Lawatan ini sempena Mesyuarat bulanan Dewan Harian PAS Pahang. Bermula dengan lawatan
9 am. Solat jenazah ahli PAS. Meninggal kerana sakit tua.
11. am Kami di bawa oleh PAS kawasan Pekan ke penempatan rumah panjang di Sungai Miang. Rombongan kami disambut dengan baik. Namun ada yg masih takut takut, tak kurang juga yang melahirkan rasa tak senang. Rata-rata mereka adalah orang Kedah. Dibawa masuk ke Pekan secara berperingkat. Setiap seorang mendapat tapak rumah suku ekar dan tanah untuk bercucuk tanah sebanyak 1 Ekar Peringkat awal mereka mengusahakan padi, namun keadaan tanah yang tak sesuai menyebabkan sekarang ini nenas menjadi tanaman utama. Kami melihat ladang nenas seluas mata memandang
Selepas melawat rumah panjang, kami dibawa melalui jalan tanah merah sejauh 3 km. jalannya berlubang lubang, kereta yang rendah pasti sangkut. Mujurlah bukan musim hujan. Bukan main terkejut kami...?
Kawasan penempatan banglow yang disediakan oleh Najib untuk pengundi importnya. Orang orang kedah khususnya dari langkawi dibawa masuk ke Sungai Miang 7 tahun yang lalu kini memperolehi banglow. Waw..! Ruginya jadi warga Pekan. Orang pekan hanya sekadar dapat rm200 ke rm300. Orang luar dapat tanah dan dapat banglow.
Rumah warga emas yang dikendalikan oleh Persatuan Tionghua Kuantan. Hanya warga emas yang tiada anak dan isteri/suami sahaja layak menghuni rumah ini. Segala pembiayaan diurus oleh persatuan melalui derma korporat dan orang perseorangan
YB azan Ismail dan YB Syed Muhammad diberi peluang berucap didepan warga emas dan kakitangan rumah kebajikan
Limau yang sedia untuk diagihkan
YB Azan memberi ang pau dan buah limah
YB Syed Muhammad menghulurkan ang pau
YDP PAS kawasan Indera Mahkota yang menjadi tulang belakang sehingga terlaksananya program bersejaran ini.
Bergambar dengan seluruh warga emas berjumlah 27 orang
Unit Amal sedang memunggah bungkusan limau. Lebih 1500 bungkusan akan diagih-agihkan kepada pengunjung masyarakat Tionghua di Pasar Pagi Air Putih Bersama YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Sdr Nasrun Amir, YDP PAS kawasan Indera Mahkota, Anggota Pusat Khidmat Dun bergambar bersama pengunjung pasar.
Risalah diagih-agihkan kepada pengunjung yang hadir. Respon mereka sangat baik. Mereka bertepuk tangan menerima kehadiran rombangan PAS dan Pakatan Rakyat. Saudara Mohd Ghaus Razali Naib YDP Pas Indera Mahkota turut sama mengagihkan buah limau. Warga tua, ceria menerima cenderahati dari kami "Ini dari mana?" sapa pengunjung berbangsa cina. "Ini dari PAS dan Pakatan Rakyat" jawab saya ringkas.... "ouyooo manyak bagus... manyak bagus.." respon mereka
Habis 1500 bungusan limau... Wajah wajah petugas tersenyum puas. Jam 8.30 pagi kami mula meninggalkan pasar pagi yang beransur ansur lengang.
Kami keluar seawal jam 6.30 pagi. Jam 9 baru kami boleh sarapan di warung nasi dagang. Sarapan pagi ditaja oleh YB Azan Ismail. Terima kasih
Membaca kenyataan MB Haram Perak, membuatkan saya tertawa sendiri. Tertawa kerana kebodohan beliau. Pada Saat rakyat dan Pakatan Rakyat mahukan DUN dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik Perak. Tiba-tiba Zamri datang dengan teori bodoh tahap tertinggi.
Zamri mencabar ADUN Pakatan mengosongkan kerusi bagi membuktikan PR dapat sokongan rakyat. Rakyat sepatutnya menghakimi seluruh kerusi DUN bukan menghakimi 28 kerusi sahaja. Apa sahaja keputusan atas 28 kerusi DUN, MB haram tetap duduk di kerusi MBnya.
