Sunday, May 26, 2013

Lu fikirlaa sendiri



Wednesday, May 8, 2013



Saya nak berkongsi perasaan dan aspirasi anak anak muda yg cintakan negara... baca dan fikir-fikirkanlah

Kata orang tua...
Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu. 

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...
Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara. 

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

ISU PERKAUMAN : MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…


Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah..  DAP bertanding dikawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN,  saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs  Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN)  BKT BENDERA

Kesimpulannya : Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu  bertambah dalam Parlimen.
Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang  vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang  vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4.  Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amirudin Saari (PKR) menang  vs Ravisandran (BN) – Bati Caves
8. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
9. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. Isunya bukan kerana Ghani Melayu tetapi BN di tolak atas rekod buruk rasuah, salah guna kuasa sepanjang 5 tahun lalu. Jika Ghani Lawan Melayu PR pun dia akan Kalah. Jika Kit Siang lawan Cina MCA pun, MCA akan kalah. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3. Parlimen Hulu Selangor (M-56%) Khalid Jaafar kalah vs Kamalanathan (BN
4.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

5. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
6. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
7. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
8. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani  Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
9. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
10. DUN Kahang (M-74%)  Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
11. DUN Pulai Sebatang ( M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
12. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
13. DUN Bingkor (Islam 38%)  Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
14. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih tak percaya,  UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.