Tuesday, December 1, 2009

BUKTI BTN ALAT BN

Dato Seri Nazri Aziz mengesahkan, kurikulum Kursus Biro Tatanegara tidak sesuai dengan semua kaum dan tidak menepati konsep 1 Malaysia. Maknanya betul dah apa yang pemimpin pakatan rakyat kata, BTN alat BN untuk meniupkan api perkauman. Lihat berita bernama di bawah.

Tuesday, November 24, 2009

BANJIR OH BANJIR

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang turun ke Sg Ular untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sumbangan Kewangan dan barangan sangat diperlukan. Anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah,
Bank Islam 06019010077387
Turut bersama dalam Rombongan YDP PAS Indera Mahkota Nasrun Amir Abdullah, ADUN Beserah YB Syed Mohammad Tuan Lonik, Penyelia Pusat Khidmat Mamud.

Sumbangan dari Dewan Pemuda di sampaikan Oleh ADUN Beserah, YB Syed Mohammad.

Kebanyakan mereka adalah ahli PAS yang dinafikan Hak. PAS sentiasa menang di Peti undi Sungai Ular dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu.

Sumbangan berupa makanan dan bekalan air minum gau disalurkan pada semua keluarga.

Ibu tunggal ini juga turut menjadi mangsa ketiadakadilan. Air memasuki rumah beliau sejak sehari yang lalu. Beliau baru sahaja membersihkan rumah sebaik sahaja paras air turun


Saya dan YB Beserah dihadapan rumah mangsa banjir. Paras air tertinggi sebelum surut melepasi paras pinggang.

Wednesday, November 4, 2009

SEKILAS LAPORAN AUDIT BAGI NEGERI PAHANG

Teguran Jabatan Audit bagi Negeri Pahang kepada Pejabat SUK, melibatkan kenderaan rasmi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Sumber Laporan Audit 2008.

1. Pengisian Bahan Api Sebanyak Dua Kali Dalam Tempoh Masa Yang Singkat. 24 kes dikesan melibatkan 5 kenderaan kepunyaan kerajaan negeri. RM 5,211 duit rakyat disalahgunakan. (Lihat jadual di bawah.)
Sebagai contoh 6 daripada daripada 24 kes dilampirkan. Jadual dibawah membuktikan dakwaan tersebut. Tempoh pengisian minyak hanya berbeza 1 minit. Malah ada kes minyak diisi dua kali dalam minit yang sama. Penyelewengan itu hanya melibatkan stesyen minyak yang sama di Raub. (Lihat jadual di bawah.)2. Perolehan Bahan Api Yang Meragukan. RM574.53 lagi melayang. Rekod mendapati kenderaan itu hanya memasukkan minyak 1 liter tetapi harga yang di bayar melebihi RM 100. Juga melibatkan stesyen minyak yang sama tapi kali ini di Bentong. (Lihat jadual di bawah.)
3. Perolehan Bahan Api Melebihi Kapasiti Tangki Kenderaan. Proton perdana hanya mampu memuatkan kapasiti minyak sebanyak 64 liter, namun ada kenderaan milik kerajaan negeri yang mengisi sehingga 130 liter. Mungkin Proton Perdana milik kerajaan Negeri Pahang ni bertangkikan tangki traktor. (Lihat jadual di bawah.)



4. Kad Inden Bahan Api Masih Aktif Walaupun Kenderaan Telah Lama Dilupuskan. Ada kenderaan yang tak wujud namun rekod mendapati kenderaan itu masih mengisi minyak. Di Malaysia ni bukan sahja ada pengundi hantu, sekarang ni dan ada kereta hantu. (Lihat jadual di bawah.)

6. Kos Penyenggaraan Kenderaan Yang Tinggi. Kos penyelenggaraan lebih mahal dari harga kereta. Lihatlah no 1, Proton perdana di beli dengan harga RM 117.026, namun kos penyelenggaraannya selepas digunakan selepas 4 tahun berjumlah RM 171,888. (lihat jadual di bawah)

Beginilah pengurusan kewangan kerajaan negeri Pahang untuk tahun 2008 yang lalu. Seharusnya rakyat boleh menilai bagaimana wang rakyat sewenang-wenangnya dibazirkan.

