Friday, November 14, 2008

Insiden Panas di Keratong 4: Amukan JJ

Hari ni saya dijemput untuk menyampaikan khutbah di Keratong 4. Menjadi kebiasaan masjid itu akan menjemput khatib luar sebulan sekali. Saya difahamkan Ust. Rosli, Ust Nasruddin Tantawi, dan beberapa ustaz yang lain telah mengisi slot khatib jemputan.

Program saya agak padat sikit kerana selepas khutbah jam 5 petang kuliah muslimat di masjid tersebut dan diakhiri dengan kuliah Maghrib di Masjid keratong 3.

Sekembalinya saya ke rumah, rupa-rupanya isu saya "diserang hendap" oleh Jamaluddin Jarjis (JJ) telah gegak gempita di alam siber. Pahang Daily merupakan blog terawal menyiarkan kisah ini di sini, diikuti oleh sahabat saya Ust Aris Fezol di sini dan di sini. Dan dibincang hangat dalam forum TKO di sini

Isi Khutbah saya
  • Dimulakan dengan surah Hud ayat 113, Allah melarang cenderung hati pada orang-orang yang zalim.
  • Lawan kepada zalim adalah adil. Islam sangat menjungjung prinsip keadilan. Manusia dilarang melakukan kezaliman sekalipun pada seekor anjing.

  • Prinsip keadilan, seseorang iti mesti dibuktikan bersalah dan dia mesti diberi peluang untuk membela diri

  • ISA adalah akta yang menyalahi prinsip keadilan dalam Islam

  • Sudahlah ketua keluarga ditahan sehingga ada dikalangan mereka yg didakwa sebagai JI hampir mencecah 8 tahun, anak dan isteri hidup dengan kedaifan. Mereka diganggu oleh orang tentu.

  • Dibelenggu kemiskinan akibat hilang ketua keluarga hingga ada yang tercicir persekolahan

  • Allah menunjukan keadilan... sejahat mana manusia ia tak terus dihumban ke neraka sebaliknya ia dibicarakan di Padang Mahsyar terlebih dahulu

  • Sejarah ISA. Diluluskan di parlimen pada 1 ogos 1960. Wujud dengan tujuan menghadapi ancaman komunis dan subersif

  • Tun Abd Razak ketika membentang akta itu menyebut masih terdapat 583 saki baki komunis. Beliau memberi jaminan, ISA akan digunakan dengan berhati hati bagi mengelak ia disalahgunakan

  • Tun Razak berkata apabila kita bebas dari ancaman ini, Parlimen boleh membuat resolusi membatalkannya pada bila-bila masa.

  • Hari ini ISA digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis sosial , pengkritik kerajaan dan ahli politik pembangkang

  • Penyokong ISA memberi alasan, Amerika pun ada kem Guantánamo.

  • Kenapa merujuk kepada negara kafir. Islam ada prinsip keadilanya yg tersendiri.

  • Kini Presiden Baru Amerika Barack Omaba mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita.

Saya tutup Khutbah dengan membuat perbandingan

  • Negara zionis Israel juga punya akta seumpama ini iaitu Mitary order 378.

  • Bezanya Mitary order 378 penahanan Awal 8 hari. Selepas 8 hari boleh dapat khidmat peguam

  • Malaysia tahan awal 60 hari, khidmat peguam di nafikan

  • Pihak berkuasa zionis akan membuat tahanan lanjutan selama 6 bulan,

  • Negara kita tahanan lanjutannya 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun.

  • Bandingkan tempoh tahanan negara pengganas zionis dengan negara yg kita isytiharkan sebagai negara Islam

Saya stop setakat maklumat perbandingan itu. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Ada komen pengunjung nakal dalam Pahang daily yang mengunakan nama Anonymous mengatakan saya melafazkan ayat itu. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu.

Selesai solat jumaat.. selepas solat sunat, seorang jemaah memaklumkan pada saya JJ menjadi makmum saya. Hati saya melafazkan Alhamdulillah... Saya dah tunaikan tanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada semua temasuk JJ.

Sekonyong konyong JJ datang, saya bangun dan bersalam dengan beliau.. terpacul dari mulutnya.. "Ustaz jangan datang lagi ke Rompin, ni tempat saya, nanti pecah belah".

Saya bertanya kembali "apa yang pecah belah"

"ini bawak politik dalam masjid" jawab beliau

"Saya ceritakan prinsip keadailan dalam Islam... Kalau ia politik, ianya politik Islam bukan politik kepartian. Saya tak sebut PAS atau UMNO. "

JJ meneruskan leterannya "kalau macam ni saya pun boleh baca khutbah"

Apa lagi.. macam bagi bola tanggung pada saya... "Silakan Dato Khutbah minggu depan, saya pun nak dengar khutbah Dato."

Beliau berang dengan pelawaan saya dan mengajak saya keluar masjid untuk bincang. Saya mempelawa beliau duduk kerana nabi mengajar bila seseorang itu marah, jika dia berdiri maka duduklah.

"Kalau nak cakap politik kita bahas kat luar. Saya tak nak cakap politik dalam masjid" kata beliau

Sememangnya saya dah berjalan keluar masjid untuk dengar pemikiran politik darjah 3 JJ. Tetapi Ust Shukri, YDP PAS rompin menarik tangan saya dan minta saya jangan keluar masjid. Beliau bimbang Ahli Karyah masjid yg marahkan kebiadapan JJ sebentar tadi sukar dikawal. Nanti kalau berlaku apa-apa kita yang disalahkan tambah Ust Syukri.

JJ akhirnya meninggalkan perkarangan masjid dengan konvoi rombongnya.

Ada suara nakal mengingatkan saya... nasib baik ust tak keluar.... saya bimbang nanti ust kena raba... saya tersenyum dengan usikan itu.

Tuesday, November 11, 2008

HAPUS POLITIK WANG DENGAN PERJUDIAN

Pagi ni saya ke bandar Pekan atas beberapa urusan. Semasa sarapan di sebuah warung saya terus mencapai Sinar Harian hari ini 11 Nov. Tergelak besar saya bila membaca berita tentang "Ahli UMNO edar nombor ekor dalam mesyuarat Bahagian Temerloh".

Ahli itu ialah Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin. Beliau bertanding untuk mendapatkan tempat sebagai AJK bahagian. Beliau juga merupakan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia 1995, zaman Dato Zahid Hamidi menjadi ketua dulu.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk membenteras politik wang. Beliau telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440. Nombor senarai pencalonan beliau adalah 44 dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.

"Saya bertanding jawatankuasa dan ini cara saya berkempen dengan memberi nombor ekor kepada perwakilan. Ada setengah calon bagi duit dan barangan seperti kain pelikat kepada perwakilan. Jika nombor itu bertuah perwakilan boleh dapat RM 2,500 seorang untuk hadiah utama. " kata beliau. Semua perwakilan dapat tiket ekor itu, termasuk Ketua Bahagian Dato Mohd Sarit Yusof.

Ulasan: Inilah bahananya bila Islam tak menjadi asas perjuangan. Mungkar digunakan untuk menolak mungkar. Bila nafsu digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia, pastinya kerosakan akan terjadi.

Segala kejahatan datangnya dari nafsu. Nafsu itu pula mendapat dorongan dan pengaruh syaitan. Maka sewajarnya penyelesaian masalah nafsu mesti dibuat dengan merujuk kepada tuan yang mencipta nafsu, yakni Allah.

