Thursday, February 24, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Rayuan Derma Jentera Pemuda PRK Kerdau

...“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh TANGKAI, pada tiap-tiap TANGKAI seratus biji. (700 KALI GANDA PAHALA) Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:261)
“… dan barang apa yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikan harta yang dishadaqahkan, memberkahinya dan menambahkan karunia-Nya”. (Saba’34:39)

Kami mula menggerakkan aktiviti bermula 19 feb. Setiap hari 1 program bersama anak muda sehingga tarikh pilihanraya. Setakat ini kami dan susun dari 19 Feb hingga 5 mac.

Harap saudara/i juga sebarkan ke FB dan blog masing masing.
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
Bank Islam No akaun 0602 80100 11067.

Tuesday, February 22, 2011

Wednesday, February 16, 2011

RAYUAN DERMA DANA JENTERA PEMUDA PRK KERDAU

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
Bank Islam No akaun 0602 80100 11067.
...“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh TANGKAI, pada tiap-tiap TANGKAI seratus biji. (700 KALI GANDA PAHALA) Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:261) “…
dan barang apa yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikan harta yang disadaqahkan, memberkahinya dan menambahkan karunia-Nya”. (Saba’34:39)

Harap saudara/i juga sebarkan ke FB dan blog masing masing.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
Bank Islam No akaun 0602 80100 11067.
Alhamdulillah.. semalam 15 Feb. Pemuda PAS Negeri Pahang telah turun untuk kajia...n umum DUN Kerdau di bawah seliaan Dewan Pemuda PAS Pusat. (Hadir dari DPPNP Suhaizan Kayat, Ahmad Sabki dan Dr Supian)

Seramai lebih daripada 100 orang pemuda, turut dibantu oleh tenaga Nisa turun ke 13 peti undi untuk mendapatkan maklumat ke atas 1,000... re...ponden dari jam 10.00 pagi hingga 5 petang.

Kajian ini penting untuk menyusun gerak kerja sepanjang kempen nanti. Apa Isu yang mesti dibawa oleh penceramah, apa kehendak pengundi, dan bermacam lagi yg akan memberi faedah kepada petugas.

Dewan Pemuda PAS Pahang merakamkan terima kasih pada semua tenaga yang turun mengorbankan masa dan masa.Mereka turun tanpa upah, hanya diberi sarapan, makan tengahari dan minum petang. Menurut Dr Supian, kajian begini biasanya petugas akan dibayar RM 40 per responden.

Anda yang tidak dapat bersama kami atas pelbagai faktor.. kami alu-alukan sumbangan wang anda:-

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
Bank Islam No akaun 0602 80100 11067.

Friday, February 4, 2011

Thursday, February 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Agihan rumah ke rumah di Paerkampungan cina di Beserah

Agihan di Sekolah Jenis kebangsaan Kong Meng

YB Syed Muhammad Tuan Lonik, ADUN Beserah

Andan Sura bin Rabu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Indera Mahkota


Syed Zulkifli, Setiausaha PAS kawasan Indera Mahkota

Muslimat PAS kawasan indera Mahkota

Unit Amal sangat dihormati oleh masyarakat cina, atas kerja kebajikan mereka sebelum ini.

Saudara Mahmud dari Pusat Khidmat DUN Beserah,

Wednesday, January 26, 2011

MCA terus menerus menghina ISLAM

Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah meminta MCA agar berhenti dari memainkan isu berjabat tangan yang telah dimulakan Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) namun begitu arahan dari Muhyiddin Yassin itu langsung tidak dipedulikan olehnya

Menjawab soalan wartawan CSL dalam nada yang marah tetap menegaskan pendiriannya bahawa norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan.

“Saya telah hidup dikalangan awam selama bertahun-tahun, itu sebahagian dari budaya dan sopan santun dalam berjabat tangan” kata CSL

Sebelum ini CSL telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.

Nota: Dunia dah nak kiamat… Pelakon porna bercakap soal budaya dan sopan…. Reality ni UMNO sangat bersopan santun bila MCA hina Islam

Monday, January 24, 2011

DVD Debat Perdana


Debat Belangsung di UIA, Kuantan. Menampilkan 4 ahli panel Iaitu
1. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
2. Lokman Nor Adam (UMNO)
3. Dr Aziz Bari (Ahli akademik)
4. Amin Idris (motivator)

Berlangsung hampir 3 jam dalam format DVD, padat dengan informasi, membacarakan tajuk Orang Muda Belum Merdeka

harga RM 15 (termasuk harga pos)

Bagaimana untuk memiliki DVD ini?

Masukkan RM 15 ke akaun bank Maybank AJWA MUSLIM SHOP 55 6169 21 5767.

Selepas Bank In sms alamat anda ke ke 019 931 9231.

Saturday, January 22, 2011

Dewa Turun dari langit? (bergambar)

Penganut hindu yang mengunjungi kuil batu caves sempena Thaipusam gempar dengan kehadiran dewa baru. Antara percaya dan tidak percaya mereka menyaksikan Dewa Murugan yang keseorangan di Batu Cavesn sebelum ini, tiba-tiba pada tahun ini mendapat teman baru. klik untuk lihat gambar.

