Wednesday, November 26, 2008

HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN

Saya dan isteri baru sahaja selesai menziarahi Kakak Norhaslina Mary (45 tahun) untuk menghulurkan bantuan berupa kerusi roda.

Beliau mengidap penyakit polio sejak berumur 7 tahun. Sebelah kakinya kecil dan menyebabkan beliau memerlukan tongkat untuk bergerak. Bersatus balu selepas suaminya Hashim Ibrahim meninggal pada 2005 akibat cancer. Beliau memeluk Islam dengan meninggalkan agama kristian 16 tahun yang lalu (1992).

Sejak memasuki umur 40an menyebabkan beliau semakin sukar berjalan. Kecacatan beliau tidak menghalang minat beliau untuk belajar mengaji Al-Quran mendalami agama. Sering berulang alik ke tempat pengajian sekitar taman perumahannya.

Albert adik bujangnya sering menghantar beliau ke kelas pengajian. Albert merupakan ahli kelab penyokong PAS Indera Mahkota.


Beliau banyak dibantu oleh saudara Yusri (Naib Ketua DPP Indera Mahkota) dan isterinya yang juga tinggal di taman perumahan yang sama.

Sebaik sahaja Yusri memaklumkan pada saya masalah beliau, saya terus menghubungi beberapa orang sahabat untuk mencari kerusi roda yang boleh dilipat untuk memudahkan adik beliau untuk hantar beliau berulang alik ke tempat pengajian.

Al hamdulillah, seorang sahabat menghadiahkan kerusi roda baru 3 bulan dibeli milik ibunya yang telah meninggal dunia.

Beliau adalah saudara seagama dengan kita. Yang menariknya tentang keluarga beliau, seluruh anggota keluarganya kini menerima dengan hati terbuka status agamanya walaupun mereka belum memeluk Islam. Mereka kagum dengan keprihatinan umat islam seagama. Mudah mudahan Allah akan berikan hidayah kepada seluruh keluarga ini.

Bantulah saudara seagama dengan kita. Ingat pesanan nabi, barangsiapa yg memudahkan urusan saudaranya Allah akan memudahkan urusannya
Kepada saudara yang ingin membantu, saya sertakan maklumat berkaitan.

MARY ROSALINE @ NURHASLINA MARY.
No Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 06116-29-83918374-4