Hari ini kita melihat banyak masalah yang cuba diselesaikan tanpa merujuk pada tuan yang menjadikan nafsu (Allah).

Nak selesai masalah dadah, maka diperkenalkan jarum suntikan percuma dan dadah tiruan. Penyelesaian masalah Aids dengan cara mengedar kondom percuma. Masalah lepak diselesaikan dengan cara konsert untuk anak muda hingga ke pagi. Kini ahli UMNO memperkenalkan pula cara membenteras politik wang dengan perjudian. Akhirnya segala masalah itu tak selesai maka timbul pula masalah lain.

Barangkali tindakan ini mengambarkan UMNO berada zaman nyanyuk. Telah banyak tindakan dibuat oleh kepimpinan UMNO hari ini mengambarkan mereka berada di era nyanyuk. Biasanya apabila berada di fasa nyanyuk ini, maknanya, dia hanya membilang hari untuk dijemput ajal.

Thursday, November 6, 2008

BILA TAKWA TIDAK MEMANDU MANUSIA

Saya mendapat maklumat ini dari laman tranung kita. Rasanya ia amat penting disebarkan supaya kita berhati-hati bila menggunakan PC ditempat umum.
HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang.

Maka berhati-hatilah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda selesai masuk ke account bank online, dan meninggalkan PC, sesiapa sahaja dgn mudah boleh membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, segalanya telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. supaya dapat mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Tuesday, October 28, 2008

Mesyuarat Oh.. Mesyuarat...

Mesyuarat merupakan salah satu eleman penting dalam mana-mana organisasi. Segala gerak kerja yang tersusun dan bergaya bertitik tolak dari keputusan mesyuarat. Keputusan yang di putuskan adalah hasil adunan minda seluruh anggota mesyuarat. Apabila keputusan telah dibuat seharusnya ia perlu didokong secara bersama.

Walaupun semasa keputusan belum dicapai, kita berbeza pandangan, suasana panas dengan perbahasan, masing masing memberikan hujah, namun apabila keputusan dibuat, anggota mesyuarat harus mendokong keputusan itu selama mana ia tak bercanggah dengan syariat.

Seringkali apabila keputusan telah dibuat melalui mesyuarat ada anggota yang tidak mendokong keputusan mesyuarat. Malah keputusan mesyuarat berubah. Lain yang diputuskan lain pula yang dibuat.

Masih saya ingat, semasa saya menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan. Kebetulan Akhbar Suara Keadilan menyiarkan surat anak seorang mangsa tahanan ISA. Surat itu luahan perasaan anak tahanan tersebut yang hidup sukar tanpa ayah disisi. Oleh Kerana pengedaran Suara Keadilan terhad.
Maka dewan pemuda yang bermesyuarat bersetuju mengambil artikel itu untuk dijadikan risalah bagi mendedahkan kezaliman ISA. Keputusan itu dicapai bersama. Selaku ketua Penerangan saya diamanahkan untuk memastikan risalah ini terbit mengikut dateline.
Risalah yang mendedahkan kezaliman ISA itu terbit terbit tepat pada masanya. Bila risalah itu diedarkan ada pimpinan PAS kawasan tak senang dengan apa yang pemuda buat.
Pimpinan pemuda lihat dari sudut kezaliman ISA, manakala pimpinan PAS kawasan lihat dari sudut kebajikan yang mereka buat pada keluarga tahanan tersebut. Mereka bimbang nanti orang yang membaca risalah itu akan menyalahkan PAS kawasan kerana tak jaga kebajikan keluarga tahanan. Masing masing melihat dari persepsi masing-masing.
Berbalik kepada keputusan mesyuarat tadi. Bila perkara ini kecoh kebetulan saya ke Kelantan sewaktu kekecohan itu (masa tu saya sering berulang alik ke Kelantan kerana isteri saya masih di alam pengajian)
Apa yang menyedihkan, tidak semua mempertahankan keputusan mesyuarat itu. Lebih menyedihkan lagi, orang yang beriya-iya nak kan saya siapkan risalah itu, bila timbul kekecohan ini senang je dia lepas tangan. Nak tahu apa dia kata bila pimpinan PAS kawasan bila diasak bertubi-tubi. Jawab dia "ni Suhaimi punya kerja laa ni... nak buat apa-apa tak bawak bincang"
Saya terkejut, terkilan dan sedih. Mana dia semangat mesyuarat. Kita putuskan secara bersama, malangnya bila timbul konstaversi maka individu tertentu menjadi kambing hitam. Antara semangat mesyuarat, segala kejayaan mahupun kegagalan seharusnya kita dokong bersama. Sebab apa yang diputuskan dalam mesyuarat selagi tak bercanggah dengan syariat pasti ada keberkatan.
Nasihat saya... dokonglah keputusan mesyuarat.

Thursday, October 16, 2008

TABUNG AZAN HINA AGAMA..

UMNO Cheras menubuhkan tabung azan. Menurut Syed Ali Al-Habshyi tujuannya ialah untuk
1. Menyediakan dana melatih Muaazin
2. Membekalkan peralatan pembesar suara untuk masjid
3. Membantu Utusan Malaysia menghadapai saman RM 30 juta Teresa Kok

Sejak bila pulak UMNO sangat prihatin untuk membela agama. Rakyat masih ingat, UMNOlah yang meroboh masjid di Jubli di Bangi, Masjid Kg Bujal Kemaman, Surau Kg Berembang. Malah di Selangor, beberapa masjid di kunci dan di gari.

Saya tak berhasrat untuk membela Teresa Kok. Seeloknya kita bermula dari punca berita. Isu Azan ini berlaku selepas Utusan Malaysia menyiarkan artikel Zaini Hassan bertajuk "Azan, jawi, JAIS, Uitm dan ba-alif-ba-ya…" Petikan artikel itu antara lain menyebut:-

Kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.

Katanya, “hasil tinjauannya” pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.“Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)…” katanya kepada imam yang ada di situ.Semua yang ada terus “terkedu”.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90% penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

YB Teresa Kok menjawab artikel itu

Hari ini saya rasa terkejut apabiila membaca artikel yang amat merosakkan nama baik saya dalam Utusan Malaysia (10 September 2008). Kandungan dalam artikel yang ditulis oleh Zaini Hassan ini penuh dengan pembohongan. Beliau memetik kata-kata pembohongan Khir Toyo dan mendakwa saya membawa penduduk di Puchong membantah azan masjid.

Dalam artikel Zaini ini, beliau menulis saya pernah pergi masjid berkenaan sebelum subuh dan menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara.Oh my God, bila saya pergi ke surau Puchong pada awal pagi?

Saya biasanya bangun selepas pukul 7 pagi, buat apa saya pergi ke surau Puchong pada awal pagi? Sebenarnya, sampai sekarang, saya pun tidak tahu di mana letaknya surau tersebut.

Dalam mesyuarat exco Kerajaan Selangor pada pagi ini, kami telah membincangkan isu ini. Kami berpendapat kami mesti menghendaki pihak Utusan Malaysia, Zaini dan pihak-pihak berkenaan yang telah menyebarkan berita palsu dan pembohongan tersebut untuk menarik balik kenyataan pembohongan mereka dan meminta maaf, kalau tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. Kami berpendapat tibalah masanya bagi kami untuk tegas terhadap pihak yang membuat pembohongan.

