Monday, June 1, 2009

Ulama dan Profesional

Sedutan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancaranyanya mahukan PAS tetap mengekalkan kepemimpinan golongan ulama dan profesional dalam parti. kedua-dua golongan itu yang membarisi kepemimpinan PAS bukan hanya berlaku pada era sekarang, bahkan sudah dipraktikkan sejak PAS ditubuhkan pada 1951

Jangan pula menganggap kita menentang kepimpinan ulama semata-mata kerana mencalonkan golongan yang bukan ulama.

Jangan juga ada yang menganggap, kita menentang profesional semata mata bila mencalonkan ulama.

YB Ketua Dewan Pemuda PAS pusat pernah menyentuh persoalan ini dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 46 di Kota Bharu. Sebarang percubaan mengadu dumba dan membangkitkan isu dikotomi Ulama- Profesional adalah perangai jahiliyyah.

Sebenarnya PAS tampak menarik dengan variasi ini. Uniknya PAS, golongan ulama dan profesional duduk dalam satu-satunya wadah parti Islam iaitu PAS.

Kita tidak seperti Indonesia yang memiliki puluhan parti Islam mengikut aliran masing masing. Kita juga tidak seperti di Turki apabila golongan yang mengekalkan aliran tradisi berada dalam satu parti manakala golongan pembaharuan berada dalam satu Parti yang lain. Antara parti yang wujud ini masing masing mendakwa mereka lebih Islamik.

Pemuda PAS negeri Pahang jangan terperangkap dengan pemikiran yang boleh merosakkan parti. Jangan mengurungkan diri dalam kepompong pemikiran jumud ini.

Jangan ada lagi pertikaian antara mee celup dengan mee goreng siapakah yang lebih layak berada atas meja. Bagi kita, kedua-duanya layak dengan syarat perisanya ialah mendokong institusi kepimpinan ulama.

Apa yang penting di sini ialah kita memelihara institusi ulama yakni institusi yang meletakkan Islam sebagai dasar kehidupan dan perjuangan. Maknanya sesiapa pun boleh menjadi pemimpin termasuk golongan profesional atau sesiapa sahaja, asalkan mereka mendokong gagasan ini dan tunduk kepada kehendak Islam.