Bubarkan DUN dan bagi rakyat menghakimi keseluruhan kerusi DUN Perak. Terima sahaja apa yang rakyat tentukan. Dato Seri Nizar membuktikan kejantanannya dengan ikrar jika mahkamah isytiharkan beliau MB yang sah, beliau akan mohon perkenan Sultan Perak untuk bubarkan DUN. bagi menyerah mandat pada rakyat. Bolehkan "Pondan Metalik" seekor ni bertindak seberani Nizar. Lu pikirlah sendiri.
Soal jawab ini saya dapat dari blog Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.
1. Apakah PAS menerima permohonan orang Kristian menggunakan nama Allah ?
Penganut Agama Kritian yang memohon menggunakan nama Allah khusus untuk penganut agama mereka(Kristian) adalah hak mereka. Mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pandangan ulama muktabar Islam seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah dengan jelas Islam melarang pengunaan nama Allah dikalangan agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi. Asasnya adalah Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:
“Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah”.
Tetapi perlu di ingat PAS menentang penyalahgunaan nama Allah kepada orang Islam. Maksudnya segala tafsiran Allah seperti Allah Tuhan “trinity”, Allah merujuk kepada berhala dan lain-lain konsep ketuhanan selain Islam tidak boleh disampaikan kepada orang Islam.
2. Apabila PAS tidak menghalang penggunaan nama Allah oleh Kritian maka apakah PAS menerima pandangan orang Kritian terhadap tuhan "Trinity" yang mana terdapat Allah ada bapa, anak dan isteri(God the Father, God the Son and the Holy Ghost) ?
PAS menolak konsep tuhan “trinity”(Tuhan 3 dalam satu) sebab asas Islam adalah Allah yang Maha Esa. Malah jika orang Islam beraqidahkan Allah “trinity” maka mereka terkeluar daripada Islam. PAS juga menolak aqidah tuhan selain Allah S.W.T. Tapi PAS tidak menghalang orang Kristian berfahaman tuhan “trinity” sebab itulah kebebasan beragama yang dianjurkan oleh orang Islam. Islam tidak boleh memaksakan aqidah Islam kepada mereka yang bukan Islam. Islam menegaskankan : “Tidak ada paksaan dalam agama”
3. Apakah PAS menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan untuk menghalang pengunaan nama Allah dalam akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly?
Itu adalah hak KDN sebab gereja Katolitk Malaysia telah memohan mahkamah membuat semakkan penghakiman terhadap keputusan kabinet. Tentulah kabinet ada asas dan pertimbangan mereka semasa meluluskan undang-undang melarang pengunaan nama Allah. Oleh kerana mahkamah telah membuat keputusan yang bercanggah maka hak merekalah untuk mempertahankannya.
PAS menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. PAS tiada berniat untuk mencampuri urusan mahkamah. Kita bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan di keluarkan.
4. Apakah PAS tidak kuatir nama Allah ini akan mengelirukan orang Islam di Malaysia khususnya anak muda ?
PAS sangat kuatir dengan kehidupan bebas tanpa peganggan agama khususnya anak muda beragama Islam di Malaysia kerana aqidah mereka yang lemah. Faktor utama kelemahan aqidah bukanlah disebabkan oleh dakwah agama lain tetapi disebabkan pendidikan, persekitaran, keluarga, masyarakat dan negara yang tidak menekankan persoalan aqidah.
Orang Islam yang murtad adalah mereka yang lemah aqidah islamnya bukan orang yang kuat pegangangan agama mereka. Tidak ada orang islam yang kuat pegangan agama dan kefahaman agamanya yang jatuh murtad. Tak pernah kita dengar ulama besar yang murtad. Tetapi adalah biasa kita dengar paderi Kristian yang masuk Islam.
Selain itu Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menyatakan :
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam”
Perkara 11(4) ini menghalang mana-mana agama menyampaikan aqidah mereka kepada umat Islam di Malaysia. Ini merupakan perlindungan Perlembagaan Malaysia terhadap Islam dan umat Islam.
5. Mengapa PAS tidak bersama dalam demontrasi yang dilaksanakan oleh NGO ? Mengapa PAS tidak mengambil pendekatan demontrasi seperti BERSIH, PPSMI dan ISA ?
