Pengikut

Monday, June 30, 2008

HARAKAH DAILY : 30 JUN 2008

AHLI DIINGAT DAPATKAN MAKLUMAT SEMASA DARIPADA SUMBER PARTI
Hashim Abdullah Mon 30 Jun 2008
KUANTAN, 30 Jun (Hrkh) - Ahli PAS diingatkan agar mempertingkatkan usaha mendapat maklumat rasmi parti bagi mengikuti mperkembangan terkini senario politik negara terutama dalam kes terbaru membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ingatan tersebut dibuat Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad baru-baru ini, sejurus selepas tersebarnya isu terbaru kes liwat kononnya membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan dalam tindak balas sebentar tadi beliau melalui wakilnya telah menfailkan saman terhadap pemuda yang membuat tuduhan yang dianggapnya tidak berasas sama sekali.

Tambah Suhaimi lagi, adalah penting bagi setiap ahli PAS mendapat maklumat rasmi PAS dengan melayari internet dalam website Harakahdaily agar apa juga keraguan dan kebimbangan dapat dijelaskan melalui kenyataan-kenyataan pemimpin parti.

"Setiap ahli PAS kena mempertingkatkan usaha mendapat maklumat rasmi parti melalui sumber yang rasmi setiap masa, kita tak boleh mempercayai apa juga yang dipaparkan media masa yang berat sebelah.

"Oleh kerana politik negara semakin panas, akan banyak lagi perkara berlaku menuntut ahli parti tidak bertindak melulu mahu pun panik, jauh sekali mempercayai apa yang disiarkan surat khabar dan tv. Kita kena matang sekarang," katanya.

SINAR HARIAN : 30 JUN 2008


Semalam saya terlibat untuk merasmikan "Himpunan Anak-anak Ahli PAS" kawasan Kuantan. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan kerjasama PAS kawasan dan Dewan Muslimat Kawasan. Alhamdulillah kehadiran sangat membanggakan. Dewan Darul Fikri penuh dengan peserta. Saya menganggarkan lebih kurang 200 orang. Ratanya berumur 10 hingga 16 tahun. Saya difahamkan kombinasi Pas Kawasan Kuantan, Dewan Pemuda PAS Kuantan dan Dewan Muslimat Pas Kuantan menyumbang kepada kejayaan Program ini.

Klik pada keratan akhbar untuk membaca sepenuhnya liputan SINAR HARIAN.

Friday, June 27, 2008

HANGUS RM 18 JUTA SETAHUN

Landskap Putrajaya: Sebulan RM1.5 juta
Laporan Parlimen: Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di sini, hari ini.

Thursday, June 26, 2008

EURO 2008: PAKATAN VS BN 7+0

(Seloka Politi ini dipetikan dari sahabat blog kalam kerinchi)

Perlawanan persahabatan diantara BN dan Pakatan telah masuk ke separuh masa yang kedua. Pada pusingan pertama, team Pakatan telah merembat 6 gol melalui penyerang utama Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyerang kedua seorang bekas banduan, Lim Guan Eng.

Pada minit kedua puluh, Azizan Razak telah merembat gol yang ketiga, diikuti minit ke 25 pertahanan kanan Khalid Ibrahim menyumbang gol yang keempat. Sejarah tercipta, apabila penjaga gol Pakatan Rakyat Ir Nizar Jamaludin telah membuat sepakan kencang dari gol Pakatan terus ke gol BN. Penjaga gol BN Tajul Rosli tersungkur di belakang tiang gol apabila keliru dengan sepakan yang dibuat.

Di hujung separuh akhir pertama, pertahanan kiri Pakatan Rakyat, Dr Lo Lo telah membuat rembatan keenam dengan dibantu rakan sepasukan, Nurul Izzah dan Wee Chee Keong daripada team Pakatan. Setelah berehat selama beberapa bulan, perlawanan diteruskan separuh masa kedua.

Berlaku sedikit perubahan apabila penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim telah dibenarkan beraksi semula dipadang setelah digantung dan dikurung selama enam tahun. Beliau memulakan perlawanan dengan memberi bola tanggung kepada rakan beliau Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi telah melontar bola ke kanan dan disambut oleh pemain veteran Lim Kit Siang. Bola dipulangkan kembali kepada Anwar dan Anwar terus merembat tepat ke gol BN.

