Ini bukan isu Cina bantah dan Melayu sokong. Ini Isu keselamatan bersama. Bahaya menimpa tak kira siapa. Melayu, Cina, India dan semua bangsa mesti bersatu membantah..


Dokumen di sini http://www.infomine.com/index/pr/PA536540.PDF
Malaysian Insider- Oleh Shannon TeohKUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.
Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.
“Ada banyak soalan tanpa jawapan,” kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.
Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.
Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.
Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.
Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.
Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.
Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.
Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai “rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu.”
“Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek,” kata beliau.
Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.
Bagaimanapun, Wong berkata menurut tulisan akhbar Amerika Syarikat itu loji tersebut akan memproses 10 kali ganda nadir bumi dan boleh menyebabkan jumlah sisa pembuangan radioaktif dalam jumlah yang banyak.
“Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah,” katanya lagi.
Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.
KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan radioaktif. Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan.
Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan.
“Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, ” kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat.
“Sisa thorium ini bukan radioaktif biasa. Ia mempunyai ‘half life’ (jangka hayat) berbilion tahun. Faktanya ialah selama 30 tahun tidak ada satu pun negara di dunia yang mahu menjadikan negara mereka sebagai pusat memproses sisa tersebut.
“Mengapa pula kita yang mahu menerima? soal Fuziah.
Dalam pada itu, Fuziah mendedahkan bahawa, sebelum ini Lynas pernah memohon kepada kerajaan Terengganu atas tujuan yang sama dengan berdasarkan ‘Radioactive Waste Management Code Of Practise 1988 mengikut standard China. (Kerajaan Terengganu menolak projek ini)
Sedangkan, syarikat itu seharusnya memohon pembinaan loji tersebut dengan bersandarkan kepada ‘Radioactive Waste Management Code Of Practise 1992′ seperti di Asutralia.
Lynas merupakan syarikat milik penuh Australia dan dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Jumlah eksport mereka apabila beroperasi sepenuhnya adalah kira-kira RM8 bilion setahun.
“Mereka tidak langsung perlu membayar cukai, sebaliknya meninggalkan risiko sisa buangan radioaktif. Kita bimbangkan keselamatan rakyat setempat,” tegas beliau.
Beliau turut membidas alasan yang dikemukakan Mosti bahawa pembinaan loji tersebut merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tidak masuk akal.
“Ia hanyalah alasan untuk menerima kelulusan pembinaan kilang tersebut,” ujar Fuziah.
KUALA LUMPUR 14 APRIL : Ahli politik Australia mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebeng, Pahang.
SHAH ALAM 12 APRIL : Dakwaan Lynas Corporation bahawa Loji Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan hanya mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' pada kadar minimum tidak boleh diterima Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.