Maknanya Utusan telah salah dalam melapor dan mengambil berita. Berita itu adalah bohong dan fitnah. Peliknya kenapa UMNO Cheras beriya-iya nak tubuh tabung azan yg antara tujuannya membantu akhbar yang menyiarkan berita PALSU. Kepalsuan, pembohongan dan fitnah tak harus dibela dan dipertahankan.

Ini menghina agama. Agama digunakan untuk membela kepalsuan. Utusan bersalah kerana laporan palsu. Adakah kerana Utusan milik Melayu maka ia dipertahankan walaupun bohong, manakala orang cina walaupun teraniaya kita pelamkan mata.

Thursday, October 9, 2008

BENARKAH MUFTI TAK DITEKAN?

Benarkah institusi mufti dan agama di negara ini tidak ditekan seperti yang didakwa? Bohong kalau ada yang berkata institusi mufti negara ini tak ditekan.

Pemecatan Dato Ishak Baharom

Kes Dato Ishak Baharom jelas memaparkan kepada kita, betapa mufti dan institusi agama negara ini ditekan. Dato Ishak Baharom ditamatkan kontrak apabila mempertahankan pendakwaan ke atas ratu cantik.

Malangnya para mufti yang ada platform menghimpunkan semua mufti, tidak bertindak mempertahankan Dato Ishak Baharom. Tak ada seorang muftipun pada masa itu bercakap soal ini. Pergilah Dato Ishak Baharum seorang diri.

Hairan ye, selalunya bila selalu kita sering bersama terutama dalam mesyuarat, nilai persahabatan akan dipupuk, ukhuwah akan terjalin, kita akan rasa kasih pada sahabat. Itulah yang saya rasai bila sering bermesyuarat dengan teman-teman. Malangnya mesyuarat orang agama yang sepatutnya lebih hebat dari mesyuarat kita, gagal memupuk semua ini. Lepas mesyuarat mereka bawa diri nafsi-nafsi. Kadang-kadang tertanya juga apa guna Majlis Mufti?

Di penghujung hayat Dato Ishak Baharom, dia mula mengenali siapa sahabat sejati. Nilai persahabatan sejati Dato Ishak temui dalam PAS, sehinggalah beliau meninggal dunia semasa menjawat jawatan Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Saya pernah meluahkan perasaan tentang institusi Mufti dan institusi agama negara ini, Dalam isu konsert Avril Livigne. Lihat posting saya di

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2008/08/selepas-punggung-saiful-dijaja-kini.html

Kes-kes lain

Sure heboh diisytiharkan haram oleh Muzakarah Majlis Mufti Semalaysia, tetap di teruskan di semua negeri kecuali Kelantan. Malah, negeri Perak dibawah BN sebelun PRU 12, menolak pandangan mufti Perak, tetap menjemput kontigen Jom Heboh ke Perak.

Apabila timbulnya Isu murtad dan Islam liberal, Mufti Perak telah mempertahankan kenyataannya bahawa ada 250,000 orang Melayu murtad. Mufti Perak dikecam.

Dalam isu kongsi raya sekali lagi mufti dikecam. Dato Harusani yang mengeluarkan pandangan haram kongsi raya, dikecam hebat oleh para menteri.

Semua ini adalah bukti betapa institusi mufti diganggu dan ditekan. Pandangan mufti tak pernah diberi perhatian. Hanya pandangan mengampu mufti sahaja yang diterima oleh kerajaan BN.

Itu belum diambil kira institusi agama seperti Jabatan agama, masjid, pusat zakat dan sebagainya.

Saya sekadar ingatkan fakta di atas, kot-kot ada yang lupa.

Wednesday, October 8, 2008

ISA : Makan Makanan Anjing VS makan tahi dan air kencing

Semua org gempar bila YB Teresa Kok mendakwa di beri makanan anjing... Bila di siasat dakwaan itu tak benar.. akhirnya teresa mohon maaf. Kenapa isu makanan anjing ini besar..? kerana Teresa Kok bertaraf VVIP.

Pimpinan tertinggi mana-mana parti samaada parti pemerintah atau parti pembangkang kalau ditahan dibawah ISA ianya menjadi isu besar sebab VVIP dianggap rakyat kelas pertama

Saya sangat tak bersetuju kalau perjuang hanya untuk membebaskan dua tiga org sahaja dalam ISA. Kita boleh menceritakan penderitaan dua tiga orang tahahan secara terpilih tetapi apabila kita berjuang untuk pembebasan mangsa ISA, tak seharusnya dibuat secara terpilih. Seharusnya kita perjuangkan semua insan tanpa mengira agama dan latar belakang pemikiran mereka. Tak kira apa sahaja salah yg menyebabkan mereka di tahan... Kalau betul mereka bersalah bawa ke muka pengadilan

Tapi bila rakyat marhein dalam tananan ISA diberi minum air kencing dan diberi makan tahi. sapa yang nak ambil kisah... Akhbar mana sudi melaporkan.. timbalan menteri mana yg bersedia siasat. Kenapa jadi begitu... Kerana mereka rakyat kelas ke 2 pada pandangan kita.
Gambaran masa soal siasat dan soal siat-siat. Ilistrasi salah seorang tahanan ISA. Untuk Baca dengan jelas sila klik pada gambar
Sedutan Artikel kak Laila GMI bertajuk

YB Teresa hanya ditahan 7 hari. Mungkin belum sempat beliau diperlakukan oleh SB @ penyiasat sepertimana tahanan ISA lain yang ditahan sebelum itu. Namun, bagaimana dengan nasib tahanan ISA yang didakwa ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang ditahan pada tahun 2002?

Semua orang tidak tahu, apakah yang dilakukan oleh SB @ pegawai penyiasat kepada tahanan ketika itu. Tahanan dan keluarga juga tidak tahu, apakah nasib mereka. Lebih memburukkan keadaan, tahanan serta keluarga juga tidak tahu hak-hak mereka, tidak mendapat kemudahan berhubung dengan peguam dsb. Mereka dan keluarga dalam kegelapan.

Menurut Abah Suhaib, jika YB Teresa diberi makanan yang beliau dakwa teruk dan menjemukan, tahanan ISA "JI" dulu diberi makanan yang lebih dahsyat lagi teruknya. Abah kata, beliau pernah diberi nasi goreng yang sudah basi untuk sarapan pagi, air teh yang sudah berbau, lauk kari basi yang disiramkan keatas nasi dan ikan goreng yang disimpan beberapa hari untuk dijadikan makanan tengahari.

Ini belum lagi kisah nasi di siram dengan air kencing, yang dipaksa dimakan oleh tahanan dihadapan beberapa pegawai Penyisat @ SB . Tidak dinafikan, mungkin deraan dan penghinaan yang dilakukan keatas mereka terlalu dahsyat, hingga mereka tidak sanggup mengingati saat-saat hitam itu lagi.

Siapakah yang melakukan semua ini? Siapa yang memberi arahan kepada semua perlakuan jahat ini? Siapa yang masih meneruskan kerja-kerja jahat yang mendera dan menghina sesama manusia ini?

Untuk maklumat selanjutnya sila:-

Monday, October 6, 2008

Insiden tembakan 58 Das di Lipis

"Boleh ke Pistol tembak sampai 58 das." Isteri saya membebel depan TV apabila menyaksikan berita tentang peristiwa itu. Saya tak ambil kisah sebab masa tu saya tengah sibuk melayan kerenah anak-anak.

