Pengikut

Thursday, February 26, 2009

RAKYAT MENANGGUNG BIAWAK HIDUP!

Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri (Sri Perdana) dan Kediaman Timbalan Perdana Menteri (Sri Satria) dari Putrajaya Holding

KEDIAMAN PERDANA MENTERI - SRI PERDANA

SEWA
RM 4.15 juta setahun
RM345, 833.33 sebulan
RM11,527.77 sehari

KOS PENYELENGGARAAN
RM1.89 juta setahun
RM158,051.40 sebulan
RM5,268.38 sehari

KEDIAMAN TIMBALAN PERDANA MENTERI - SRI SATRIA

SEWA
RM2.74 juta setahun
RM228,333.33 sebulan
RM7,611.11 sehari!

KOS PENYELENGGARAAN
RM1.13 juta setahun
RM94,156 sebulan
RM 3,138.53 sehari!

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini
Sewa & menyelenggarakeseluruhan hampir RM 10 Juta setahun (RM 9.91 juta)

Wednesday, February 18, 2009

Ini betul betul... bukan Cobaan..

Posting saya pada 12 February 2009 bertajuk ISU TANAH : INI JAWAPAN NIZAR. Komen ini saya ambil dalam blog YAB nizar alamatnya
http://kamparinn.blogspot.com/2009/01/tahun-baru-cina-adun-bota.html

Ada beberapa pertanyaan sahabat tentang status posting ini. Dari mana saya dapat, sehinggalah komen dari Seri Budiman seperti menuduh saya mereka cipta artikel ini.

Biasanya pandangan seorang blogger bukan sahaja kita boleh dapati dalam postingnya sahaja, blogger juga akan memberi respon dalam ruang komen. Sudah menjadi minat saya untuk menerjah ruangan comment. Jadi, artikel yg saya masukkan dlm blog saya boleh didapati dalam ruangan komen DS Nizar. saya tunjuk contoh dibawah
Tak susah, saudara hanya perlu klik pada 25 komen maka keluarlah semua komen, dan saudara akan jumpa maklum balas dari YAB DS Nizar pada comments 30 januari 11:35

Bagi yang memilih blog DS Nizar, saudara kena rajin baca ruangan komen sebab YB Nizar rajin memberi respon dalam ruangan komen. Responnya pula sangat baik dan bernas.

PERMATANG, KUALA dan kini DI BUKIT

Mutakhir ini gaya politik negara sangat memualkan. Matlamat menghalalkan cara menjadi amalan politukus negara. Barulah kita tahu kenapa UMNO beriya-iya memisahkan politik dengan agama, dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semuanya kerana tanpa agama mereka boleh buat apa sahaja.

Semua tindakan UMNO untuk menghalalkan mnereka mendapatkan kuasa. Mereka menyangka dengan cara tindakan ke atas 2 ADUN di Perak (Behrang dan Changkat Jering) yang dituduh terlibat dengan rasuah boleh menjadi senjata mereka buat selama-lamanya. ADUN beragama Islam ini tewas dengan ugutan dan tawaran lumayan.

Lalu menggunakan modus operandi yang sama ke atas ADUN Bukit Selambau. Kini modus operandi itu dibawa pula ke Selangor. Matlamat mendedahkan aib ADUN, kemudian ugut dan akhirnya tawaran lumayan. Nampaknya ADUN yang bergama hindu dan ADUN Kristian ini lebih bermaruah daripada Islam Hadhari UMNO. Mereka meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN sekaligus. Amalan ini tak wujud pada calon BN. Pemimpin BN, walau apa pun jawatan yang mereka letak namun ADUN/ MP tetap kekal.

Sebenarnya tindakan UMNO untuk menggugat Kerajaan PR akan menjadi senjata makan tuan. Pemimpin PR berjiwa besar. Mereka amanah dengan kuasa bukan gila kuasa seperti pemimpin UMNO/BN. Sebab itulah mereka sedia untuk letak jawatan sekalipun sebagai ADUN dan meyerahkan kembali pada rakyat untuk tentukan.

Ayuh.. kita akan kerjakan UMNO/ BN ditiga bukit ini. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan.

