKTA BODOH DS NAJIB..

Kata Dato Seri Najib:

PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau. (PAS hanya bertanding 5 Kerusi)

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Nota:

Hasil kerjasama dalam PR - kini PAS memiliki

1. 23 Kerusi Parlimen

2. 82 kerusi DUN

3. Memimpin 2 buah negeri (Kelantan dan Kedah)

4. Menjadi ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Selangor

5. Memiliki wakil dalam Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah dlm negeri PR.

6. 4 orang Senator (2 orang dilantik oleh setiap kerajaan Kedah dan Kerajaan Kelantan)

Ini fakta dari segi pencapaian politik. Belum diambil kira dari segi masjid yg makmur dibawah PR, program kebajikan dan kemasyarakatan, ekonomi yg mesra rakyat dll.

Jika di nilai fakta ini, sepanjang liku liku perjuangan yang telah mencecah usia 60 tahun, PRU 12 lepa, PAS dapat keuntungan besar hasil kerjasama dalam PR.