Namun penjaga gol baru BN Mohamamad Mohd Taib berjaya menangkap bola.Terdengar sorakan dari kelab penyokong pasukan BN yang diketuai menantu penyerang utamanya Khairi Brooks. Pasukan penyorak mereka telah boo pemain Pakatan kerana tidak berjaya menyumbang gol ketujuh.

Pada minit kelima separuh masa kedua, sekali lagi penyerang kanan Pakatan membuat rembatan tepat ke galang gol BN. Namun sekali lagi Khairi Brooks dan ahli kelab penyokong BN menyorak Pakatan kerana bola telah melepasi gelanggang.Namun, pada minit kelapan belas, pertahanan kanan BN Dato Yong Teck Lee telah merembat bola masuk ke gol sendiri.

Pemain yang berasal dari Sabah ini telah membuat sepakan protes apabila tidak berpuas hati dengan penyerang utama mereka Ayah Lah Bodowi yang melantik menantunya Khairi Brooks sebagai pengurus pasukan yang baru. Tindakan Dato Yong Teck Lee ini telah menyumbang gol ketujuh percuma buat Pakatan Rakyat.

Permainan terpaksa ditangguh sementara akibat pergolakan dalam pasukan BN. Pertahanan kiri BN, Ali Rustami telah menumbuk Dato Yong Teck Lee di tengah padang. Selain itu, pemain veteran BN, Samy Vellu telah mencubit perut Yong. Pengurus pasukan yang baru Khairi Brooks juga telah menyepak curi belakang Yong. Namun setakat ini, tiada kecederaan berat yang dialami Dato Yong.

Maklumat terkini mendapati, beberapa pegawai BPR telah diarahkan oleh penyerang Utama pasukan BN, Ayah Lah Bodowi untuk memulas telinga Yong yang dikatakan khianat pada pasukan. Menurut pengulas bola sepak dunia, Ronaldo Hadhari, kejadian ini merupakan yang pertama di Malaysia. Ia mungkin terjadi disebabkan pasukan BN tidak pernah mengalami kekalahan sejak 50 tahun yang lalu.

Pasukan BN terkenal dengan permainan kotor mereka apabila kerap menyepak kangkang dan menyengkang kaki lawan di tengah padang. Mereka juga sering merasuah pengadil lama T Rashitendam. Menurut Ronaldo Hadhari lagi, pasukan BN pernah membunuh 15 pemain muda berbakat yang diketuai oleh Ibrahim Libya yang sedang menjalani latihan padang di Memali Baling Kedah.

Malah mereka pernah bertindak mengurung penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim selama enam tahun di sebuah kurungan di Sungai Buluh.

Monday, June 23, 2008

MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI ISA

Tarikh
28 JUN 2008 (SABTU)

Masa
9.00 mlm - 12.00 mlm

Tempat
Stadium Melawati Shah Alam


Jom kita ke sana. Sebagai tanda kita bersama dengan dengan denyut nadi keluarga mangsa ISA yang dizalimi.

Tuesday, June 17, 2008

MENJIWAI RINTIHAH KELUARGA TAHANAN ISA

Ahad 15 Jun 2008, Kak Norlaila Othman menerima berita suaminya Mat Sah Satray dilanjutkan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun lagi. Bermakna 8 tahun beliau dipisahkan dengan suami oleh Akta yang zalim ini. Manusia yang bersetuju dengan akta ini sememangnya bukan manusia.
Tergamakkah anda menyaksikan linangan air mata anak-anak ini. Apalagi yang dapat mereka lakukan. Sempena hari ayah mereka mengusung teddy bear sebagai mambantah penahanan ayah mereka. Sepatutnya ayahlah yang membawakan teddy bear untuk mereka, tapi apakan daya, ISA merampas segala-gala

Yang mendokong dan melaksanakannya juga lebih teruk dari bukan manusia. Anak-anak kehilangan kasih sayang bapa. Rumah tangga mangsa ISA ada yang porak peranda. Tak ada kata-kata yang dapat saya ungkapkan atas kezaliman ini. Saya sayu, air mata bercucuran apabila membaca rintihan hati Kak Norlaila. Akhirnya beliau terpaksa pasrah kehilangan suami disisi, lalu terungkaplah kata-kata "sekurang-kurangnya dia masih hidup"
"Sekurang-kurangnya dia masih hidup"
Oleh Norlaila Othman(Gambar)

Tak tahu macam mana nak mulakan bicara, setiap kali jari mula mengetuk 'keyboard', mata mula berkaca.