Keesokannya semasa memandu bebelan isteri saya depan TV semalam menerjah masuk ke dalam telinga. Harapkan TV dan Akhbar... Banyak auta...

Saya buka semua Blog sahabat Kuala Lipis (DPP Lipis, Kie, Izwan, Hilmi, Syahir, ayahanda Ar-Rawa, Dari gaung hati) Tak de apa-apa cerita pun? Mabuk ketupat ke bebudak ni, sampai cerita kampung sendiri pun tak de dalam blog dia orang. Akhirnya ada laa sikit cerita dari blog sahabat saya Ust Aris. Cerita orang Kuala Lipis, nun saya dapat kat Jengka.. Hebat jengka ni...

Terkini info dari Pahangdaily lengkap dengan gambar selepas kejadian. Jom kita ikuti ceritanya

Catatan Ust Aris Fezul
Catatan Pahangdaily 1
Catatan Pahangdaily 2

Sunday, October 5, 2008

MARI BUAT PERBANDINGAN

Mari kita bandingkan ISA dengan Military Order 378 Zionis Israel.

Perbandingan 1
Military Order 378: memperuntukkan 8 hari untuk seseorang yang tertuduh ditahan tanpa perintah mahkamah. Tempoh asal 18 hari, tetapi dipinda pendekkan kepada 8 hari
ISA: tempoh tahanan seseorang itu mencecah sehingga 60 hari

Perbandingan 2
Military Order 378: Dalam tempoh tahanan, seseorang itu dapat bertemu dengan peguamnya.
ISA: Dalam tempoh 60 hari, ISA menghalang sepenuhnya tahanan menemui peguam.

Perbandingan 3
Militari Order 378: Selepas tahanan melalui tempoh yang ditetapkan (8 hari) melalui peruntukan 1500, 1501, 1502 dan 1503, tempoh lanjutan adalah 6 bulan
ISA: Tempoh lanjutan tahanan 2 tahun hanya dengan satu tandatangan Menteri Dalam Negeri. Ianya boleh diperbarui 2 tahun dan tiada had. Tahanan JI yang masih di KEMTA hari ini mencecah 8 tahun selepas 3 kali sambung.

Ulasan : Dari segi tempoh penahanan tanpa bicara di bawah kuasa pihak atasan, bandingkan 6 bulan di negara Zionis Israel dan 2 tahun (24 Bulan) di Malaysia. Penahanan di Malaysia 4 kali lebih panjang dari negara Zionis Israel.

Dalam bahasa sopan, dalam kontek penahanan tanpa bicara, ISA Malaysia 4 kali lebih zalim dari Military Order Zionis Israel

Rujukan: Apa itu ISA, Siapa Mangsa ISA: Saari Sungip - 2003

Monday, September 29, 2008

SALAM AIDIL FITRI

Hari ni saya balik kampung sebelah isteri di Jengka 10. Blog ini tak akan di update beberapa hari kerana tiada Streamix kat sana. Kita jumpa selepas raya.

Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin. Kepada semua sahabat dan pengunjung... semoga selamat dalam perjalanan ke kampung... Berhati-hati ketika memandu... ingat orang yang disayang.

Apapun, bacalah beberapa posting terakhir saya tentang ISA. Jangan lupakan mereka dalam kita menyambut hari raya...

Allahu Akbar..!!

Sunday, September 28, 2008

LOGO MALAYSIA BEBAS DARI ISA

Jom masukkan logo ni kat gadget blog anda sebagai tanda anda mahukan Malaysia bebas dari ISA. Harap semua bloger dapat menyahut seruan ini. Kalau ada logo yang lagi power, sila sebarkan kepada semua bloger yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman.

Saturday, September 27, 2008

PETIKAN HARAKAHDAILY

Pemuda PAS Pahang sumbang RM5 ribu kepada tabung ISA
Anis Nazri/ anisnazri@harakah.net.my/ Fri Sep 26/08 11:42:07 pm

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Dewan pemuda PAS Pahang menyampaikan sumbangan berjumlah RM 5000 sebagai bantuan meringankan beban keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang Syawal akan datang.

Pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad, dalam kunjungan ke pejabat Harakah, hari ini menyampaikan sumbangan tersebut kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melalui Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, pagi tadi.

Menurut Suhaimi, sumbangan tersebut menunjukkan kebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami dan menyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan.

Dalam pada itu, aktivis GMI, Norlaila Othman, yang turut hadir, menyatakan bahawa Suhaimi dan Pemuda PAS Pahang sentiasa komited dalam isu kebajikan keluarga tahanan ISA.
"Bukan baru sekarang, ustaz dan Pemuda Pahang membantu GMI. Tetapi dari dahulu lagi. Malah, ustaz juga yang berjaya menjual buku 'Dunia Tanpa Suami' tulisan saya dan beberapa rakan lain dengan bilangan yang banyak," kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Lutfi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas sumbangan ikhlas yang diberikan kepada GMI untuk meringankan beban keluarga ISA.

Beliau turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pembaca Harakah yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan ke tabung yang diwujudkan Harakah bagi tujuan tersebut.

"Pada awalnya, kami di Harakah tidak menjangkakan akan mendapat sambutan yang begitu baik dari seluruh masyarakat. Sehingga hari ini, tabung kami telah mencecah hampir RM 100 ribu dan sebahagiannya sudah disampaikan kepada GMI dan keluarga tahanan sendiri," kata beliau.

Dalam majlis sama, Harakah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 30 000 kepada GMI.
Sebelum ini, dalam rangka misi Harakah ke Sabah bagi menemui keluarga tahanan ISA, sebanyak RM15 000 berjaya disampaikan kepada sepuluh keluarga, termasuk anak-anak kecil tahanan ISA.

Tinjauan Harakah selama dua hari bermula 23 Sept hingga 24 Sept lalu turut menyaksikan kebanyakan anak-anak Sabah tidak berpeluang bersekolah kerana kesempitan hidup.

Atas kesedaran tentang kepentingan ilmu, Harakah sekali lagi berusaha untuk mengumpul dana bagi membantu anak-anak Sabah dapat meneruskan kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain untuk mendapat hak pendidikan sewajarnya.

Bagi pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA dan anak-anak Sabah yang keciciran ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336

Friday, September 26, 2008

PERUTUSAN AIDIL FITRI

Ramadhan makin beransur meninggalkan kita, Aidil Fitri bakal menjelma… Selama sebulan kita didik dalam madrasah Ramadhan. Tarbiyyah Allah ini bertujuan untuk mencapai darjat ketakwaan sebagaiman firman Allah

Wahai orang yang beriman telah diwajibkan kepada kamu puasa sebagaiman orang-orang byang terdahulu, mudah mudahan kamu akan menjadi manusia bertakwa. (Al Baqarah 183)

Dalam kita sibuk membuat persiapan menyambut Aidil Fitri jangan lupa, hidupkan malam-malam terakhir ini dengan iktikaf, munajat, tadarus dan segala amal baik yang lain

Jihad menentang Kezaliman

Dalam kita merayakan Aidil Fitri, disana masih ramai saudara kita yang ditahan di bawah ISA. Anak dan isteri mereka terus berduka. Sebahagiannya sudah 7 tahun berjerijikan besi dan terlebih pilu anak isteri mereka terus bertarung dengan kesan kezaliman ini. Mereka merasai kesusahan tanpa ayah dan suami disisi. ISA meragut kasih sayang antara mereka.