Gambar yg mengemparkan penganut Hindu

Friday, January 21, 2011

53 TAHUN MCA BERKAWAN DENGAN UMNO.. INILAH HASILNYA

Dalam kenyataan terbaru Chua Soi Lek (CSL) dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, CSL secara sarkastik menyindir cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.

Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.”

“If you can accept a lifestyle that follows Islamic values, then you vote for PAS, as simple as that,"

Terjemahan “Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS”

Tidakkah kenyataan CSL itu satu kenyataan yang jelas menghina dan dalam masa yang sama mempermain-mainkan nilai suci ajaran Islam?

Bekas pelakon porno itu juga mendakwa Kerajaan PAS Kelantan juga rasuah seperti kerajaan negeri-negeri lain yang diterajui oleh UMNO.

“UMNO tidak sempurna, ada rasuah diamalkan tetapi PAS juga tidak sempurna, tengok negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kalau anda mempunyai kawan di Kelantan Tanya mereka mengenai Kerajaan PAS Kelantan.

“Rasuah mereka kecil hanya kerana mereka tidak menguasai kerajaan pusat jika tidak nilai rasuah mereka juga besar” katanya lagi sekaligus mengakui akan adanya rasuah dalam kerajaan UMNO/BN.

Komen-komen CSL kebanyakkannya menimbulkan rasa takut atau kurang senang bukan Islam terhadap Islam (Islamphobia).

Tahun lepas CSL merangkap Presiden MCA sekutu UMNO didalam Barisan Nasional ini telah berkata majority Negara-negara yang mengamalkan rasuah ialah Negara Islam.

Beliau juga pernah melahirkan kekecewaan tentang kedai-kedai di Kota Bharu yang ditutup ketika perayaan Aidil Adha, satu perayaan penting dalam calendar Islam yang disambut secara besar-besaran.

Thursday, January 20, 2011

antara MCA dan DAP

MCA boleh buat apa saja... UMNO dan pencacainya tak akan marah. Bayangkan kalau isu di bawah ini dibuat oleh DAP.

1. Dalam Isu Azan. Ng Kiam Nam ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan... JAWI arah masjid perlahankan Azan. Selepas dia menang (azan berjaya diperlahankan) itu dia pun tunjuk minta maaf. UMNO dakap dan romen MCA dengan erat. Isu ini dilupakan

2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMNO pejamkan mata. Tak ada UMNO yang mencela. Isu ini dipadamkan


3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tak ada sorang pun barua UMNO tuduh Najib penkhinat Melayu. Tiada akhbar yg siarkan

3. Chua Soi Lek kata persaingan UMNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia mundur ke belakang. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.

3. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang cina kerana terpaksa tutup kedai. UMNO kata Cua Soi Lek berniat baik

4. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam. video

Berdasarkan realiti hari ini, MCA nampak secara terangan-terangan menghina Islam dan orang melayu. MCA langsung tidak menoleh pada kebelakang dalam menghina Islam. Manakala DAP yang sebelum ini dituduh menghina Islam dilihat sedang berusaha kuat untuk memahami budaya Melayu dan Islam.

Persoalan yang mesti dijawab oleh pencacai UMNO, kenapa MCA mendapat hak ekslusif untuk menghina Islam dan bangsa Melayu. Tidak ada bantahan besar besaran dari UMNO menyebabkan pemimpin MCA tak rasa takut untuk menghina Melayu dan Islam.

Tuesday, January 18, 2011

Sejarah yang tak akan dilupakan

Tarikh 23hb April 1993
Bekas MB Kelantan (UMNO) Tan Sri Mohamed Yaakub telah memimpin perarakan ahli UMNO dan pemimpin UMNO ke istana Kelantan untuk menyerah Memorandum mendesak sultan Kelantan. Perarakan ke istana Kelantan itu bermula selepas ucapan DR Mahathir dalam Program SEMARAK peringkat negeri Kelantan di Lobuk Jong, Pasir Mas





Tarikh 29hb April 1993

Kebiadaban UMNO/BN terhadapap raja-raja Melayu dibuktikan apabila cubaan Annuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim Indra Petra sebagai sultan Kelantan yang baru menggantikan Sultan Ismail Petra yang didakwa bukan sultan Kelantan yang sah. Utusan Malaysia melaporkan lebih 4000 melaungkan daulat tuanku dalam himpunan itu. Walaupun cubaan ini gagal namun ia menjadi titik hitam dan penghinaan pada raja-raja Melayu









TANAH SIMPANAN MELAYU/ TANAH REZAB MELAYU
  • British Serah kemerdekaan 1957 -
  • TANAH SIMPANAN MELAYU BERJUMLAH 3 JUTA HEKTAR
  • Zaman UMNO (Kajian 1990)
  • TANAH SIMPANAN MELAYU TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR
  • TANAH SIMPANAN MELAYU HILANG DITANGAN KETUANAN UMNO
  • 1.3 JUTA HEKTAR