'Let's put it this way'..."tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa beriman kepada Allah,niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."(maksud AtTaghaabun: 11).

Sebaik saja berita lanjutan 2 tahun itu keluar dalam Harakahdaily petang tadi, saya rasa seolah-olah ramai sangat yang turut "berkabung' dan menangisi keputusan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tak daya saya nak melayan SMS dan panggilan telefon dari mereka yang ingin menyatakan kesedihan, di samping meminta saya terus tabah menghadapi keputusan yang zalim itu.

Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun, "hari-hari terakhir 6 tahun" saya rasakan hidup bagai di atas bara api. Setiap kali tengok kalendar, fikiran jadi amat tertekan. Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik ialah ... tidor. Tapi tak boleh dilayan sangat.

Saya pergi GIANT membeli jus Peel Fresh Orange dan snack kegemaran saya - Vochele roasted almond .... tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.

Saya sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan yang masih bertimbun. Fikiran difokuskan terhadap program terdekat. Malu rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan tangisan yang berpanjangan. Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup kekurangan itu.

Saya amat bersyukur pada Allah SWT, Tuhan yang memberi nyawa, yang masih mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara pagi ketika terjaga dari tidur. Di sebalik tekanan perasaan yang tinggi, saya berjaya mengharungi saat-saat sukar, sebelum menerima berita/keputusan yang amat berat itu... Alhamdulillah.

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun di sebalik kaca ...." Ya .... itulah realitinya. Saya reda dengan semua ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.

Bila-bila masa, sekiranya saya dipanggil Ilahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah, kerana saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya, untuk membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika ini.

Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu saja. Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi orang perempuan).. malahan semangat juang tetap membara di sanubari saya ...

Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allahlah penentu segalanya

SINAR HARIAN : 16 JUN 2008


Friday, June 13, 2008

CAKAP MINDA KELAS PERTAMA TAPI BODOH BERTINGKAT-TINGKAT

Buletin TV 3 sebentar tadi (13 Jun 08) melaporkan sidang akhbar Pak Lah di Kelantan. Pak Lah mencabar negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak.

Katanya "Sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat janji nak turunkan harga minyak. Sekarang Turunkanlah harga minyak di Selangor, turunkanlah minyak di Perak dan negeri yang di kuasai oleh mereka.”
Inilah mentaliti pemimpin Malaysia. Dalam ucapan beliau sering kali menyebut minda kelas pertama tapi rupanya bodoh Pak Lah bertingkat-tingkat. Apalah malangnya rakyat Malaysia yang punya PM yang sebangang itu.

Apalah sangat bidang kuasa Kerajaan negeri. Masihkah kita ingat, bila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak kenakan levi RM10 sebulan ataupun RM100 setahun bagi setiap pekerja asing
Hasrat murni MB Selangor ialah untuk mengutip dana bagi mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan bagi melatih belia-belia Selangor. Tanpa latihan, belia Selangor akan tidak dapat bersaing dengan limpahan buruh asing yang dikategorikan sebagai 'murah' dan bersedia untuk bekerja tanpa had. Ini mewujudkan keadaan yang kurang sihat untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia. Tambahan pula, kebanjiran pendatang asing yang sesetengahnya tanpa permit mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di kawasan setempat. Justeru, usaha mengadakan latihan ini wajar di sokong.
Usaha itu di halang dengan alasan, itu bukan bidang kuasa kerajaan negeri.
Hari ni Pak Lah buat cabaran supaya kerajaan negeri pakatan rakyat turunkan harga minyak, sedangkan itu juga bukan bidang kuasa kerajaan negeri. Wahai Pak Lah kalau sememangnya dah bodoh, jangan tunjukkan kebodohan itu pada rakyat.

Moralnya, selagi orang bodoh memerintah kita selagi itulah kita tak akan maju. Negara dan Bangsa yang maju tak akan merelakan diri mereka dipimpin oleh orang yang bodoh.

RM 625: MENGAPA POS MALAYSIA ?

Saya menerima email dari seorang kawan yang memetik pendedahan seorang penulis yang mengelarkan dirinya Reformis.

