Tuesday, January 18, 2011

KEBANGKITAN RAKYAT DI TUNISIA


DARI BLOG PRESIDEN PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.


Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti. Pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya di kenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.

Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA


DARI BLOG UST SAIFUL BAHRI

3 cara nak gantikan sebuah kerajaan atau pimpinan. Melalui rampasan kuasa tentera, pilihanraya atau jalanraya. Kini tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya melalui jalanraya meskipun beliau dahulunya mendapat kuasa melalui rampasan kuasa tentera.

Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas. Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai. Tiadanya peluang pekerjaan sehingga mahasiswa teragut nyawanya akibat ditahan untuk menjual buah dan sayur bagi menyara keluarganya. Penderitaan sekian lama yang mencengkam akhirnya meledak dan pengaruh mahasiswa dan golongan muda menyaksikan tumbangnya sebuah empayar kuku-besi di Tunisia.

Meskipun Tunisia bekas negara jajahan Perancis, Ben Ali dihalang untuk melarikan diri ke Perancis oleh Presiden Nicholas Sarkozy. Kini Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

Rashid Ghanoushi yang berada dibuangan negeri di London kini akan kembali ke Tunisia. Diharapkan cahaya gerakan Islam akan kembali bertapak dan berkembang setelah era kejatuhan ideologi manusia yang terlalu rapuh untuk memerintah manusia.

Usia pemerintahan Ben Ali lebih-kurang sama dengan Mahathir. Pemerintahan perkauman arab di Tunisia lebih-kurang sama dengan Umno-BN memerintah Malaysia. Sememangnya tak mampu ditahan lagi. Usia pemerintahan Umno-BN sudah sampai tahap menggelunsur. Kini giliran Pas PR menggantikan Umno-BN. Tetapi Pas dan PR akan menjatuhkan UMNO-BN dalam medan pilihan-raya. Sejak 1951 Pas memilih pendekatan pilihanraya sebagai satu pendekatan aman. Meskipun diprovokasi, difitnah, dizalimi, Alhamdulillah Pas masih lagi menggunakan pendekatan secara berhemah. Pas masih lagi menggunakan pendekatan tahalluf siyasi dengan parti-parti lain maupun kaum serta agama lain. Diharapkan Umno-BN masih lagi bersedia untuk berpencak di tanah yang sama rata.

Kita juga bimbang kalau-kalau UMNO-BN sentiasa menggunakan kuasanya, berterusan melakukan ketidakadilan dalam sistem pemerintahan, sistem SPR yang menyebabkan rakyat rasa ditipu, ditindas, dizalimi serta dirampas hak mereka menyebabkan rakyat memilih jalanraya untuk mendapatkan hak mereka. Rakyat pun ada tempoh had kesabarannya.

Ketika itu kemana pemimpin UMNO nak lari??? Kalau Mahathir dahulu pernah menyebut… kalau Anwar jadi PM beliau nak lari ke Australia. Ben Razak nak lari kemana pulak? Sekarang Rosmah berada diluar-negara dengan lawatan rasminya yang mengalahkan PM. Tengok-tengoklah negara mana yang sesuai untuk suaka politik???

Wednesday, January 12, 2011

CERAMAH : MASA UNTUK BERUBAH

YB Syed Mohamad Tuan Lonik ADUN Beserah.

Syukri Ramli (Bloger Cucu Mat Kilau)

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang

YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS

Turut hadir YDP PAS Kawasan Indera Mahkota Tuan Hj Nasrun Amir (berbaju hitam)

Lebih 2,000 membanjiri dataran PUTRA, Balok.

Tuesday, January 11, 2011

MISI KEMANUSIAAN DITERUSKAN

Misi Kemanusiaan diteruskan meskipun banjir sudah surut. Lokasi kami kini di perkampungan nelayan Beserah. Menyantuni nelayan yang tak dapat turun ke laut akibat musim tengkujuh.
Bersama dengan ADUN Beserah (PAS) YB Ust Syed Mohammad.

Sumbangan anda sangat diperlukan.
No Akaun Bank Islam 0601 9010 077387 Pusat Khidmat Dun Beserah.
Anda yang tak dapat menyumbang dalam bentuk wang dan tenaga, harap dapat war- warkan kepada rakan rakan Blog, FB dan segala bentuk media yang ada

Rumah Rakyat dikala pemimpin UMNO mendabit dada pendapatan perkapita rakyat Malaysia mencecah RM 52,347 (Klik Utusan)







Friday, January 7, 2011

BANJIR GELOMBANG KE 2

Sumbangan anda sangat diperlukan.
No Akaun Bank Islam 0601 9010 077387 Pusat Khidmat Dun Beserah.
Anda yang tak dapat menyumbang dalam bentuk wang dan tenaga, harap dapat war- warkan kepada rakan rakan Blog, FB dan segala bentuk media yang ada

.




limpahan air sungai menyebabkan air mula meyerang kawasan berhampiran.

Menghantar makanan siap dimasak di dewan orang ramai Balok.

Bersama YB Azan di Dewan Orang ramai Balok yang menjadi pusat perpindahan Banjir.

Merendah Banjir untuk meninjau dan mengambil tindakan susulan

Bekalan makanan yang siap untuk dimakan diedarkan pada mangsa banjir.

Kg Selamat, tak jauh dari pelabuhan antara yang ditenggelami air.

Bekalan makanan berupa roti, biskut, air mineral dan lain lain yang boleh dinikmati terus, menjadi santapan diwaktu petang


Anak anak paling gembira bila bekalan makanan sampai. Tak sabarnya si kecil tu nak makan.