Allah menjadikan perang Badar dalam bulan Ramadhan. Semuanya bertujuan untuk mengingatkan kita golongan yang dizalimi perlu dibela dan pelaku zalim mesti direntap dari kuasa. Nabi keluar ke medan Badar untuk menentang golongan yang zalim. Firman Allah

Telah diizinkan berperang, kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi. Iaitu orang orang diusir dari kampung halaman mereka tanpa apa-apa alasan semata-mata mereka berkata tuhan kami adalah Allah. Sesungguhnya Allah berkuasa menolong hambanya. (Al Hajj: 39)

Marilah kita mengambil semangat Badar ini, untuk terus istiqamah menentang kezaliman.

Dikesempatan ini saya susun 10 jari memohon maaf kepada semua atas kesilapan dan kelemahan ini. Maaf juga kepada sahabat-sahabat yang hampa kerana saya gagal menunaikan permintaan untuk bertazkirah di tempat mereka. Apakan daya Ramadhan hanya sebulan. Jadual Tazkirah ini telah penuh 2 minggu sebelum Ramadhan... Cuba lagi di tahun depan...

Salam Aidil Fitri.. Maaf zahir dan batin...


Suhaimi Md Saad
Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS
Negeri Pahang

Thursday, September 25, 2008

JEJAK RAMADHAN : BANTU KELUARGA MANGSA ISA

Sebentar tadi sekitar jam 12, saya telah ke Pejabat Harakah KL untuk menyerahkan sumbangan yang saya lancar di beberapa masjid/ surau yang saya menyampaikan tazkirah Ramadhan. Jumlah RM 5000 tak lah berapa banyak, namun ini sahaja sumbangan tenaga yang mampu saya lakukan sebagi tanda saya turut bersama merasai penderitaan keluarga mangsa ISA.

Turut bersama saya ialah Ust. Junaidi (Bendahari DPPNP), Ust Jauhari (Exco DPPNP) dan Maslan Ardy (SUK DPPNP).

Kami di sambut mesra oleh kakitangan Harakah. "Cikgu.. Bila sampai" Anis Sarnazmi wartawan harakah menyapa saya. Anis Sarnazmi adalah anak murid saya ketika saya mengajar di Institut Berakan Kuala Terengganu. Semasa di institut Berakan beliau banyak membantu saya sehingga lahirnya majalah sulung sekolah, bersama Adhana, Sharifah dan ramai lagi. Apa khabar mereka semua sekarang ni yek.

Menerima wang RM 5000 itu, bagi pihak Keluarga mangsa ISA ialah Sdr Lutfi Othman, Ketua pengarang Harakah, Kak Norlaila (Aktivis GMI). Suami beliau masih dalam tahanan ISA. Turut hadir bendahari GMI yang saya tak ingat nama.

Mereka baru sahaja kembali dari Sabah, juga dalam misi membantu keluarga tahanan ISA di sana. Rupanya menurut Kak Norlaila keluarga mangsa ISA di Sabah lebih dhaif. Mereka langsung tak punya kesempatan untuk melihat ayah mereka, lantaran kemiskinan dan laut China Selatan yang menjadi pemisah. Mereka hidup tanpa pendidikan dan persekolahan, dihimpit kemiskinan.. Air mata saya bergenang bila cerita itu menerjah ke telinga saya..

Saya baru sahaja mengenali Kak Norlaila. Wanita besi yang tabah, terpisah dengan suami selama 7 tahun. Kagum saya dengan semangatnya.. Sepenuh masa membantu keluarga mangsa ISA melalui GMI. Kita yang bergelar ustaz ini, rasa malu bila melihat semangat juangnya dan istiqamah beliau menentang kezaliman yang dikenakan ke atas suaminya dan suami rakan-rakannya.

Bila bersembang, beliau begitu bersemangat dan berjiwa besar, beliau mampu menyembunyikan kesedihan dan derita yang beliau tanggung. Selamilah luahan perasaan beliau yang terbaru di bawah ini. Saya doakan semoga beliau terus tabah atas ujian Allah ini. Saya dan Dewan Pemuda PAS Negeri akan terus bersama membantu semua yang dizalimi ini. Insya Allah

7 tahun abah tak pernah belikan baju raya, kasut baru untuk Suhaib....
Norlaila Othman
Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih 'disimpan' oleh Hamid Albar di Kem Kamunting. Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib.

Jariku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam.

"Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..," kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.

Aku memandu agak perlahan. Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas.

"Bacalah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.

Suhaib membaca seketika, tapi kemudian segera meletakkan kad itu di dalam laci dashboard.
Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.

"Kenapa ni? Apa yang abah tulis? Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu. Suhaib mendiamkan diri. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.

Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang di sebelahku ini. Malas nak layan. Kami berdua sama-sama membatukan diri.

Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali. Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.

Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Aku perasan hidung dan matanya merah sedikit.

Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.

Aku mencapai kad raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.

"Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.

"Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....."

Ohhhh! Inikah ucapan yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.

Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami

Wednesday, September 24, 2008

RAMADHAN: BULAN MENENTANG KEZALIMAN ISA

Saya sangat tersentuh apabila berbicara soal kezaliman ISA. Manakan tidak, akta yang zalim ini meragut kasih sayang suami isteri dan anak-anak. Mereka dihumban ke dalam tahanan tanpa boleh membela diri. Muktamat bersalah...

Sebab itulah dalam siri tazkirah saya sepanjang ramadhan saya selit kisah disebalik tabir keluarga ISA. Penderitaan isteri dan anak-anak mereka. Saya menjelajah ke seluruh surau/ masjid bersama Lap top dan LCD untuk dedahkan sebahagian dari penderitaan keluarga ISA.

Amaran keras dari Allah ke atas penyokong kezaliman, dalam surah Hud ayat 113
Jangan kamu cenderung hati pada orang-orang yang zalim nanti kamu akan disambar api neraka, sekali-kali kamu tidak mempunyai penolong selain dari Allah, kemudian kamu tak akan diberi pertolongan.

Walaupun saya telah acap kali ulangi kisah yang sama dalam tazkirah di tempat berbeza namun, saya tetap tak dapat menahan sebak di dada apabila berbicara soal penderitaan mereka. Hampir setiap kali saya bergenang air mata dalam siri tazkirah saya.

Setakat ini boleh dikatakan hampir semua surau/masjid yg saya paparkan isu ini, maka akan bercucuranlah air mata jamaah di situ. Kezaliman ini menyentuh perasaan semua. ISA memang patut menerima kutukan laknat dari seluruh rakyat yg cintakan keadilan. Emosinya saya, sehingga saya katakan "sesiapa yg bersetuju dengan ISA, mereka tak layak untuk bergelar manusia". Bloger dari muadzam melahirkan rasanya selepas mengikuti tazkirah itu. Klik link di bawah
Lihatlah anak-anak ini. Sedari kecil lagi mereka terpaksa berdikari untuk menyara keluarga. Mereka hidup dibawah bayangan kezaliman. Hak ayah yg dicintai untuk bersama anak dirampas, kasih sayang diragut. Manusia apakah, yang masih tergamak menyokong kezaliman ini?

