




2. Perolehan Bahan Api Yang Meragukan. RM574.53 lagi melayang. Rekod mendapati kenderaan itu hanya memasukkan minyak 1 liter tetapi harga yang di bayar melebihi RM 100. Juga melibatkan stesyen minyak yang sama tapi kali ini di Bentong. (Lihat jadual di bawah.)
3. Perolehan Bahan Api Melebihi Kapasiti Tangki Kenderaan. Proton perdana hanya mampu memuatkan kapasiti minyak sebanyak 64 liter, namun ada kenderaan milik kerajaan negeri yang mengisi sehingga 130 liter. Mungkin Proton Perdana milik kerajaan Negeri Pahang ni bertangkikan tangki traktor. (Lihat jadual di bawah.)
4. Kad Inden Bahan Api Masih Aktif Walaupun Kenderaan Telah Lama Dilupuskan. Ada kenderaan yang tak wujud namun rekod mendapati kenderaan itu masih mengisi minyak. Di Malaysia ni bukan sahja ada pengundi hantu, sekarang ni dan ada kereta hantu. (Lihat jadual di bawah.)
6. Kos Penyenggaraan Kenderaan Yang Tinggi. Kos penyelenggaraan lebih mahal dari harga kereta. Lihatlah no 1, Proton perdana di beli dengan harga RM 117.026, namun kos penyelenggaraannya selepas digunakan selepas 4 tahun berjumlah RM 171,888. (lihat jadual di bawah)
Beginilah pengurusan kewangan kerajaan negeri Pahang untuk tahun 2008 yang lalu. Seharusnya rakyat boleh menilai bagaimana wang rakyat sewenang-wenangnya dibazirkan. Seharusnya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pahang lebih pro-aktif membawa isu ini dan apa sahaja isu lain dalam Dewan Undangan Negeri. Setiap sen duit rakyat yang hilang mesti dipersoalkan. Janganlah hendaknya YB PR menjadi tukang turut dan tukang urut pada MB. Jangan ada lagi YB PR berbuih-buih mulut memuji MB Pahang kononnya baik hati.
Ayuh bawalah misi Pakatan Rakyat, membongkar segala salah laku dan salahguna yang rakyat. Menjunjung amanah Allah mendokong amanah rakyat.
Melalui di zon perarakan penyokong PAS.
Kelihatan bersama Dato Ismail Sabri
Disapa dan disentuh bahu oleh seorang penyokong PAS
Masuk hospital akibat sapaan dan sentuhan itu... Maklumlah.. lembik..!!
Khas buat Sahibus Samahah Tan Sri Harusani Zakaria dan ulama-ulama UMNO yang lain.. Seharusnya kamu semua berani menegur perbuatan Perdana Menteri ini. Jangan hanya keluarkan fatwa secara berpilih-pilih. Jangan pulak haram bila kena pada pembangkang, harus bila kerajaan yang amalkan. Golongan agama akan berdalih, kononnya mereka tak fatwakan harus. Ini fitnah... Woi.. bila ulama, berdiam diri terhadap perbuatan yang haram... orang jahil menganggap perbuatan itu harus kerana ulama tak tegur... pun. Lu Pikir laa sendiri....

Semasa PM (zaman Tun DR M dan Pak Lah. Kita tunggu pula 31 Julai ni... untuk lihat PM baru) secara terang terangan bertafakur dan meletak bunga pada tugu negara. Mana para mufti? Hanya Mufti Perlis ketika itu, Dr Asri sahaja yang menegur amalan itu. Mufti lain?
Mufti di Malaysia tampak berani bila menegur pembangkang sekalipun berfatwa atas laporan yang salah. Namun bila kerajaan secara terangan-terangan melanggar hukum agama mufti kita kehilangan "telur".
Dan taatlah kamu pada Allah dan rasul Nya, jangan kamu berbantah bantah, kelak kamu akan menjadi gentar dan hilang kekkuatan, bersabarlah. Allah bersama orang orang yang sabar.
Soal mansuh 2012 kita bincang waktu lain, walaupun majoriti tertanya-tanya kenapa sehingga 2012. Apabila UMNO Johor mendakwa ini hasil perjuangan mereka, ni yang nak tergelak... Walaupun UMNO Johor mendakwa mereka menentang PPSMI, namun perjuangan golongan yang tak de telor ni memang tak diiktiraf. Macam perjuangan menuntut kemerdekaan, walaupun sebelum itu UMNO beromen dan bermukah dengan penjajah British, numun apabila Merdeka, merekalah yang mendakwa penentang British sehingga British lari. Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU, tapi BABI yang DAPAT NAMA.Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

Ramai yang bertanya kepada saya, isu kerajaan Pepaduan. Ada yang datang marah-marah. Positifnya, mereka luahkan itu kerana sayangkan PAS. Jawapan saya kepada mereka ringkas je...
Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :