 Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Kamalanathan di Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala Kubu Baru. Bukankah ini  isu politik kepartian yang dibawa oleh BN ke masjid.
Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Kamalanathan di Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala Kubu Baru. Bukankah ini  isu politik kepartian yang dibawa oleh BN ke masjid. Sumber : Malaysiakini
Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini  Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya  semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah  sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam  suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.
  
Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan  adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah  digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada  pengaruh kerajaan hari ini.
  
Beliau menerangkan, “Inilah caranya  bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh  perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan  dan kehendak diraja sahaja.”
 
Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor  Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan  ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak  kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.
 
Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun  menjadi pengetahuan umum.”
 
Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa  pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”
 
 
“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang  menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan  Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan  satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga  beberapa tahun lepas?” dia bertanya.
 
Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara  tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua  Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.
 
Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan  Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana?  Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik  daripada Pulau Pinang?”
 
Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan  Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.
 
Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara  yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu  peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke  atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”
 
Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya,  insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan  bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan  isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan  Rakyat.
 
“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan  yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di  Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.
 
Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau  Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala  yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah,  “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup  mereka selari bersama UMNO.”
 
“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan  ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada  lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.
 
Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana  Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”
 
Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas,  Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan  pembangunan akan berterusan di negeri itu.
 
“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep  raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi,  pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri  mereka sendiri.”
 
“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan  Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh  Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.
 
Bukan hasutan
 
Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan  mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata,  “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa  awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”
 
“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau  juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua  agama masih lagi tidak kelihatan.
 
Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan  difahami oleh masyarakat umum.
 
“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan  orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
 
Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk  menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada  peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,
 
Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya,  negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”
 
Sumber: Malaysiakini