Persoalan nama Allah adalah persoalan yang komplek dan mudah membangkitkan sentimen antara agama. Persoalan nama Allah ini bukan seperti isu pilihanraya BERSIH, PPSMI atau ISA. Persoalan nama Allah perlu diurus dengan cara yang cukup tertib. Jika PAS menggunakan konsep yang sama seperti BERSIH, PPSMI dan ISA maka PAS sangat kuatir pergaduhan agama akan tercetus. Bayangkan apa yang akan terjadi jika 100 ribu orang berkumpul di Istana Negara dengan penuh sentimen membenci orang Kristian. Kemungkinan pergaduhan akan berlaku. Maka ramailah pemimpin PAS yang akan dimasukkan dalam ISA. Mahkamah sedang mendengar rayuan. Biarkan mereka membuat keputusan. PAS berpendapat dalam isu yang sensitif seperti nama Allah ini maka keadah dialoglah yang lebih sesuai.
6. Apakah sikap PAS terhadap NGO yang mengambil sikap berbeza dengan PAS ?
PAS menyokong Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang selaras dengan Islam iaitu memberi kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka ada hujah dan pendekatan mereka. Kita hormati pandangan mereka. Dalam negara majmuk seperti Malaysia kecerdikan menguruskan perbezaan pendapat adalah menjadi ciri utama sebagai pemimpin negara ini. Kita boleh sama bersetuju pada apa yang kita setujui bersama. Kita juga mesti boleh bersetuju dalam apa juga perkara yang kita tidak setujui bersama. Inilah konsep Islam. Asasnya adalah ilmu bukannya emosi dan sentiment.
7. Apakah PAS mengambil pendekatan yang sederhana semata-mata untuk tujuan mendapat kuasa memerintah Malaysia dalam pilihanraya akan datang dengan memperjudikan Islam?
PAS yang dipimpin oleh para ulama tidak boleh menyembunyikan keterbukaan Islam terhadap penggunaan nama Allah. Apa yang Islam kata itulah yang kita tampilkan sesuai dengan suasana negara kita. Dalam hal sokongan rakyat kita hanya berserah kepada Allah setelah kita menjelaskan kedudukan agama Allah ditempat yang benar. Jika Allah izinkan PAS menang maka memerintahlah kita. Jika Allah tidak izinkan lagi memerintah Malaysia maka bersabarlah kita.
8. Apa sikap PAS terhadap pembakaran gereja ?
PAS tidak pernah sama sekali bersetuju dengan pembakaran gereja. Bukti jelas semasa berperang pun Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak yang berlindung dalam rumah ibadah apatah lagi di waktu aman seperti dalam negara kita sekarang. PAS menghormati orang bukan Islam dan rumah-rumah ibadah mereka. Ini dibuktikan dengan kehadiran pimpinan PAS ke gereja yang telah dibakar tempohari.
9. Pada pandangan PAS apakah ada udang disebalik batu apabila media arus perdana membangkitkan isu nama Allah ?
Pada pandangan PAS, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bersama para pemikirnya sedang mencipta krisis nama Allah di dalam negara setelah mereka dilanda pelbagai krisis yang tidak menguntungkan mereka. Bermula dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008, kritikan Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, kekalahan dalam banyak pilihanraya kecil, krisis dalaman BN, kes kematian Al-Tantuya, Isu PKFZ, rampasan kuasa di Perak, Isu GST, kenaikan harga barang, PPSMI, ISA, kemerosotan rizeb negara, kematian Teo Beng Hock dan isu paling sensasi adalah kehilangan 2 buah enjin jet F-5E kapal pejuang TUDM.
Krisis yang dicetuskan mampu mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar yang melanda kerajaan BN. Apakah munasabah UMNO berteriak dengan isu nama Allah sedangkan mereka yang mahu menggugurkan nama Islam daripada pertubuhan pada tahun 1994 dahulu. Apakah munasabahnya UMNO mempertahankan aqidah umat Islam jika undang-undang murtad seperti digariskan oleh Al-Quran tidak dilaksanakan.
