Wednesday, October 27, 2010
Saturday, October 23, 2010
Demonstrasi Membantah IFF
Lebih daripada 1000 oarang berhimpun bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Hanya Saya selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang dan Ust Fadli Ibrahim selaku ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang yang sempat berucap. Ust Nasruddin Hassan yang turut hadir tak sempat berucap kerana kecekapan pihak polis bertindak menyuraikan himpunan ini.
Nota: Polis cekap dan cepat bertindak atas perhimpunan PAS namun menjadi lembab dan lambat untuk bertindak jika yang berhimpun itu UMNO.. Tahniah
Berbincang dengan pihak polis selepas perhimpunan bersurai. Apapun ucapan terima kasih Pada Pihak polis yang menjalankan tugas. Pemuda PAS tidak bermusuh dengan pihak Polis.
Friday, October 15, 2010
Felda 'peralat' abang Mazlan Aliman
selamatkanpahang.blogspot.com
Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali.
Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka.
Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman Umno untuk disumbat ke dalam otak peneroka.
Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda.
Di muka surat 14 majalah tersebut, dibuat temuramah dengan abang Presiden Anak Mazlan Aliman, Tuan Haji Abd. Rahim Aliman untuk menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat sehingga menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghasut peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.
Sebenarnya amat tidak bagus mempergunakan senjata ‘kaitan persaudaraan’ seperti itu kerana boleh mengundang perbalahan keluarga. Kenapa tidak digunakan cara lain untuk meyakinkan peneroka?
Dalam artikel “Lahirmu Dalam Sejarah” di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.
Melalui artikel “Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah” pada muka sura 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka.
Lebih daripada itu, majalah tersebut juga tidak ada langsung permit penerbitan (P/P) KDN sedangkan jika organisasi lain menerbitkan risalah, akan segera dirampas. Ini bermakna, Pengarah Besar Felda Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab (yang memberi ucapan Salam Eidulfitri) dalam keadaan sedar melanggar peraturan Akta Mesin Cetak yang digubal kerajaan sendiri.
Majalah tersebut diagih-agihkan kepada peneroka. Dan di sebuah tanah rancangan majalah itu diletakkan di sekolah.
Wednesday, October 6, 2010
110 MUTIARA KATA
MUTIARA 70
Seorang pemandu kereta belum tentu membawa kita ke destinasi yang betul. Walaupun dia tahu cara memandu, hudupkan enjin, masuk gear, tetapi jika tak tahu jalan yang betul akan tetap sesat.
Demikian juga seorang pembaca Al Quran, tajwidnya betul, suaranya baik, makrajnya tepat tetapi tidak diamalkan, ia tak akan menunjuk jalan yang betul iaitu ke syurga
MUTIARA 75
Kita pergi ke kedai minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar, nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi
Apa kata pula kita sebagai manusia duduk di dunia bernyawa dengan udara tuhan, melihat dengan mata yang Allah bagi, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yg diberi Allah, tiba-tiba kita mahu semuanya percuma tanpa buat kerja untuk tuhan
Bagaimana untuk memiliki buku ini?
Buku ini boleh dimiliki dengan harga RM 10 + RM 3 belanja Pos. Masuk kan ke akaun bank
May Bank AJWA MUSLIM SHOP 55 6169 21 5767. selepas Bank In sms alamat anda ke ke 019 931 9231.
Friday, October 1, 2010
RIZAL MERICAN MAKAN DUIT JUDI
Rizal Merican pernah bertugas sebagai Setiausaha politik Kementerian Kewangan. Kementerian yang bertanggung jawab langsung dengan semua lesen dan perolehan perjudian.
Duit cukai judi dan arak masuk dalam akaun negara melalui pintu Kementerian Kewangan. Rizal Merican pernah duduk kat pintu tu.
Itu belum kita bicara soal saham kementerian kewangan dalam syarikat perjudian.
Sebab tu laa tengah 'mabuk' jangan buat pres statment, kan dah kantoi.
BILA PENYAMUN PULANGKAN WANG EHSAN
Ali Baba dan 4o penyamun sudah tak relevan, kini yang ada hanyalah UMNO dan 40 orang penyamun.