Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat mengambil ketetapan, membantah pembinaan logi pemprosesan Nadir Bumi di Gebeng. Presiden dan Ahli jawatankuasa PAS Pusat juga menyokong bantahan penduduk Kuantan khususnya sekitar Gebeng. Demikianlah antara intisari ucapan YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS di PUTRA, Balok.
Saya mengharapkan org yg menghantar email layang pada saya, kononnya saya tak taat pada Presiden Parti, nasihat saya pada mereka, hentikanlah kerja bodoh ini. Jangan jadi manusia bacul berselindung disebalik email yg tak dikenali. Mengaku pulak sebagai ahli PAS. Jadilah manusia yg bermaruah. Kami dalam Badan Bertindak Anti Rare Earth (BADAR) di Balok sedia untuk ditemui pada bila bila masa, sama ada dalam bentuk dialog, atau perjumpaan biasa, malah debat pun kami bersedia. Saya balas semua email itu dan mengharapkan respon untuk berjumpa kami dalam BADAR, namun sehingga hari ini tak berjawab.
Kerja bodoh mereka ini sampai peringkat mengambil petikan ucapan Dato Seri Presiden dan diemailkan kepada kami dan bertanyakan pendirian kami. Kini... PAS Pusat telah mempunyai pendirian... Apa pulak putar belit mereka selepas ini.
Nasihat terakhir saya... janganlah anda mengaku berwajah PAS (kononnya), namun lidah anda, berlidah UMNO.