Ini sahaja yang mampu saya bantu... memberi penerangan pada rakyat tentang kezaliman ISA, melancarkan sumbangan untuk mereka dan berdoa semoga semua keluarga ini menjadi insan yang tabah mengharungi kezaliman ini.

Hari ini hati saya tersentuh lagi dengan kisah di bawah... ikutilah kisah itu. Mengertilah, mengapa kita wajib menentang ISA

Hari raya tanpa 'Abi', terpisah kerana kezaliman ISA

Semalam (23 September), penulis bersama rakan wartawan, Azamin Amin dan, Penyunting, M.Khaleel melangkah kaki ke Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, satu-satunya kampung dimana orang Melayu dahulu berkubu daripada ancaman komunis.

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Simpang Durian mengambil masa kira-kira empat jam jika kelajuan pemanduan sekitar 80 km sejam.

Maklumlah perjalanan dalam musim perayaan ini memaksa penulis memperlahankan kenderaan, kurangkan memotong dan cukup berhati-hati ketika mahu mencelah.

Semalam juga Ops Sikap dilancarkan di seluruh negara yang mana polis dan JPJ ditugaskan mengawal seluruh trafik.

Misi kami ke Kampung Simpang Pertang untuk menyampaikan bantuan hari raya kepada seorang isteri tahanan ISA, Hidayu Kamaruzzaman yang mana suaminya, Mohammad Amir Mat Hanafiah ditahan pada 5 April 2007.

Hidayu kini tinggal dengan bapanya, Kamaruzzaman Mat Kilau yang hanya bekerja sebagai Penoreh Getah, sementara Hidayu terpaksa bekerja sebagai Guru Kafa dengan gaji hanya RM500 sebulan.

Setibanya kami di rumah Hidayu, tiga anaknya, Fathur Rahman Al-Ghazi; Uwais Al-Qarani dan Ubaidah Al-Harith menyambut kami dengan mesra malah seakan telah mengenali kami seperti bapa saudara mereka.

Bapa Hidayu (Kamaruzzaman) membuka pintu pagar rumah yang telah usang dengan memandang tepat ke arah muka kami sambil menghulurkan salam.

Menitis airmata penulis apabila melihat, anak sulong Hidayu, (Fatur Rahman) meluru ke arah penulis memeluk erat penulis bagaikan memeluk bapa sendiri.

Terpancar di wajah Fatur Rahman kerinduan yang amat sangat malah adik-adiknya turut mendakap penulis, seakan tidak mahu kami segera beredar.

Dalam pertemuan selama kira-kira setengah jam itu, sempat kami berkongsi pengalaman Hidayu, seorang isteri yang masih muda yang terpaksa menempuhi ranjau hidup sendirian tanpa suami di sisi.

Walaupun Hidayu rancak berbual dengan kami mengenai pengalamannya, namun dari sayu matanya, terpancar perasaan yang amat mendalam, kesengsaraan hidup dengan suami terpisah di tembok besi kejam binaan kerajaan.

Sebaris kata HIdayu yang tidak dapat penulis lupakan "Abang kata, tak mengapa sabarlah dengan dugaan, insyaAllah Allah akan membalasnya di akhirat".

Renungan sayu wajah Hidayu dan anak-anaknya sememangnya memberikan satu lagi pengalaman yang cukup sedih kepada penulis yang hanya mampu menukil kisah beliau hanya dalam tulisan.

Apakah perasaan sebenar Hidayu tatkala berhadapan dengan sengsara ciptaan ISA ini, hanya Hidayu dan anak-anak serta ayahnya yang telah tuan sahaja yang mengetahui.

Sedetik tidak pernah Hidayu menyesali dugaan itu, tetapi di hatinya jelas terbayang betapa beliau tidak redha suaminya diperlakukan sedemikian tanpa perbicaraan di mahkamah untuk membuktikan kesalahan.

Sesungguhnya tuduhan terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) menjadi alasan kerajaan untuk menahannya, namun sehingga kini Hidayu pelik mengapa tuduhan sahaja yang dilemparkan sedangkan proses pembuktian tidak pernah berlaku.

Hidayu pasrah dengan dugaan itu, namun hatinya sesekali tercuit dengan suara anak-anak yang meminta bertemu dengan Abi (Ayah) yang masih terpenjara di Kem Tahanan Kamunting.

Biarpun rakan-rakan sebaya dengan anak-anaknya kini cukup gembira menyambut Aidilfitri, namun ujar Hidayu, anak-anaknya lebih merindui Abi yang entah bila akan dibebaskan.

Hiba perasaan penulis tatkala Hidayu menyatakan anak sulongnya sukar untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan di Tadika apabila rakan bertanyakan di mana ayah mereka.

Entah bilakah Fatur Rahman, Uwais dan Ubaidah akan dapat mendakap tubuh bapa mereka, hanya Allah yang tahu.

Sebelum pulang, penulis telah menyampaikan bantuan berupa wang Rm1000 untuk persiapan hari raya kepada Hidayu.

Wang ini diberi kepada isteri-isteri tahanan ISA hasil kutipan tabung Harakahdaily yang diusahakan selama ini.

Namun terdetik di hati penulis, apalah sangat bantuan Rm1000 berbanding berat resah dan hiba kerinduan Hidayu dan anak-anak terhadap Mohammad Amir yang hanya akan beraya di tirai besi.

Kisah ini hanya secebis kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara, namun kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada pemerintah untuk menghapuskan undang-undang rimba ini

Tuesday, September 23, 2008

SINAR HARIAN : 23 SEPTEMBER


Monday, September 22, 2008

JEJAK RAMADHAN DI PENJARA PENOR

Buat julung kalinya PAS Negeri Pahang diterima masuk ke Penjara Penor untuk menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada penghuni penjara Penor dan kakitangannya. Program yang dirancang oleh Lajnah Kebajikan PAS Negeri ini berjaya mendekatkan PAS dengan penghuni Penjara dan kakitangan penjara. Terdahulu daripada itu Cikgu Majid Hasan (setiausaha BPPNP) meyampaikan ucapan aluan selaku ketua rombongan dan diikuti dengan tazkirah ramadhan dari Ust Abu Kasim Manaf (Ketua Dewan Ulama PAS Pahang)

Menariknya, Ust Abu Kasim telah menceritakan kisah yg dipetik dari hadis sahih tentang seorang lelaki yg telah membunuh 99 orang kemuan membunuh seorang lagi, menjadikan 100 mangsa yg dibunuh. Kemuadian mencari jalan untuk bertaubat. Kisah itu memberi pengajaran pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yg ingin kembali pada Allah.

Sebanyak 50 bungkusan diagihkan kepada penghuni penjara dan 100 bungkusan lagi untuk kakitangan penjara. Turut Bersama ialah YB Syed Muhammad (ADUN Beserah), Ust Suhaimi Saad (Pemangku Ketua DPPNP), Ustazah Azizah (ketua DMPNP), Puan Salmiah (Ketua Lajnah Kebajikan Negeri), Ust Rosli Jabar (YDP PAS Kuantan)

Saturday, September 20, 2008

PANDANGANKU 1

16 September.. Kenapa kerana tarikh itu menyebabkan kita bermasam muka, tertegang leher dan seolah hilang pertimbangan. Keluar perkataan pembohong... padan muka.. dan macam macam lagi. Beginikah adab kita bersahabat... adab berpakat.

