Teguran Jabatan Audit bagi Negeri Pahang kepada Pejabat SUK, melibatkan kenderaan rasmi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Sumber Laporan Audit 2008.
1. Pengisian Bahan Api Sebanyak Dua Kali Dalam Tempoh Masa Yang Singkat. 24 kes dikesan melibatkan 5 kenderaan kepunyaan kerajaan negeri. RM 5,211 duit rakyat disalahgunakan. (Lihat jadual di bawah.) Sebagai contoh 6 daripada daripada 24 kes dilampirkan. Jadual dibawah membuktikan dakwaan tersebut. Tempoh pengisian minyak hanya berbeza 1 minit. Malah ada kes minyak diisi dua kali dalam minit yang sama. Penyelewengan itu hanya melibatkan stesyen minyak yang sama di Raub. (Lihat jadual di bawah.)2. Perolehan Bahan Api Yang Meragukan. RM574.53 lagi melayang. Rekod mendapati kenderaan itu hanya memasukkan minyak 1 liter tetapi harga yang di bayar melebihi RM 100. Juga melibatkan stesyen minyak yang sama tapi kali ini di Bentong. (Lihat jadual di bawah.)
3. Perolehan Bahan Api Melebihi Kapasiti Tangki Kenderaan. Proton perdana hanya mampu memuatkan kapasiti minyak sebanyak 64 liter, namun ada kenderaan milik kerajaan negeri yang mengisi sehingga 130 liter. Mungkin Proton Perdana milik kerajaan Negeri Pahang ni bertangkikan tangki traktor. (Lihat jadual di bawah.)
4. Kad Inden Bahan Api Masih Aktif Walaupun Kenderaan Telah Lama Dilupuskan. Ada kenderaan yang tak wujud namun rekod mendapati kenderaan itu masih mengisi minyak. Di Malaysia ni bukan sahja ada pengundi hantu, sekarang ni dan ada kereta hantu. (Lihat jadual di bawah.)
6. Kos Penyenggaraan Kenderaan Yang Tinggi. Kos penyelenggaraan lebih mahal dari harga kereta. Lihatlah no 1, Proton perdana di beli dengan harga RM 117.026, namun kos penyelenggaraannya selepas digunakan selepas 4 tahun berjumlah RM 171,888. (lihat jadual di bawah)
Beginilah pengurusan kewangan kerajaan negeri Pahang untuk tahun 2008 yang lalu. Seharusnya rakyat boleh menilai bagaimana wang rakyat sewenang-wenangnya dibazirkan. Seharusnya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pahang lebih pro-aktif membawa isu ini dan apa sahaja isu lain dalam Dewan Undangan Negeri. Setiap sen duit rakyat yang hilang mesti dipersoalkan. Janganlah hendaknya YB PR menjadi tukang turut dan tukang urut pada MB. Jangan ada lagi YB PR berbuih-buih mulut memuji MB Pahang kononnya baik hati.
Ayuh bawalah misi Pakatan Rakyat, membongkar segala salah laku dan salahguna yang rakyat. Menjunjung amanah Allah mendokong amanah rakyat.