Monday, November 28, 2011

program terkini


Thursday, November 10, 2011

Rileks sekejap....

1 Malaysia, Guru Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan

http://amkns.blogspot.com

Inilah nasib 1Malaysia pada ketika ini. Dikala ramai graduan , bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI sedang menganggur, kerajaan mengambil 300 orang guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat, secara tidak langsung menunjukkan guru Bahasa Inggeris rakyat 1Malaysia tiada kelas, termasuk universiti dan institut perguruan yang mengajar semua bakal guru ini.

MELAKA: 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata KERAJAAN AKAN MEMBAWA MASUK KIRA-KIRA 300 PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DARI AMERIKA SYARIKAT BAGI MEMBIMBING PARA PELAJAR TEMPATAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ITU MULAI TAHUN DEPAN. "Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini.

GURU KECEWA MENANTI ‘POSTING’

Aduan Rakyat , Oktober 2011

Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang penempatan kami di sekolah. Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI.

Berita sebelum ini :

Ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html

Berita sedih ribuan bakal guru dalam Bajet 2012 di http://amkns.blogspot.com/2011/10/berita-sedih-ribuan-bakal-guru-dalam.html

Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html

Kisah ramai para guru graduan KPLI menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Kisah beratus bakal guru Bahasa Inggeris TESL masih menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/ramainya-bakal-guru-menganggur.html

Kisah begitu ramai bakal guru KPLI 2010 menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Kisah Muhyiddin nak ambil 370 guru negara asing ajar Bahasa Inggeris di http://amkns.blogspot.com/2010/10/370-guru-pengajar-asing-muhyiddin.html

Guru Amerika diagungkan, guru Malaysia bangsat ke wahai TPM? Di http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html

Thursday, November 3, 2011

Tuan Haji Najib Abd Razak


Ibadah haji akan menghilangkan ego dan sombong manusia. Semua manusia sama di sisi Allah. Mereka datang hanya dengan sehelai kain putih menyelimuti tubuh. Baik pemimpin atau rakyat, kaya atau miskin, tua atau muda... semuanya sama disisi Allah. Namun gambar ini memberikan tafsiran sebaliknya..

Monday, October 31, 2011

Friday, October 28, 2011

LYNAS : Kenyataan Media Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Kenyataan media oleh MMA pada 21hb Julai 2011 yang lalu yang dipetik dari halaman rasmi MMA berkenaan isu Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS jelas membuktikan bahawa MMA bersama-sama dengan seluruh komuniti serta badan-badan NGO menuntut pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menghentikan projek ini demi kesihatan Rakyat dan keselamatan Alam Sekitar.

Antara sebahagian kenyataan MMA adalah:
  1. Kenyataan yang dipetik dari akhbar The Star bertarikh 1hb Julai 2011 memaklumkan bahawa panel pakar IAEA tidak menemui sebarang ketidakpatuhan kepada Piawaian Keselamatan Radiasi Antarabangsa dilihat tidak tepat dan mengelirukan berbanding cadangan panel pakar itu di dalam laporan mereka bahawa AELB harus memastikan LYNAS menyerahkan pelan perancangan pengurusan sisa buangan mereka serta kes keselamatan untuk menyokong pelan itu sebelum kilang LAMP milik LYNAS itu dibenarkan beroperasi. Oleh kerana pelan perancangan pengurusan sisa buangan itu masih tiada, maka kenyataan dari panel pakar IAEA itu bahawa wujud kepatuhan kepada Piawaian Keselamatan Radiasi Antarabangsa itu tidak boleh dijamin sama sekali.
  2. Kenyataan wakil LYNAS ketika perjumpaan wakil MMA Pahang pada 22hb Mei 2011 bahawa NUF dan FGD 100 peratus bebas radioaktif tidak disahkan oleh panel pakar IAEA ketika perjumpaan wakil MMA Pahang dengan panel pakar IAEA pada 31hb Mei 2011, seminggu selepas perjumpaan MMA Pahang dengan wakil LYNAS itu.
  3. Kajian MMA bahawa tidak ada satu pun Kilang Nadir Bumi di dunia ini yang mempunyai profil keselamatan jangka panjang yang disokong oleh kajian Alam Sekitar dan kajian Epidemiologi. Juga terdapat banyak Kilang yang berkaitan telah pun ditutup kerana kesan bahaya industri berkaitan kepada Alam Sekitar.
  4. Ketika perjumpaan wakil MMA dengan panel pakar IAEA, ahli panel bersetuju bahawa pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di negara membangun mungkin tidak sebaik negara maju. Walaupun Kilang LAMP milik LYNAS dikehendaki beroperasi dalam kawalan yang amat ketat, tidak ada jaminan pengawasan dan penguatkuasaan yang diharapkan itu akan berlaku di Malaysia.
  5. Laporan Kesan Impak Radioatif (RIA) atau ‘Radioactive Impact Assessment’ berkenaan pengurusan jangka panjang sejumlah kuantiti besar sisa radioaktif kepada Alam Sekitar dan Keselamatan Awam tidak diberi penekanan di dalam laporan RIA itu.
  6. Kaedah simpanan terbuka sisa pepejal akan mendedahkan pelepasan habuk radioaktif ke udara serta meningkatkan kemungkinan penyedutan habuk radioaktif tersebut oleh penduduk di sekitarnya.
  7. Laporan dari New York Times (Keith Bradsier, 29hb Jun 2011) bahawa pembinaan dan rekabentuk Kilang mungkin mempunyai kelemahan ketara termasuk keretakan struktur, poket udara dan kebocoran tangki simpanan, jika laporan ini betul, potensi pencemaran Alam Sekitar dan ancaman Kesihatan kesan dari bahan toksik, yang juga bersifat menghakis itu serta bahan radioaktif ini akan kekal sehingga berbillion tahun lamanya.
BADAR bersama-sama dengan MMA melalui Gabungan STOP LYNAS atau ‘STOP LYNAS COALITION (SLC)’ yang baru ditubuhkan hampir 2 bulan yang lalu bersama-sama 20 kumpulan lain yang menyokong gerakan Anti-LYNAS masih menanti-nanti jemputan agensi yang berkaitan khususnya Lembaga Perlesenan Atom Negara (AELB) untuk melibatkan pembabitan pihak awam untuk menilai semua dokumen-dokumen yang dikatakan sudah diserahkan oleh pihak LYNAS kepada AELB sekian lama.

