Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan ?

Ramai yang bertanya kepada saya, isu kerajaan Pepaduan. Ada yang datang marah-marah. Positifnya, mereka luahkan itu kerana sayangkan PAS. Jawapan saya kepada mereka ringkas je...

"Kerajaan Perpaduan hanya akan jadi realiti selepas UMNO kita benamkan di bumi Malaysia ini. Sekarang masa untuk kita bertenang dan kembali ke posisi untuk mula meyerang UMNO/BN"

Pandangan 1

Seharusnya ia menjadi pengajaran yang mahal harganya buat kita dan pimpinan kita. Ahli PAS tak diajar wala membabi buta. Apabila keputusan itu diputuskan oleh jamaah melalui proses syura maka kita taat. Sebarang keputusan yang tidak melalui saluran yang betul, keputusan itu akan menghasilkan hasil yang tak masak. Makan hasil yang tak masak mungkin akan meyebabkan sakit perut. Secara peribadi saya melihat sedikit kekecohan ini disebabkan hidangan yang tak masak. Ada dua kemungkinan:-

1. Hidangan itu sememangnya dihidangkan dalam keadaan tak masak atau

2. Mungkin ketika proses menyiapkan hidangan, belum lagi tukang masak hidangkan, sudah ada yang bertindak curi-curi makan makanan yang tak masak itu.

Pandangan 2
Saya sangat tak bersetuju dengan beberapa tulisan kononnya Tuan guru Dato Mursyidul Am mendapat nasihat yang salah dari orang disekelilingnya. Orang-orang yang dianggap sebagai penasihat Tuan guru Dato Mursyidul Am juga cuba disalahkan. Kalau itulah hujahnya, nanti sebelah pihak lagi juga akan mendakwa penasihat di sekeliling Tuanguru Dato Seri Presidenlah yang punya angkara yang menjadikan kapal ini huru hara.

Saya sangat yakin dengan kewibawaan 2 Tuanguru kita. Mereka rasonal dan tak dipengaruhi oleh sesiapa. Dakwaan mengatakan 2 tuanguru ini menerima nasihat yang salah dari 'tuan penasihat' seakan-akan menafikan kewibawaan, ketokohan dan keilmuan dua tokoh ini.

Akhirnya ...

Saya amat yakin dan percaya pertemuan semeja dengan semua tokoh yang terbabit akan menenangkan kembali air yang sedang berkocak ini.

Kita sedang menaiki kapal yang besar... resamnya, kalau ada kerosakan belanja untuk baiki juga besar dan mungkin mengambil sedikit masa berbanding masa kapal kita dahulu yang kecil. Kena banyak bersabar.... Jangan terjun dari kapal...

Sama-sama kita doakan. Allahu Akhbar