Pusing pusing anak beranak dia juga yang untung. Inilah yang di sebut oleh Tun Dr M, kerajaan 3 Beranak. Mari kita renung bersama

Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah masih memiliki saham ECM-LIBRA melalui proxsinya. Perancang strategik Pak Lah memberi rebet RM 625 adalah dari tingkat 4.

Bayangkan, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen dikira sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di Malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 625, iaitu RM 6.20 komisen kepada Pos Malaysia. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 (RM 37.2 juta) setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.' Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. 'Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,' kata Abdullah.'

Thursday, June 12, 2008

YANG MISKIN, PAPA KEDANA

Rakyat kini sangat menderita. Tetapi pemimpin kita tetap menyanyikan lagu yang sama.. "Rakyat mesti ubah cara hidup" "Jangan membazir wahai Rakyat, berjimatlah".
10 % elaun menteri yang dipotong tak memberi makna apa-apa sebab Pak menteri dan keluarganya terus hidup seolah tak mengeri penderitaan rakyat bawahan. Isteri para menteri Malaysia berbelanja di luar negera sehingga beg shoping terpaksa diangkut oleh 8 kereta. Mungkin sebab itulah Mufti Perlis baru-baru ini meluahkan rasa,

apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Soalnya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi.

Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?.

Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Kapet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Saya sangat tersentuh apabila membaca artikel dibawah. Inilah suara hati rakyat Malaysia kini. Mari selamilah penderitaan rakyat bawahan sebagaimana gambaran di bawah:-

Yang miskin, papa kedana..."

Oleh NORHAFIZAH ABD RANI
Khamis, 12 Jun 2008

SEMUANYA mereka telah lakukan, berjimat cermat, mengikat perut, menukar gaya hidup, mengurangkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya. Namun, ia tidak membantu mengurangkan beban kewangan golongan ini.

Walaupun langkah berjimat-cermat dilakukan, tetapi bagi golongan yang berpendapatan rendah, ia masih tidak dapat membantu meringankan beban kewangan mereka yang semakin terhimpit. Akibat lonjakan harga barangan keperluan, hidup yang sudah sedia terhimpit sebelum ini semakin tertekan.

Hakikat ini diakui sendiri oleh seorang penjaja makanan ringan, Saroja Supriamaniam, 42. Ibu kepada lima anak yang ditemui di kawasan perumahan kos rendah, Flat Seri Selangor di Jalan San Peng, Kuala Lumpur mengakui begitu terhimpit dengan anak-anaknya yang masih bersekolah. Suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berpendapatan kurang daripada RM500 sememangnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan makan minum dan perbelanjaan harian mereka.

"Saya terpaksa memasak sayur-sayuran hampir setiap hari kerana tidak mampu untuk membeli ikan, ayam dan daging kerana harga yang naik mendadak," luahnya yang kesal dengan kenaikan harga barang keperluan. Menurutnya, pendapatan yang diperoleh hasil daripada menjaja tidaklah lumayan tetapi cukup-cukup makan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke sekolah.

Jika dahulu sebelum berlaku peningkatan harga, Saroja mampu menghabiskan jualan makanan ringan di gerainya dalam tempoh seminggu tetapi kini berbeza. "Ramai ibu bapa yang berjimat cermat dan tidak mahu anak mereka membeli makanan ringan lagi," katanya.

Saroja yang membuka perniagaan bermula pukul 11 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari mengakui merasa tertekan dengan kenaikan harga barang itu. Akuinya, dia lebih sedih apabila melihat anak-anaknya juga terpaksa berkongsi kesusahan hidup yang ditanggung.

"Perbelanjaan sekolah anak terpaksa dikurangkan daripada RM2 kepada RM1 tetapi syukur anak-anak memahami walaupun mereka merungut. "Saya tidak lalu makan memikirkan masalah ini. Walaupun susah, perut anak-anak perlu diisi," katanya yang mendapat keuntungan kurang RM10 sehari.

Seorang tukang sapu, Rashidah Rimin, 47, juga mengakui kenaikan harga barang cukup merunsingkannya. Ibu kepada tiga anak ini turut berasa tertekan dan mungkin terpaksa memberhentikan persekolahan tadika anak bongsunya, Mohamad Nor Aswad Zainudin, 6. Semuanya gara-gara kos perbelanjaan sewa rumah sebanyak RM94 sebulan, bil air dan elektrik yang mungkin akan naik.


