Thursday, June 2, 2011

Lynas: Guna air 500 meter padu sejam


Bersiap sedialah orang kuantan untuk menghadapi krisis bekalan air. Lynas akan menggunakan air utk tujuan pemprosesan Rare Earth sebanyak 500 meter padu sejam..... (sila rujuk EIA dan RIA). apa??? 500 METER PADU/JAM..

Air itu akan dibuang ke sungai Balok. Mampukah air sebanyak itu dirawat sepenuhnya??? Kalau satu jam, 500 meter padu, Bayangkan 1 hari ... air yg akan digunakan oleh Lynas melebihi penggunaan air seluruh warga Kuantan.

Tambahan pula sekarang ni, bila hujan lebat di Balok dalam 2 atau 3 jam, air sungai balok melimpah dan rumah penduduk di beberapa tmn perumahan akan dinaiki air separas pinggang. Bayangkanlah bila lynas beroperasi + dengan musim hujan .. alamatnya air akan mencecah paras bumbung...

Adakah kerugian anda akan dibayar oleh penyokong Lynas... ???? Lu fikir laa sendiri..