Satu kemusykilan kenapa AELB mengambil masa yang lama untuk menjemput pihak awam untuk bersama-sama menilai semua dokumen itu? khususnya dokumen pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan radioaktif jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya yang memimpin MOSTI di mana AELB berada di bawahnya betul-betul telus serta ingin dilihat mahu melaksanakan reformis ‘public engagement’, Lokal Agenda 21 serta mendokong wawasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan.

BADAR melalui Gabungan STOP LYNAS atau ‘STOP LYNAS COALITION(SLC)’ juga berharap pihak pengurusan LYNAS (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif mereka Marsyal Ahmad dapat menyerahkan set dokumen yang sama kepada wakil BADAR atau SLC secepat mungkin.

Kegagalan LYNAS dan AELB untuk berbuat demikian secepat mungkin pasti akan menimbulkan polemik baru di kalangan rakyat Malaysia bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin sedang mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ kewujudan LYNAS melalui apa cara sekalipun dengan melengah-lengahkan penglibatan pihak awam untuk menilai semua dokumen-dokumen itu dalam jangkamasa dan kaedah yang dipersetujui secara bersama dengan BADAR dan ‘STOP LYNAS COALITION (SLC)’.

(Semua Rakyat Malaysia diminta bersama-sama menyokong Facebook STOP LYNAS COALITION (SLC) di https://www.facebook.com/groups/stoplynascoalition/ dan di https://www.facebook.com/pages/Stop-Lynas-Coalition-SLC/269265829774813)

BLOG BADAR di www.badarstoplynas.com

Saturday, September 10, 2011

Lu Fikir laa sendiri,.....

Kalau kita tak pernah dijajah... Bermakna

  1. Kita telah bazirkan billion ringgit wang rakyat untuk sambutan sejak 50 tahun lalu sambutan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  2. Mungkinkah kita kena batalkan sambutan yg membazir ini dan cuti 31 ogos juga mesti dikaji.
  3. Ini juga memberi gambaran semua PM dan rakyat selama ini buat kerja bodoh sambut 31 ogos.
  4. Kematian Pejuang maharaja lela, Tok Janggut,Mat kilau, tok janggut, Dato bahaman, Tok gajah dll mati sia sia kerana menentang kerajaan yg sah bukan penjajah
  5. Negara Komenwell hanyalah Melaka dan Pulau Pinang bukan Malaysia. Ubah senarai negara Komenwell
  6. Malaysia mesti menarik diri dari sukan Komenwell kerana sukan itu untuk negara jajahan British. Sukan Komennwell hanya boleh disertai oleh Melaka dan Pulau Pinang
  7. Semua tesis atau kalian ilmiah tentang sejarah kemerdekaan tidak ada nilai dan B.A, M.A, PHD mereka yg menulis tentang kemerdekaan negara dan yg bercanggah dengan kenyataan Zainal Kling ditarik balik dan batalkan.
  8. Tengku Abd Rahman bukan Bapa kemerdekaan... buku sejarah tersalah tulis.
  9. Semua guru sejarah akan pening kepala untuk mengajar sejarah kemerdekaan.

Wednesday, September 7, 2011

Warkah untuk golongan yg Bengong

Tak de pulak askar, polis dan kaum kerabat mereka berasa hati dengan pemberian ehsan kerajaan Malaysia pada bekas anggota Komunis.