53 tahun merdeka, masih ada rakyat yang duduk rumah begini. Hidup KETUANAN Melayu!

Operasi membersihkan rumah bila banjir mulai surut.

Unit AMAL turun dengan segera bila menerima panggilan. Syabas atas bantuan dan keprihatinan tentera merah.

MENTERI PENERANGAN KENA JAWAB "KENAPA LAMBAKAN DRAMA INDON DI TV MALAYSIA?"


Mengeluh karyawan filem dan drama Malaysia melihat lambakan drama Indonesia di TV Malaysia. Kita pun pelik kenapa banyak sangat sinetron Indon ni. Sekarang ni barulah kita tahu jawapannya. Rupanya ia ada kaitan dengan "selera" Menteri Penerangan Malaysia. Artikel dibawah adalah keluhan karyawan filem Malaysia

LAMBAKAN DRAMA INDONESIA

Berbuih mulut para pengkarya drama tv dan wartawan hiburan media cetak mengeluh dan memberi komen mengenai kebanjiran serta lambakan drama luar terutamanya dari Indonesia di kaca tv di Malaysia. Tapi keadaan tidak berubah malah bertambah teruk lagi.

Minggu ini saya agak terkejut apabila melihat drama popular Indonesia JELITA yang dilakunkan oleh penyanyi terkenal Indonesia Agnes Monica diulang tayang oleh TV3. Apa alasan TV3 mengulang tayang drama tersebut tidak pula saya ketahui. Namun TV3 memang terkenal dengan tag linenya "Atas Permintaan Ramai".

Faktor pengiklanan dan merebut rating mungkin sebab utama TV3 walaupun taq line "Atas Permintaan Ramai" sering digunakan. RTM dan ASTRO juga banyak mendewa-dewakan drama Indonesia. RTM yang sepatutnya paling patriotik juga seolah-olah terikut-ikut dengan rentak merebut rating TV.

Hakikatnya kebanjiran drama luar tanpa sebarang kawalan, secara langsung telah menutup periuk nasi golongan pengkarya belakang tabir di Malaysia. Pengarah, Penulis Skrip, Krew Produksi, Production Manager adalah antara yang menerima kesan langsungnya. Adakah pengkarya kita terlalu 'sengkek idea' atau rendah tahap profesionalisme hingga kita terdesak mengimport produk dari luar?

Mengimport produk dari luar bermakna kita juga mengimport 'nilai' mereka untuk dihidangkan dan 'dipasakkan' dalam mind set serta world view khalayak penonton kita. Kisah seorang 'Pak Haji' pulang dari Mekah bermain judi mungkin boleh diterima pada 'nilai' yang dipegang masyarakat Islam di Indonesia tapi ianya 'nilai' yang tidak diterima pada masyarakat Islam di Malaysia.

PPTV dan SWAM patut bertindak tegas dan perlu 'dilihat' sedang bersungguh-sungguh berbuat sesuatu mengenai isu ini. Jangan sampai esok lusa para penggiat drama tv terpaksa hidup kais pagi makan pagi seperti yang berlaku pada keluarga Allahyarham Ismail Din.

Wednesday, January 5, 2011

FUTSAL DEWAN PEMUDA PAS INDERA MAHKOTA

Kejohanan Futsal Dewan Pemuda PAS kawaan Indera Mahkota (IM). Sebanyak 42 Pasukan berentap di gelanggang Planet Futsal Semambu. Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS IM yang berjaya saban tahun menganjurkan Futsal. Sepanjang futsal berlangsung, kaunter daftar pemilih dan keahlian PAS dibuka. Risalah juga diedarkan kepada pemain dan penyokong yang memenuhi dewan Futsal.

Upacara perasmian disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Ust Nasruddin Hassan Tantawi.

Saya hadir pada sebelah petang untuk penutup dan penyampaian hadiah. Perlawanan masih rancak berlangsung

Perlawanan Akhir antara Briged Al Qassam VS Family FC

Johan membawa pulang wang tunai RM 1,000

Naib Johan membawa pulang hadiah bernilai RM 500 dan Medal.

bersama Johan - Briged Al Qassam dari Balok

Bersama Naib Johan Family FC - Chendor

Bergambar bersama urusetia yang bertungkus lumus menjayakan Kejohanan Futsal ini.

Tamat pembahagian hadiah tepat jam 7 mlm. Kami solat maghrib berjemaah di gelanggang.

Tuesday, January 4, 2011

SUK Selangor: Siapa main politik?


Siapa main politik? Khusrin mengakui beliau tak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.(diakui sendiri, sila lihat artikel bawah) KSN pilih SUK Selangor macam pilih PION.

Khusrin: MB enggan jumpa saya
Berita ini telah disunting, untuk berita penuh sila klik di sini

Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.

Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya kepada wartawan pada sidang media di pejabat barunya di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Sham Alam.

Meskipun dijangka tidak akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini, Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.


Katanya beliau telah menjadi mangsa serangan peribadi oleh pelbagai pihak sejak bermulanya isu penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor pada November 2009.

"Banyak isu negatif dilemparkan terhadap saya yang menggambarkan seolah-olah saya pegawai yang bermasalah, tidak patuh kepada arahan serta mempunyai agenda politik tertentu.

"Saya mengakui saya memang ada kekurangan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan percaya masalah itu tidak menjadi halangan bagi saya teruskan khidmat saya sebagai SUK," katanya.