Pengikut

Thursday, April 14, 2011

LYNAS@GEBENG - AHLI POLITIK AUSTRALIA BANTAH

KUALA LUMPUR 14 APRIL : Ahli politik Australia mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebeng, Pahang.

Robin Chapple (gambar) menegaskan kepimpinan Ketua Menteri Australia Barat, Barnett tidak harus bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain, termasuk Malaysia.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang," ujar Chapple.

Chapple yang juga ahli Majlis Perundangan Australia Barat berkata, pengendalian yang tidak betul akan menyebabkan penduduk sekitar akan mengalami radiasi yang diakibatkan oleh mineral thorium.

Chapple menyuarakan kebimbangannya ekoran sebelum ini, sebuah syarikat perlombongan bahan radioaktif, syarikat Magellan Metal terpaksa menghentikan operasinya berikutan kebocoran plumbum yang merbahaya kepada penduduk.

"Saya sudah berhubung dengan komuniti di Malaysia dan mereka tidak mahu melihat sisa toksik dibuang di kampung mereka," katanya lagi.

Beliau juga mengambil kira faktor geografi Gebeng yang terletak bersebelahan laut yang bersambung terus dengan sungai Balok, yang datangnya dari kawasan perindutrian menempatkan loji itu. Gebeng juga terletak berhampiran dengan Cherating, sebuah kawasan perikanan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menubuhkan badan bebas mengkaji impak radioaktif kepada persekitaran Gebeng. Fuziah kini sedang dalam usaha untuk menghentikan operasi loji tersebut di Pahang.

Kebimbangan terhadap isu pembuangan sisa bahan radioaktif ini semakin menekan apabila kerajaan persekutuan pimpinan Perana Menteri Najib Razak meluluskan pembinaan loji tersebut.

Operasi memproses thorium dari lombong Mount Weld itu dijadualkan bermula September depan di bawah seliaan Lynas Corporation. Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. - tvnews.net