- Dimulakan dengan surah Hud ayat 113, Allah melarang cenderung hati pada orang-orang yang zalim.
- Lawan kepada zalim adalah adil. Islam sangat menjungjung prinsip keadilan. Manusia dilarang melakukan kezaliman sekalipun pada seekor anjing.
- Prinsip keadilan, seseorang iti mesti dibuktikan bersalah dan dia mesti diberi peluang untuk membela diri
- ISA adalah akta yang menyalahi prinsip keadilan dalam Islam
- Sudahlah ketua keluarga ditahan sehingga ada dikalangan mereka yg didakwa sebagai JI hampir mencecah 8 tahun, anak dan isteri hidup dengan kedaifan. Mereka diganggu oleh orang tentu.
- Dibelenggu kemiskinan akibat hilang ketua keluarga hingga ada yang tercicir persekolahan
- Allah menunjukan keadilan... sejahat mana manusia ia tak terus dihumban ke neraka sebaliknya ia dibicarakan di Padang Mahsyar terlebih dahulu
- Sejarah ISA. Diluluskan di parlimen pada 1 ogos 1960. Wujud dengan tujuan menghadapi ancaman komunis dan subersif
- Tun Abd Razak ketika membentang akta itu menyebut masih terdapat 583 saki baki komunis. Beliau memberi jaminan, ISA akan digunakan dengan berhati hati bagi mengelak ia disalahgunakan
- Tun Razak berkata apabila kita bebas dari ancaman ini, Parlimen boleh membuat resolusi membatalkannya pada bila-bila masa.
- Hari ini ISA digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis sosial , pengkritik kerajaan dan ahli politik pembangkang
- Penyokong ISA memberi alasan, Amerika pun ada kem Guantánamo.
- Kenapa merujuk kepada negara kafir. Islam ada prinsip keadilanya yg tersendiri.
- Kini Presiden Baru Amerika Barack Omaba mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita.
Saya tutup Khutbah dengan membuat perbandingan
- Negara zionis Israel juga punya akta seumpama ini iaitu Mitary order 378.
- Bezanya Mitary order 378 penahanan Awal 8 hari. Selepas 8 hari boleh dapat khidmat peguam
- Malaysia tahan awal 60 hari, khidmat peguam di nafikan
- Pihak berkuasa zionis akan membuat tahanan lanjutan selama 6 bulan,
- Negara kita tahanan lanjutannya 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun.
- Bandingkan tempoh tahanan negara pengganas zionis dengan negara yg kita isytiharkan sebagai negara Islam
Saya stop setakat maklumat perbandingan itu. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Ada komen pengunjung nakal dalam Pahang daily yang mengunakan nama Anonymous mengatakan saya melafazkan ayat itu. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu.
Selesai solat jumaat.. selepas solat sunat, seorang jemaah memaklumkan pada saya JJ menjadi makmum saya. Hati saya melafazkan Alhamdulillah... Saya dah tunaikan tanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada semua temasuk JJ.
Sekonyong konyong JJ datang, saya bangun dan bersalam dengan beliau.. terpacul dari mulutnya.. "Ustaz jangan datang lagi ke Rompin, ni tempat saya, nanti pecah belah".
Saya bertanya kembali "apa yang pecah belah"
"ini bawak politik dalam masjid" jawab beliau
"Saya ceritakan prinsip keadailan dalam Islam... Kalau ia politik, ianya politik Islam bukan politik kepartian. Saya tak sebut PAS atau UMNO. "
JJ meneruskan leterannya "kalau macam ni saya pun boleh baca khutbah"
Apa lagi.. macam bagi bola tanggung pada saya... "Silakan Dato Khutbah minggu depan, saya pun nak dengar khutbah Dato."
Beliau berang dengan pelawaan saya dan mengajak saya keluar masjid untuk bincang. Saya mempelawa beliau duduk kerana nabi mengajar bila seseorang itu marah, jika dia berdiri maka duduklah.
"Kalau nak cakap politik kita bahas kat luar. Saya tak nak cakap politik dalam masjid" kata beliau
Sememangnya saya dah berjalan keluar masjid untuk dengar pemikiran politik darjah 3 JJ. Tetapi Ust Shukri, YDP PAS rompin menarik tangan saya dan minta saya jangan keluar masjid. Beliau bimbang Ahli Karyah masjid yg marahkan kebiadapan JJ sebentar tadi sukar dikawal. Nanti kalau berlaku apa-apa kita yang disalahkan tambah Ust Syukri.
JJ akhirnya meninggalkan perkarangan masjid dengan konvoi rombongnya.
Ada suara nakal mengingatkan saya... nasib baik ust tak keluar.... saya bimbang nanti ust kena raba... saya tersenyum dengan usikan itu.