Saturday, January 17, 2009

UMNO/BN SUDAH TIDAK RELEVAN

PAS 32,883
BN 30, 252
Bebas 193
Majoriti 2631

Keputusan PRK Kuala Terengganu, memberi satu pukulan maut buat UMNO/BN. Akhbar esok pastinya akan memuatkan bebelan pemimpin UMNO. 1001 alasan akan diberi. Segala kesalahan akan ditunding pada orang lain.

Tahniah rakyat Kuala Kerengganu. Mereka meluat dengan janji Najib, mereka cuak dengan kehadiran ribuan pasukan keselamatan, Mereka marah bila hukum Allah dipermain-mainkan. Mereka melampiaskan rasa mereka pada peti undi.

Keputusan PRK ini akan meyebabkan Pak Lah akan memikirkan kembali pelan peralihan kuasa yang dipersetujui Mac nanti. Ketika BN tewas di Permatang pauh dengan majoriti besar, Najib dan gengnya mengasak Pak untuk segera berundur. Alasan mereka rakyat bukan tolak UMNO, rakyat tolak Pak Lah. Pak Lah mempercayainya dan pelan peralihan kuasa yang dijanjikan bulan Jun dipercepatkan pada bulan Mac.

Bohong Najib pada Pak Lah terbongkar, rakyat sememangnya menolak UMNO walau siapapun yang akan memimpin UMNO. UMNO tetap tak relevan walaupun pemimpinnya bertukar. Rakyat Malaysia melihat tukar pemandu tak meyelesaikan masalah. Rakyat Malaysia sedang berkira-kira untuk menukarkan kereta.

Monday, January 12, 2009

Peserta Demo Anti Perang membela Palestin di tangkap..

Gambar: Tentera Israel menahan Rakyat Palestin, dengan alasan untuk mengekang keganasan. Memang itulah tabiat Yahudi. Yang kat Malaysia ni pulak, apasal tiba-tiba je jadi sensitif pada demo menentang keganasan Israel.
Gambar atas: Polis bertindak menahan peserta demo anti perang.
Gambar bawah: Kak Laila, Puan Nashita di tahan dalam trak polis dan dibawa ke balai.

Saya menerima panggilan telefon dari Kak Laila sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Maghrib. Menurut beliau, beliau berada di balai polis ditahan bersama 21 peserta lain. semuanya kerana demo untuk membela rakyat Palestin yang dibunuh kejam oleh Israel. Tak sangka pulak demo mengutuk Israel, ada pulak yang terasa kat Malaysia ni, lalu mereka di tangkap. Mungkin mereka marah bila kita kutuk kroni dunia akhirat mereka.

Bacalah petikan yang diluahkan oleh Kak Laila.

Semua yang hadir sangat excited untuk memulakan majlis.Kami tidak mengesyaki sebarang tangkapn kerana Vigil kali ini bukanlah demo anti- ISA, tetapi adalah sebagai sokongan pada rakyat Palestine yang sedang dibantai oleh Israel. Disamping itu, kisah keganasan di Sri Lanka juga di tunjukkan melalui beberapa buah banner kecil

"Satu, dua ,tiga tangkap!!!" begitulah suara polis bertag nama SYDNEY. Arahannya macam budak-budak main Police and Chief. Saya tak pernah tengok perangai polis yang begitu agresif. Bila nampak muka Arutchelvan ,YB Dr Nasir dan YB Charles, polis lain terus menyerbu.

Saya hairan, kenapa mereka begitu cepat marah sedangkan sebelum ini, setiap kali GMI mengadakan Vigil anti-ISA, kami diberi 15 minit untuk menjalankan aktiviti itu.

Pada malam itu, Vigil telah dilakukan serentak di empat tempat diseluruh Malaysia iaitu di Penang, Ipoh dan Johor Bharu. Kami dimaklumkan, perhimpunan ditempat lain telah berjalan dengan tenang dan berlangsung berjam-jam lamanya. Vigil di selang seli dengan dengan ucapan-ucapan wakil gabungan NGO.

Persoalannya, kenapa Polis mengganggu Vigil di K.L begitu dahsyat sekali? Adakah kerana Vigil di K.L di ketuai oleh JERIT dan PSM yang telah di senaraihitamkan oleh polis, maka sebarang aktiviti yang mereka anjurkan, akan diganggu oleh polis? Sikap baran dan ganas yang ditunjukkan polis memang di luar dari kebiasaan. Mereka seolah-olah telah mabuk dan tidak mendengar sebarang rayuan atau kata-kata dari dua wakil rakyat yang mengajak polis berunding. Sikap SB yang biasanya suka menyorok dibelakang perempuan, juga sungguh luarbiasa. Dalam jumlah yang ramai mereka (SB) menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata lucah kearah kami tanpa sebarang rasa malu.

Thursday, January 1, 2009

Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi

Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.