Sejarah PAS telah membuktikan .. kitalah antara sahabat yg boleh dipercayai. Kita tak pernah khianat dengan sahabat. Kita bersahabat dengan Parti Negara sehinggalah akhirnya Parti itu khinat apabila 3 ADUNnya di Terengganu menyokong usul undi tak percaya pada kerajaan PAS yang menyaksikan kerajaan PAS tumbang di terengganu 1959.

1973 kita berpakat dengan UMNO sehingga tertubuhnya BN, malangnya tahun 1977 kita ditendang jatuh tersungkur sehingga hilang kerajaan di Kelantan.

1990 kita bersama Semangat 46.. sekali lagi kita di khianati... apabila semangat 46 kembali berpeluk dengan UMNO meninggalkan kita... Kerajaan PAS di kelantan terganggu bila semua Exco S46 enggan meletakkan jawatan sehinggalah Dr M memerintahkan semua anggota S46 yang telah menyertai UMNO meninggalkan kerusi Exco itu.

Terasa betapa pedihnya bila dikhianati... Kepedihan ini mengajar kita lebih berhati-hati tetapi tidaklah sampai bertindak khianat kepada rakan baru, sebab pengalaman mengajar kita, bila kita tak suka ianya berlaku ke atas kita, kita juga tak akan lakukan pada orang lain.

Andainya kita di khianati lagi cukuplah Allah yang menjadi pelindung kita... Dan selama ini pun Allahlah yang melindungi perjuangan ini sehingga ke tahap ini.
Pandangan saya tak semestinya betul sebab saya manusia yang terdedah pada kelemahan dan kesalahan..

Saya akan sambung lagi bicara ini.... Tunggu ye. Sambil tu bacalah pandangan sahabat kita Ust One-g di sini

Saturday, September 13, 2008

KENYATAAN MEDIA: MEMBANTAH PENGGUNAAN ISA

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengutuk keras penggunaan ISA ke atas Bloger Raja Petra Kamaruddin, Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan YB Teresa Kok Exco kerajaan negeri Selangor yg juga Ahli parlimen.

Bantahan ini dibuat bukan kerana menyokong kesalahan yang mungkin mereka lakukan, tetapi atas semangat menjunjung prinsip keadilan. Orang yang dituduh mesti dibuktikan di mahkamah dan diberi peluang untuk membela diri.

Sejarah telah membuktikan ISA hanya digunakan untuk musuh politik UMNO/BN. Apabila politik UMNO/BN terancam tindakan terdesak dilakukan dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

DPPNP melihat tangkapan ini dibuat bertujuan untuk melindungi individu dalam UMNO dan rakan kongsi mereka Gerakan dan MCA yang menghidupkan api perkauman. Perbalahan di kalangan parti komponen semakin parah dan akhirnya turut mengherat isu perkauman, maka jalan pintas untuk menutup tembelang ini ialah ISA.

DPPNP juga sangat tidak bersetuju jika ISA ini juga digunakan untuk menahan pemimpin UMNO dan pemimpin parti komponen BN lain, sekalipun mereka terlibat menghina agama Islam dan menghidupkan api perkauman. Kita tetap menjunjung prinsip keadilan. Mereka yang bersalah mesti diheret ke mahkamah.

DPPNP mendesak Kementerian Dalam Negeri segera membebaskan mereka dan jika ada tuduhan tertentu, maka kes mereka mesti dirujuk ke mahkamah.

Sekian
SUHAIMI MD SAAD
Pemangku Ketua DPPNP

Wednesday, September 10, 2008

KUDA TUA "TAKUT MENANG"

Adnan Tak Tanding Ketua Pemuda UMNO Kerana takut Menang, beberapa akhbar melaporkan sila klik Bernama, Berita harian, Metro.

Tak dapat saya nak tahan ketawa bila membaca berita itu. Setiap kali tajuk itu terbayang di ruang mata, pastinya saya akan ketawa. Apa tidaknya berita itu mengambarkan seolah-olah beliau antara calon popular yang akan menang besar dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO nanti.

Ketika membaca berita Adnan menawar diri untuk tanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dapatlah disimpukan bahawa anak-anak muda kini tidak bersama UMNO, akhirnya kuda tua terpaksa menawar diri.

Malangnya selepas Adnan Yaakub mengumumkan kesediaan untuk turut merebut jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia, hanya Dato Khairuddin Yaakub,Ketua Pemuda UMNO Pahang sahaja yang bangkit untuk menyokong kuda tua ini.

Petikan Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.

Kita pun hairan dimana 'karismanya' Adnan. Perintah mahkamah supaya Kerajaan negeri Pahang bayar gantirugi termasuk faedah mencecah RM 60 juta kini pada Seruan gemilang diabaikan. Dato Tajudin bekas Setiuasaha UMNO Pahang mendakwa Adnan terlibat dalam jualan tanah UMNO kepada syarikat bukan Bumiputra. Menggunakan wang rakyat dalam pembelian no plat kereta bernilai RM 48,000. Aksi selamba Adnan di Sanggang, sehingga hari ni beliau belum memohon maaf atas ketelanjuran itu. Banyak lagi tindakan lain sepanjang beliau memimpin Pahang. Semua itu mendedahkan Adnan tidak berkarisma dan hilang kelayakan untuk membimbing pemuda.
Sebenarnya pujian melangit itu ada udang di sebalik batu. Dato Khairuddin mendahului individu lain di Pahang dalam projek mengemis untuk disenaraikan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang.

Sehingga hari ini tiada respon dari mana-mana ketua pemuda negeri lain. Respon dari akar umbi pemuda sangat penting sebagai isyarat sama ada akan dapat sokongan besar atau tidak. Setelah sekian lama menunggu selepas menawar diri, Adnan dapati tiada sokongan.

Malu untuk mengaku kalah, maka mana-mana manusia sombong akan memberikan pelbagai alasan. Cuma alasan yang Adnan berika sangat melucukan. "Beliau takut menang"

Tuesday, September 9, 2008

SINIS: PAS MUQABALAH, SAIFUL MUBAHALAH, BN MENGELABAH

Saya tertarik dengan seloka Keris Silau yang disiarkan dalam Tranung kite, jom ikuti seloka itu. Ada loghat tertentu saya tukarkan supaya menepati citarasa kami di Pantai Timur. Maaf ye Keris Silau

Bila Pak Lah sedar Anwar bagi masalah
Dia istihar UMNO dan PAS bermuzakarah
PAS kata bukan muzakarah tapi muqabalah
Lalu tersepit dia suruh si Saiful mubahalah
Semuanya tak menjadi maka P44 BN kalah

Anwar kata 16 September tak ada masalah
BN tenggelam punca dan mula menggelabah
Dihantar 51 MP BN ke Taiwan oleh Pak Lah
Betul-betul punya bangang cara BN memerintah
Apa punya haprak mentaliti BN dan Pak Lah
Itu tanda BN dah masuk kategori najis Mughalazah

Perabis duit hantar MP BN ke Taiwan
Misinya ialah belajar sambil berjalan sakan
Malam boleh berseronok di kelab hiburan
Sepatutnya beramal lebih di bulan Ramadan

Macamlah tak boleh jalan lain-lain bulan
Pak Lah dan Najib kata ianya kebetulan
Jangan ingat rakyat bodoh tak guna fikiran
Kalau tersepit eloklah dua-dua letak jawatan

Mufti Perlis pun dah tulis pantun 'cari ganti'
Kalau negara kacau eloklah dua-dua berenti
Mana boleh Perompak ganti Pencuri
Perompak tu Najib, Pencuri tu Dolah Bedwi
Ulama berhikmah bukan hentam peribadi

Itu mesej supaya Pak Lah sedar diri
Nak kawal Mat Semail pun tak reti
Alasan dia, Ahmad tak dapat dihubungi
Apa punya haprak kita punya Perdana Menteri
Ya Allah awat teruk sangat SamDol sorang ni

Monday, September 8, 2008

TUNAIKAN ZAKAT ANDA

Berikut ialah paparan kadar harga zakat fitrah bagi seluruh negara.