"Apa yang ada mereka makan sahaja walaupun berlaukkan telur setiap hari memandangkan harga beras yang semakin mahal. Ini menyebabkan saya terpaksa menyukat untuk memberi makan kepada anak-anak dan masak sehari sekali sahaja," luahnya yang tidak mampu membeli beras dalam kuantiti yang banyak dan memperuntukan tiga kilogram sahaja bagi seminggu.

Pendapatan Rashidah berdasarkan kerja hari. Rashidah yang juga menghadapi masalah kurang pendengaran memahami perbualan menerusi pergerakan bibir. .

Katanya, mendiami di rumah pangsa menyukarkannya untuk bercucuk tanam. Namun, atas desakan hidup dia meminta jasa baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menanam serai di satu kawasan tanah yang terbiar. Suaminya, Zainudin Yusof, 42, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di Ampang mengehadkan perbelanjaan hariannya sebanyak RM6 sehari. Walaupun tidak cukup dia terpaksa juga lalui kerana tidak memiliki kenderaan dan perlu menaiki bas ke tempat kerja.

"Tambang pergi dan balik sahaja sudah mencecah RM4, baki dengan RM2 itulah perbelanjaan saya, saya membawa bekal setiap hari untuk berjimat," katanya yang menghidap sakit batuk kering. Sebagai ketua keluarga, Zainudin amat tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan ini.

Wednesday, June 11, 2008

POTONG SUBSIDI : KENAPA PAK LAH TERLALU BERANI?

Kenaikan 78 sen bagi petrol dan RM 1.00 bagi disel memeranjatkan kita. Ada yang hairan kenapa Pak Lah berani mengambil langkah yang tidak popular ini.
Bukankah antara punca kehilangan 2/3 suara di parlimen dalam pilihanraya Umum ke 12 ada hubung kaitnya perasaan amarah rakyat terhadap kenaikan petrol 30 sen pada 2006 yang lalu diikuti dengan kenaikan harga barang yang mendadak. Rakyat terjemahkan kemarahan itu melalui peti undi.
Jadi mengapakah kini Pak Lah begitu berani menaikan harga minyak sehingga 41%. Bukankah langkah ini akan meyebabkan BN akan lenyap di alam maya dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Sebenarnya Pak Lah tak fokus langsung pada pilihanraya ke 13 akan datang. Apa yang Pak Lah Fokus ialah bulan sembilan. (September)

Ura-ura 30 orang ahli parlimen akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat menjadi mimpi ngeri bagi Pak Lah. Sementelah lagi berita yang sampai ke telinganya, Ahli parlimen itu kemungkinan dari Sabah dan Sarawak.

Sidang parlimen baru-baru ini memperlihatkan Ahli parlimen dari Malaysia Timur itu begitu vokal terhadap Kerajaan Persekutuan. Bermacam demand yang mereka buat. Betapa mereka di anak tirikan dari mengecapi pembangunan sebagaimana Malaysia Barat. Lantaran itu Pak Lah terus tergesa-gesa merempit ke Sabah dan Sarawak. Pelbagai janji yang di tabur. Di Sabah Pak Lah mengumumkan peruntukan yang luar biasa. Hari ini sempena kunjungan Pak Lah di Sarawak, Ahli parlimen dan ADUN Sarawak dijanjikan peruntukan berganda. (Lihat berita Harian: 11 Jun 2008)

Janji Pak Lah perlu di tunaikan segera supaya usaha menyeberang ke Pakatan Rakyat tak menjadi kenyataan. Semua janji ini perlukan belanja yang berbilion. Kewangan negara semakin nipis. Jadi. bagaimana penyelesaiannya. Untuk tunai permintaan luar biasa dan berganda ini, subsidi minyak rakyat menjadi mangsa. Pak Lah mengharapkan Wang subsidi yang dipotong ini mampu melunaskan janjinya untuk Sabah dan Sarawak

Sebab itulah Pak Lah tak fikir langsung kesan kenaikan ini kepada masa depan UMNO/ BN dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Yang difikirkan oleh Pak Lah sekarang ialah bulan sembilan.