UMNO / BN dah kalah di Permatang (Pauh), Mereka lari ke Kuala (Terengganu) juga mereka tewas. Kini mereka lari ke bukit. Jika di bukit juga mereka tewas, maknanya UMNO/BN kita akan campakkan ke Laut. Di laut hanya dua sahaja pilihan, sama ada mampus tengah laut atau menjadi lanun.

Monday, February 16, 2009

DERHAKA.. oH DERHAKA

Hanya sekadar mohon seluruh DUN di Perak bubar, anda telah dianggap derhaka pada Raja. Apa punya standard pemikiran orang melayu. Semua manusia sama di sisi Allah, baik dia kaya atau miskin, raja atau rakyat, lelaki atau perempuan, muda atau tua. Yang membezakan manusia di sisi Alllah ialah TAKWA.

Bila manusia bernama manusia, dia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Perkara yang keluar dari mulut manusia yang tidak maksum boleh dipertikaikan. Manusia yang sama ini seharusnya boleh dikenakan tindakan undang undang apabila tindakan melanggar undang undang.

Bukankah nabi pernah mengajar pada kita "jika sekiranya anakku Fatimah Bt Mohammad melakukan kesalahan mencuri, aku akan potong tangannya." Adakah manusia lain yang layak dianggap lebih hebat dari nabi. Kalau tak ikut nabi nak ikut siapa lagi.

Tanyalah pada orang-orang yang berdemonstrasi kononnya nak bela sebuah institusi, kamu nak jadi pengikut nabi ke, atau kamu nak jadi pengikut babi!
Lupakah kamu...

1. Ucapan Dr Mahathir semasa membentangkan Rang undang undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993, di Dewan rakyat pada 18 Januari 1993. Apa kata Dr M
  • Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. (Perenggan 7)

  • Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini. (perenggan 19)

  • Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai. (perenggan 69)

  • Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri (perenggan 75)
Rang undang undang ini lulus dengan sokongan ahli yang berhormat BN. Siapa yang mengangkat tangan menyokong kekebalan raja digugurkan, siapa yang menyokong rang undang undang yang mengizinkan sultan di saman. Sudah pasti ahli Parlimen Pakan antara yang mengangkat tangan menyokong. Sebahagian menteri yang membidas tindakan derhaka dan saman sultan adalah manusia munafik yang mengangkat tangan menyokong rang undang undang yang mengizinkan sultan disaman.

2. Tahun 1993 juga menyaksikan beberapa Menteri Kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta Raja-raja Melayu membabitkan pemberian konsesi balak di ribuan hektar kepada Raja tertentu. Didedahkan Raja Melayu di satu negeri mengimport arak untuk kegunaan peribadinya dan dalam bilik tidurnya ada bar. Juga isu pemilikan saham utama milik Raja-raja. Manakala Filem Melayu terus dimainkan di kaca tv yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan zaman kesultanan raja melayu dahulu

3. Annuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim Indra Petra di bawah pokok ceri di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan oleh Annuar Musa bagi menggantikan Sultan Ismail Petra yang didakwa bukan sultan Kelantan yang sah

4. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas, mencetuskan perarakan yang dipimpin oleh Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana Kelantan dan menyerahkan memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta

5. Ahli Parlimen Arau pada ketika itu mendedahkan keburukan seorang Sultan yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penaniayaan ke atas rakyat jelata yang seperti memukul, mencedera atau merogol sejak dari tahun 1972. Beliau juga mendedahkan keburukan sikap orang istana.

Inilah sikap dan perangai para pengikut babi yang munafik;
Maaf, hari ini agak kasar sbb saya tak dapat menahan perasaan atas kejahatan dan kezaliman UMNO/BN

Thursday, February 12, 2009

ISU TANAH: INI JAWAPAN YAB DS NIZAR

Ramai yg SMS bertanyakan isu tanah yang diberi pada masyarakat cina di Perak. Saya jumpa jawapan ini dalam Blog Dato Seri Nizar. Selamat membaca

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

AssalamualaikumKepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
  1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  2. 5,000 ekar di Bruas
  3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
  5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.
Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Wednesday, February 4, 2009

Sejarah Lompat di Malaysia

Sejak bila UMNO pandai cakap soal moral..? Bila ADUN BN lompat parti, pemimpin UMNO menyifatkan tindakan tidak bermoral. Bila ADUN PR lompat mereka dianggap bijak. Suruh Pak Lah dan Najib jelir lidah, pastinya lidah yang anda nampak adalah lidah biawak.
Sejarah lompat sebelum ini menyaksikan UMNOlah paling tak bermaruah. Saya boleh lakarkan kembali fakta sejarah yang tak boleh dibohongi
a. PRU 1959
PAS menang 13 kerusi, Parti Negara 4 kerusi dan Perikatan (UMNO + MCA) hanya 7 kerusi. Kerajaan PAS Terengganu tumbang melalui undi tidak percaya apabila 3 ADUN PAS dan 3 ADUN Parti Negara menyertai UMNO

b. Pindaan perlembagaan 1994 Kelantan.
Enakmen anti lompat Kelantan diluluskan dan serentak dengan itu kerusi Limbungan dan Sungai Pinang diisytiharkan kosong kerana ADUNnya melompat dari S46 kepada UMNO. Berlaku pilihanraya kecil. Calon UMNO diwakili oleh 2 ADUN lompat, lawan calon S46 yang baru. ADUN lompat tewas. Enakmen itu menyaksikan Kelantan mendapat 2 ADUN baru yang menang dengan majoriti selesa. UMNO Kelantan cabar keputusan dimahkamah. Mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya dan meyerahkan kerusi ADUN pada calon yang kalau. ADUN lompat itu ditabalkan sebagai "Wakil Mahkamah"

c. Pilihanraya SABAH 1994
PBS menang 25 kerusi, manakala BN memiliki 23 kerusi. Perlembagaan Sabah mengizinkan Parti yang memerintah melantik 6 orang ADUN tambahan, menjadikan jumlah kerusi PBS 31 kerusi. UMNO terlibat mengeruhkan politik sabah. 5 parti baru ditubuhkan dalam masa beberapa hari. (Inilah kecekapan Kementerian Dalam negeri bekerja). Berlakulah shopping ADUN secara besar-besaran. Hampir kesemua ADUN melompat menyebabkan PBS hanya tinggal 6 kerusi.Kerajaan PBS tumbang

Tuesday, February 3, 2009

Seminggu dua ni terlalu banyak perkembangan politik berlaku dalam negara kita... Perkara yang tak pernah terfikir berlaku, namun ia berlaku seminggu dua ni. Betullah kata orang tiada yang mustahil dalam politik.

Perkembangan ini berlalu begitu saja tanpa mendapat sentuhan dalam blog saya... Maaflah laptop saya buat hal lagi... Seharusnya ia telah diganti sejak Oktober lalu... Namun memandangkan harga baru bukannya seringgit dua, maka saya bertahan dengan sekadar yang ada. Laptop ini terlalu banyak jasanya. Bukan sahaja menemani saya ketika berceramah dan berkuliah, saya meluncur di alam maya juga bersamanya.

Balik pada bicara politik hari ni. Nampak sedikit gawat. Sudah dua kali usaha untuk menggulingkan kerajaan PR di Perak, nama ianya tidak diizinkan Allah. Besarnya keagungan kuasa Allah, pada ketika manusia terhimpit ke ruang yang sempit, pasti Allah membuka ruang untuk meloloskan diri, Ketika manusia diasak ke jurang yang menggerunkan pasti ada tangan yang yang menyambutnya. Semuanya mengandungi hikmah yang sukar ditafsirkan buat masa ni.
Oleh itu selain kita berikhtiar.. serahlah pada Allah yang Maha Kuasa. Saya teringat seorang sahabat yang baru sahaja saya kenali satu ketika itu, berstatus doktor. Ketika kami berhadapan dengan satu musibah (tak perlu saya ceritakan musibah itu, biarlah ia menjadi rahsia saya dan beberapa orang sahabat lain) masih terngiang ditelinga saya katanya

"Ustaz... kalau kita letak harapan pada manusia, manusia mungkin akan mengecewakan kita... tapi bila kita letak harapan bulat pada Allah, Allah tak akan mengecewakan kita... Jomlah kita mengadu pada Allah."

Menitik air mata saya bila seorang sahabat yang pada ketika itu baru sahaja saya kenali memberi semangat untuk kita hadapi hari esok yang lebih mencabar...
Marilah.. selain berusaha menyelamatkan kerajaan PR ini, kita bermunajat mohon pertolongan dari Allah.