Krisis nama Allah yang dicipta ini bukannya ada udang disebalik batu tetapi ada enjen jet F-5E dan Altantuya disebalik Dato Seri Najib Tun Razak.Oleh itu janganlah kita terperangkap
Mungkin mufti-mufti tertentu akan keluarkan fatwa, bukan Islam di larang pakai topi rasmi Polis Diraja Malaysia kerana mengandungi kalimah Allah.
Mungkin juga demonstrasi akan dianjurkan besar-besaran atas isu topi PDRM yang dipakai oleh bukan Islam
Mungkin Demonstrasi tersebut turut membantah penggunaan senikata lagu negeri yang mengandungi kalimah Allah kerana dibimbangi turut dinyanyikan oleh bukan Islam di sekolah dan majlis rasmi kerajaan negeri. Fikir-fikirkan
Kebanyakan lagu negeri-negeri mengandungi kalimah ALLAH. Saya lampirkan senikata lagu-lagu negeri. Nanti akan ada pula gerakan supaya lagu ini tak dinyanyikan di sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan atau di mana-mana majlis rasmi kerajaan negeri kerana dibimbangi orang bukan Islam juga akan turut nyanyikan dan akan menyebut perkataan Allah.
Atau kena ubah lirik lagu itu dengan membuang perkataan Allah supaya bukan Islam boleh menyanyi tanpa was-was. Fikir-fikirkanlah
Lagu Kebangsaan Negeri Pahang: "Ya AllahYang Masa Kuasa Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".
Lagu Kebangsaan Negeri Terengganu Allah daulatkan Tuanku Sultan Terengganu Darul Iman Allah peliharakan Tuanku Sultan Sejahtera sepanjang zaman Allah rahmatkan Tuanku Sultan Memerintah rakyat aman
Lagu Kebangsaan Negeri Johor Allah peliharakan Sultan ‘Nugrahkan dia segala kehormatan Sihat dan ria, kekal dan makmur Luaskan kuasa, menaungkan kami Rakyat dipimpini berzaman lagi Dengan Merdeka bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan.
Lagu kebangsaan Negeri Perak Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah Memerintah watan
Ditaati rakyat Kiri dan kanan Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan. Lagu Kebangsaan Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia Selamat di atas takhta Allah lanjutkan usia Tuanku Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku Bahagia selama-lamanya Aman dan sentosa Duli Yang Maha Mulia
Lagu Kebangsaan Negeri Kedah
Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata
Lagu Kebangsaan Negeri Kelantan
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan Keriangan diucapkan Segala kebesaran Allah cucurkan Bertambah kemuliaan
Identiti pengebom berani mati yang membunuh tujuh agen CIA di markas CIA di Afganistan sudah diketahui. Wira itu adalah anggota Al Qaeda menyusup sebagai agen CIA Menurut laporan The New York Times Dr Humam Khalil Abu-Mulal al-Balawi, berumur 36 tahun dipandang sebagai informer CIA terbaik dalam beberapa tahun ini. NBC News Amerika mengatakan pihak kerajaan Jordan menangkap al-Balawi lebih setahun lalu dan kemudian merekrutnya untuk menyusup ke dalam al-Qaida, dengan keyakinan bahwa dia sudah berhasil disedarkan untuk mendukung usaha Amerika dan jordan nentangm al-Qaida Humam kemudian dibawa masuk ke Afganistan dengan misi khusus untuk mencari dan bertemu pimpinan Al Qaeda, Ayman Al Zawahiri. Dia boleh keluar masuk ke markas ke CIA di Afganistan dibawah seliaan kapten perisikan Jordan bernama Ali bin Zeid. Ali turut terbunuh dalam serangan itu bersama 7 anggota CIA tersebut. Pejabat inteligen itu mengatakan bahwa Humam telah menghubungi Ali bin Zaed dan ingin bertemu team CIA di pangkalan di Khost, Afganistan. Humam mengaku memiliki informasi penting tentang Zawahiri. Pemboman Rabu lalu di pangkalan CIA di propinsi Khost, Afghanistan, membunuhm tujuh petugas CIA dan seorang petugas intelijen Jordan Serangan bom itu merupakan serangan kedua terbesar yang memakan korban besar di kalangan perisikan AS dibandingkan serangan-serangan lainnya sejak AS ke Afghanistan. Pada 1983, 8 agen CIA tewas dalam ledakan bom di Kedubes AS di Beirut 1983. Allahu Akhbar