Monday, June 9, 2008

Wednesday, June 4, 2008

RAKYAT KENA TIPU LAGI

Desas desus harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum dinafikan oleh pemimpin UMNO. Mereka memberi jaminan harga minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Petikan berita BERNAMA.
HARGA MINYAK TAK NAIK - NAJIB
Oleh Yulpisman Asli
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.“Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pelancaran manifesto itu dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sementara itu, mengulas pelancaran manifesto itu, Najib berkata, ia merupakan ikrar BN dalam menentukan landasan hala tuju negara secara spesifik pada masa akan datang.Beliau berkata, manifesto itu bukan slogan atau cakap-cakap politik, sebaliknya mengandungi banyak pengisian yang substantif bagi membangunkan negara dan rakyat.“Saya percaya dokumen ini sesuatu yang boleh dipegang sebagai pengukur kejayaan kita dan juga landasan hala tuju kita pada masa depan,’’ ujarnya.Menurut Timbalan Perdana Menteri, manifesto itu boleh digunakan oleh rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan BN sejak empat tahun lalu.‘‘Kita sebenarnya telah memperincikan pencapaian kita dalam sektor dan bidang tertentu secara spesifik. Boleh dikatakan inilah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun.‘‘Jadi, rakyat dapat menilai apakah yang telah kita lakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan membawa rakyat Malaysia,’’ tambah Najib.
Hari ini minyak diumumkan naik sehinga 78 sen. Setelah menaikkan harga minyak kepada 30 sen, paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak pada ketika itu. Pak Lah memecahkan rekod yang dibuatnya sendiri.


Esok kita nak dengar apa Najib kata. Jawapan standard pemimpin Umno, KENAIKAN HARGA MINYAK YANG DIUMUMKAN OLEH PM TEPAT PADA MASANYA. Akan ada pemimpin Umno yang menunjukkan kebangangannya sebagaimana ketika kerajaan umum kenaikan 30 sen pada tahun 2006 dulu

Tuesday, June 3, 2008

JOM BOIKOT UTUSAN DAN MINGGUAN

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh)
- Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.
Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.
Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar Wan Azizah.
"Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.
Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,
"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.
"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.
Nota: Sahabat sekalian, sila ambil design JOM BOIKOT UTUSAN DAN MINGGUAN kat atas tu dan masukkan dalam blog masing masing.

EZAM ! SELAMAT MENJADI BARUA UMNO

Wajah sebenar Ezam masuk UMNO makin terserlah. Dulu dia kata tujuan dia masuk UMNO kerana nak bantu Pak Lah buat perubahan. Pada kawan-kawan dalam PAS beliau menjawab SMS mengatakan beliau masuk dengan membawa agenda memerangi rasuah.

Saya antara insan yang sebelum ini menghormati dan mengkagumi Ezam. Selepas meninggalkan PKR dan memimpin GERAK rasa hormat dan kagum ini tak pernah luntur. Pada ketika khabar angin dia menyertai UMNO saya tak percaya. Tapi kini segalanya seperti yang kita ketahui.

Kalau betul Ezam masuk UMNO untuk perubahan, untuk baiki yang rosak, fokus dengan matlamat anda. Persetankan perkara lain, tumpukan pada agenda anda

Cuma kita mulai hairan dengan kenyataannya hari ini. Perubahan apa, kalau masuk UMNO tapi membicarakan soal dendam pada Anwar. Adakah dengan menyerang Anwar masalah rasuah dalam UMNO akan pulih. Dengan mendedahkan kepincangan Anwar perubahan akan berlaku dalam UMNO.
Petikan Sinar Harian 3 JUN 2008
Kata Ezam Anwar juga tidak pernah memujuknya untuk menyertai parti itu sejak beliau meninggalkan PKR dua tahun lalu

Kantoi... Pemuda yang nampak berjiwa besar, rupa-rupanya budak hingusan merengek mahu dipujuk.

Benarlah dakwaan Ezam sebelum ini, tidak ada manusia yang ikhlas menyertai UMNO sehinggakan dia melafazkan "Tunjukkan pada saya seorang individu yang ikhlas masuk UMNO". Dia juga salah seorang pecacai yang tidak ikhlas bersama UMNO

Yang jelas selepas membaca kenyataan Ezam dalam Sinar Harian hari ini, barulah kita tahu tujuan Ezam bersama UMNO untuk terus menjadi barua UMNO. Untuk itu saya ucapkan pada Ezam SELAMAT MENJADI BARUA UMNO.