Saturday, February 13, 2010

SIAPA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT?

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang tidak wajar mengenakan sebarang syarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak kerana ia bakal menimbulkan kesulitan kepada kerajaan membangunkan rakyat dan negeri itu.

Apakah syarat Pakatan Rakyat Perak yang dianggap menimbulkan kesulitan kepada kerajaan untuk membangunkan rakyat?

Mari kita lihat syarat yang diberi oleh Dato Seri Nizar
  1. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dibenar menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk aktiviti rakyat
  2. Tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input untuk kepentingan rakyat Perak.
  3. Pembangkang mahu peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat mereka untuk memudahkan pihak berkenaan menjalankan aktiviti membangunkan rakyat di kawasan masing-masing.
Apa yang pasti syarat yang diberikan oleh Dato Seri Nizar jika ditunaikan, tidak akan menimbulkan kesulitan kepada kerajaan dan rakyat malah ia menguntungkan rakyat.