Friday, February 4, 2011
Thursday, February 3, 2011
Wednesday, January 26, 2011
MCA terus menerus menghina ISLAM
Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah meminta MCA agar berhenti dari memainkan isu berjabat tangan yang telah dimulakan Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) namun begitu arahan dari Muhyiddin Yassin itu langsung tidak dipedulikan olehnyaMenjawab soalan wartawan CSL dalam nada yang marah tetap menegaskan pendiriannya bahawa norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan.
“Saya telah hidup dikalangan awam selama bertahun-tahun, itu sebahagian dari budaya dan sopan santun dalam berjabat tangan” kata CSL
Sebelum ini CSL telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.
Nota: Dunia dah nak kiamat… Pelakon porna bercakap soal budaya dan sopan…. Reality ni UMNO sangat bersopan santun bila MCA hina Islam
Monday, January 24, 2011
DVD Debat Perdana

1. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
2. Lokman Nor Adam (UMNO)
3. Dr Aziz Bari (Ahli akademik)
4. Amin Idris (motivator)
Berlangsung hampir 3 jam dalam format DVD, padat dengan informasi, membacarakan tajuk Orang Muda Belum Merdeka
harga RM 15 (termasuk harga pos)
Bagaimana untuk memiliki DVD ini?
Masukkan RM 15 ke akaun bank Maybank AJWA MUSLIM SHOP 55 6169 21 5767.
Selepas Bank In sms alamat anda ke ke 019 931 9231.
Saturday, January 22, 2011
Dewa Turun dari langit? (bergambar)
Gambar yg mengemparkan penganut Hindu
Friday, January 21, 2011
53 TAHUN MCA BERKAWAN DENGAN UMNO.. INILAH HASILNYA
Dalam kenyataan terbaru Chua Soi Lek (CSL) dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita. Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, CSL secara sarkastik menyindir cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.
Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"
Terjemahan “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.”
“If you can accept a lifestyle that follows Islamic values, then you vote for PAS, as simple as that,"
Terjemahan “Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS”
Tidakkah kenyataan CSL itu satu kenyataan yang jelas menghina dan dalam masa yang sama mempermain-mainkan nilai suci ajaran Islam?
Bekas pelakon porno itu juga mendakwa Kerajaan PAS Kelantan juga rasuah seperti kerajaan negeri-negeri lain yang diterajui oleh UMNO.
“UMNO tidak sempurna, ada rasuah diamalkan tetapi PAS juga tidak sempurna, tengok negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kalau anda mempunyai kawan di Kelantan Tanya mereka mengenai Kerajaan PAS Kelantan.
“Rasuah mereka kecil hanya kerana mereka tidak menguasai kerajaan pusat jika tidak nilai rasuah mereka juga besar” katanya lagi sekaligus mengakui akan adanya rasuah dalam kerajaan UMNO/BN.
Komen-komen CSL kebanyakkannya menimbulkan rasa takut atau kurang senang bukan Islam terhadap Islam (Islamphobia).
Tahun lepas CSL merangkap Presiden MCA sekutu UMNO didalam Barisan Nasional ini telah berkata majority Negara-negara yang mengamalkan rasuah ialah Negara Islam.
Beliau juga pernah melahirkan kekecewaan tentang kedai-kedai di Kota Bharu yang ditutup ketika perayaan Aidil Adha, satu perayaan penting dalam calendar Islam yang disambut secara besar-besaran.
Thursday, January 20, 2011
antara MCA dan DAP
2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMNO pejamkan mata. Tak ada UMNO yang mencela. Isu ini dipadamkan3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tak ada sorang pun barua UMNO tuduh Najib penkhinat Melayu. Tiada akhbar yg siarkan
3. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang cina kerana terpaksa tutup kedai. UMNO kata Cua Soi Lek berniat baik
4. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam. video
Persoalan yang mesti dijawab oleh pencacai UMNO, kenapa MCA mendapat hak ekslusif untuk menghina Islam dan bangsa Melayu. Tidak ada bantahan besar besaran dari UMNO menyebabkan pemimpin MCA tak rasa takut untuk menghina Melayu dan Islam.
Tuesday, January 18, 2011
Sejarah yang tak akan dilupakan
Tarikh 23hb April 1993Bekas MB Kelantan (UMNO) Tan Sri Mohamed Yaakub telah memimpin perarakan ahli UMNO dan pemimpin UMNO ke istana Kelantan untuk menyerah Memorandum mendesak sultan Kelantan. Perarakan ke istana Kelantan itu bermula selepas ucapan DR Mahathir dalam Program SEMARAK peringkat negeri Kelantan di Lobuk Jong, Pasir Mas
TANAH SIMPANAN MELAYU/ TANAH REZAB MELAYU
- British Serah kemerdekaan 1957 -
- TANAH SIMPANAN MELAYU BERJUMLAH 3 JUTA HEKTAR
- Zaman UMNO (Kajian 1990)
- TANAH SIMPANAN MELAYU TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR
- TANAH SIMPANAN MELAYU HILANG DITANGAN KETUANAN UMNO
- 1.3 JUTA HEKTAR