Bagi negeri Pahang nilainya ialah RM7.30/kepala, iaitu kenaikan RM2.50 daripada tahun lalu.

Zakat merupakan rukun Islam keempat selepas berpuasa dan zakat fitrah wajib ditunaikan sebelum Aidil fitri.

Tujuan zakat ini dimanfaatkan oleh asnaf yang lapan, khususnya fakir miskin bagi menggembirakan mereka menjelang sambutan hari lebaran.

Ada yang merungut kenapa harga fitrah naik melambung tahun ini (seperti kenaikan harga minyak Jun lalu)?

Ada yang berkata ini disebabkan kenaikan harga beras, ada yang berkata disebabkan nilai mata wang kita sudah makin mengecil berbanding barangan di pasaran dan ada pula yang berpendapat kos kehidupan di Malaysia makin meningkat sehingga keluarga yang tergolong dalam paras kemiskinan sudah kian ramai.

Apa-apa pun takwil dan yang dipersoalkan, kewajiban mesti ditunaikan bagi menyempurnakan ibadah yang diperintahkan Allah SWT ini.

Ayuh tunaikan zakat anda segara

Thursday, August 28, 2008

BUKTI AGENDA DAILY BANGANG

Analisis/ laporan akhbar portal Agenda daily mengenai keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Akhbar ini juga merupakan penganjur 2 debat yang melibatkan Dato Seri Anwar dan Dato Shabery Chik, Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon. Tujuannya supaya budaya ilmiah dan intelek dapat dipupuk. Tak sangka pulak Agenda Daily sendiri gagal merealisasikan budaya itu. Buktinya lihatlah berita di bawah (klik pada tajuk)

Agenda Daily melaporkan

Mac lalu, Wan Azizah memperolehi 30,338 undi sedangkan Anwar hanya mendapat 31, 195 undi sahaja. Jika dibandingkan undi mereka, Anwar cuma dapat lebih 857 undi sahaja.

Kesimpulannya, dengan 857 undi baru yang memihaknya, pemimpin de Facto PKR itu tidak sehebat mana walaupun mendapat sokongan dalam dan luar negara untuk menenangi semula kerusi Permatang Pauh yang diwarisi isterinya selama 10 tahun sebelum ini

Hakikatnya ini adalah pilihanraya kecil. Selalunya dalam pilihanraya kecil pembangkang sukar menang. Kalau menang pun, majoritinya kecil. Segala jentera digunakan. UMNO memanipulasi punggung SayFool. Sumpah SayFool dijaja merata-rata. Akhbar dan TV melaporkan berita negatif tentang DSAI dan penyokongnya. Pun begitu beliau tetap berjaya dengan majoriti bergaya.

Saya cabar Agenda Daily menganalisis fakta di bawah.

Pilihanraya kali ini jumlah majoriti DS Anwar lebih besar dari jumlah undi yang diterima oleh Arif Shah.

DUN Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS. Di bawah ini adalah undi mengikut DUN. Mari kita lihat siapa yang kena?

DUN Penanti undi menyumbangkan kepada DS Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).

DUN Permatang Pasir, DS Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).

Di DUN Seberang Jaya, DS Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36). Untuk pengetahuan semua Arif Shah adalah wakil rakyat di Seberang Jaya.

Beliau tewas dengan majoriti 4,739 di DUNnya sendiri. Sepatutnya beliau menang di kubu beliau. Lepas ni Arif Shah kena fikir untuk cari kerja lain selepas PRU akan datang. Bolehlah tinjau mana-mana kawasan perumahan untuk beliau jadi agen surat khabar lama.

Kepada wartawan Agenda Daily, kalau nak jadi barua UMNO pun, janganlah tunjukkan kebodohan tahap kritikal. Jadilah barua yang cerdik jangan jadi barua yang bangang

Wednesday, August 27, 2008

AKTA DNA ZALIM

Ramai yang tak tahu tentang akta DNA yang akan dibentangkan di parlimen. Bila meneliti rang undang undang ini (klik disini untuk baca rang undang undang itu), saya terkejut. Undang undang ini bercanggah dengan prinsip keadilan. Rakyat Malaysia harus menentang undang undang yang zalim ini. Undang undang ini akan digunakan untuk mensabitkan sesiapa sahaja sekalipun orang itu tak bersalah.

blog penarik beca telah senaraikan beberapa artikel yang kita pasti terkejut dengan akta ini.

Fasal 13 (7): Seseorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu dalam pengambilan suatu sampel bukan intim daripada seseorang.

Fasal 24: Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa maklumat daripada Bank Data DNA hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Fasal 25: Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap -

(a) Menteri;

(b) Ketua Bank Data DNA;

(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;

(d) pegawai Bank Data DNA;

(e) seseorang pegawai perubatan kerajaan; atau

(f) seseorang ahli kimia,berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

Maklumat lebih lanjut tentang akta ini, sila klik

Kuasa Polis Ambil DNA dipertikai

Tuesday, August 26, 2008

PERMATANG PAUH: KEHANCURAN KAPAL BN

Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh
PKR: 31,195
BN: 15,524
AKIM: 92
PKR menang majoriti: 15,671

--------------------------------------------------------------------------------------------
Bandingkan dengan Keputusan PRU 12/ 2008
Jumlah Pengundi: 58,449

1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)

Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110


Undi BN merosot. Undi Pakatan Rakyat bertambah. Maknanya selepas 6 bulan PRU, UMNO masih belum pulih, Mood rakyat makin hebat untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sepatutnya dengan pelan peralihan kuasa 2010 yang diumumkan oleh Pak Lah, Media yg kononnya semakin bebas selepas PRU 12 sehingga debat disiarkan dlm TV, pengumuman turunnya harga minyak diikuti dengan Sumpah laknat SayFool, Mufti wilayah dipergunakan untuk membenarkan sumpah itu, laporan tentang perkahwinan Pakatan Rakyat tak bahagia, PAS menolak Anwar, diwar-warkan Islam dan melayu terhakis di bawah Pakatan Rakyat. Rasuah 2 exco Perak.

Semua ini sepatutnya berjaya mempengaruhi pengundi, kalaupun BN tak menang, majoriti DS Anwar akan menurun, paling kurang separuh. Sayapun menjangkakan DS Anwar akan menang majoriti di bawah 10,000. Tetapi rakyat Malaysia kini sangat matang. Isyarat jelas UMNO makin menuju kehancuran.

Dalam demonstrasi pemuda PAS, kami sering melaungkan. Hidup, hidup. Hidup Islam. Hancur.. hancur, Hancur Barisan, Hancur UMNO. Setelah sekian lama kalimah itu dilaungkan.. hari ini ianya hampir menjadi kenyataan.