Petikan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundin gan_Damai Haadyai_1989

Pelaksanaan Perjanjian Haadyai

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

  • Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
  • Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM).
  • seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia. Tetapi 338 diluluskan dan 93 ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan. Nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan demi keselamatan.
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Transkrip Hj Mohd Sabu

Dimana salahnya ucapan Hj Mohd Sabu... Saya sertakan transkrip ucapan Hj Mohammad Sabu untuk di nilai...

Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak?

Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..

Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana

…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….

Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

Semua sejarah negara kita bohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu bohong kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran bohong dia….jadi , depa duk lawan bohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…

Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….

Tuesday, September 6, 2011

Cendiakawan belum MERDEKA!!

Rupanya masih ramai ahli akademik kita yang masih dijajah ketakutan. Masih memiliki jiwa yang belum merdeka. Ruginya negera ini yg memiliki ahli akademik yang tak berani mempertahankan sejarah yang benar. Adakah untuk mendapatkan gelaran Prof. seorang ahli akademik mesti mengampu dan memutar belitkan sejarah.

Sebelum ini Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengatakan Mat Indera bukan anak tempatan. Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Oleh itu tambahnya lagi “Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.”


Namun Adik Mat Indera yg masih hidup mengesahkan Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Kantoi lagi pakar sejarah kita.

Hari ini pula kenyataan Editor buku 'Pengukir Nama Johor', Prof Dato Abu Bakar Hamid membidas kenyataan Hj Mohammad Sabu yg menggunakan fakta buku itu.

Utusan memetik katanya "dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataan (Mohd Sabu), sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera."

Saya meneliti baris demi baris ayat dalam buku Pengukir Nama Johor. Perenggan akhir rencana berkaitan Mat Indera mencatatkan

Dia rela mempertahankan nyawa demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajah. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan nama sebagai pejuang bukan petualang

Bukankah penutup ini sudah cukup jelas menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

Saya mencadangkan Prof Dato Abu Bakar membaca kembali baris demi baris setiap tokoh dalam buku itu terutama Mat Indera. Jangan hanya sekadar mencari glamour meletakkan nama sebagai editor tanpa membaca buku tersebut. Jangan jadi cendikiawan yang gila publisiti untuk mendapat nama dalam buku ilmiah tanpa meneliti dan membaca buku tersebut.

Kajian ilmiah Sejarah adalah milik rakyat dan negara ini. ia mesti pertahankan. Mempertikaikan bahan sejarah yg dieditorkan oleh diri sendiri adalah jenayah akademik. Pakar sejarah tak sepatutnya melacurkan sejarah sehingga ia dilihat hina oleh rakyat.

Jadilah ahli akademik yang merdeka. Jangan tenggelam bersama kebodohan UMNO.

Utusan 6 Sept 2011

Dakwaan Mat Sabu makan diri

JOHOR BAHRU 5 Sept. - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.

Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Terdahulu pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.


Monday, September 5, 2011

Video: MOU UMNO dengan Parti Komunis China (CPC)



Saksikan betapa hipokritnya UMNO (baca Munafik) dalam isu komunis. Depan rakyat bangkit sebagai hero menentang komunis... hakikatnya mereka mengadakan MOU dengan Parti Komunis China. Video ini dengan jelas menyebut KERJASAMA ANTARA UMNO DENGAN PARTI KOMUNIS CHINA.

MAMPUS UMNO......


Mampus UMNO... Abang Mat telah memiliki Buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir nama Johor. Saya pernah catatkan dalam posting saya yg lalu http://najwasuhaimi.blogspot.com/2011/09/tajuk-buku-pengukir-nama-johor-terbitan.html

Adakah Benar ini Puncanya Jurukamera BernamaTV terbunuh?

Dari Blog: www.darisungaiderhaka.blogspot.com

Adakah benar laporan yang mengatakan kerana kedegilan Putera 1Malaysia yang menjalankan misi mencari publisiti politik atau boleh juga dikatakan sebagai Misi Mengejar Publisiti yang berkeras mahu menggunakan logo 1Malaysia yang kelihatan seperti bendera US menyebabkan Jurukamera BernamaTV terbunuh?

Laporan tersebut mengatakan..

“Kumpula
n-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.


Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.


Ini Punca Jurukamera Bernama TV kena tembak?

Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan b
endera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

Pengukir Nama Johor Iktiraf Mat Indera




Tajuk Buku : Pengukir nama Johor
Terbitan : Yayasan Warisan Johor
Tahun terbit : 2004
Pra Kata: Menteri Besar Johor - Dato Abd Ghani othman
Ringkasan buku: Memuatkan 22 tokoh Johor. Salah Seorangnya Mat Indera

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa

"Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat? Bilakah pula UMNO seluruh negara nak buat laporan polis pada Yayasan Warisan Johor