Seharusnya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pahang lebih pro-aktif membawa isu ini dan apa sahaja isu lain dalam Dewan Undangan Negeri. Setiap sen duit rakyat yang hilang mesti dipersoalkan. Janganlah hendaknya YB PR menjadi tukang turut dan tukang urut pada MB. Jangan ada lagi YB PR berbuih-buih mulut memuji MB Pahang kononnya baik hati.

Ayuh bawalah misi Pakatan Rakyat, membongkar segala salah laku dan salahguna yang rakyat. Menjunjung amanah Allah mendokong amanah rakyat.

Friday, October 9, 2009

KETUA MAT REMPIT MALAYSIA... LEMBIK....!!!

Hanya di sapa dan disentuh bahu oleh seorang pemuda PAS .. dah terlantar di katil hospital... Beliau dakwa dilehernya ada kesan lebam... Tapi kalau tengok "colour kulit" dia sah bukan lebam kat leher sahaja malah lebam satu badan..
Melalui di zon perarakan penyokong PAS.

Kelihatan bersama Dato Ismail Sabri


Disapa dan disentuh bahu oleh seorang penyokong PAS


Masuk hospital akibat sapaan dan sentuhan itu... Maklumlah.. lembik..!!

Sunday, September 6, 2009

INTERNET SAYA ADA MASALAH

Dari sebelum Ramadhan, saya sukar untuk buka internet saya. Mulanya saya ingat laptop saya problem. Maka saya hantar pada sahabat untuk foemat balik sebab perjalanan laptop makin lembab. Rupanya bukan laptop punya angkara. Mungkin modem. Tak pe laa lepas balik KL ni saya akan cuba selesaikan. Sekarang saya berada si Restoran D'ju. Pemilik restoran tu pelawa saya berbuka di restorannya. Dah azan... saya berbuka puasa dulu. Nanti lepas tarawikh saya sambung

Tuesday, August 11, 2009

SAYA CABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG BERDEBAT

Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mula mengumpulkan tanda tangan untuk menyokong Tan Sri Muhyidin dalam isu Pengkhianat Melayu. Abu Jimi Samad juga bersedia bertindak sebagai saksi untuk membela tuannya.
Saya tercari cari hujah dan fakta pengkhianatan terhadap Melayu sebagaimana tuduhan itu. Saya cuma jumpa 2 fakta yang langsung tak relevan. Menurut Abu Jimi sebagaimana dipetik oleh Utusan, Pemimpin pembangkang itu (DSAI) katanya

1. Bertanggung jawab cuba untuk menghapuskan hak orang Melayu
2. Menganjur demonstarsi jalanan.

Namun ada baiknya setiap apa yang kita ucapkan berlandaskan pada Fakta dan bukti. Beliau seharusnya membuktikan pengkhianatan itu terlebih dahulu sebelum mengutip 100,000 tanda tangan.

Pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu dan Islam adalah UMNO.

Justeru itu selaku Ketua dewan Pemuda PAS Pahang, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya mencabar rakan sejawat saya Saudara Abu Jimi Samad untuk berdebat atas tajuk "52 tahun Merdeka: Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu"

Saya sangat mengharapkan Saudara Abu Jimi tak menjadi manusia pengecut sebagaimana ketuanya Khairi Jamaluddin. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan menghantar surat rasmi mencabar beliau berdebat.

DOA MOHON DIJAUHI BALA H1N1


Sunday, August 2, 2009

WAHAI MUFTI... HARAM KE... HARUS?

Khas buat Sahibus Samahah Tan Sri Harusani Zakaria dan ulama-ulama UMNO yang lain.. Seharusnya kamu semua berani menegur perbuatan Perdana Menteri ini. Jangan hanya keluarkan fatwa secara berpilih-pilih. Jangan pulak haram bila kena pada pembangkang, harus bila kerajaan yang amalkan. Golongan agama akan berdalih, kononnya mereka tak fatwakan harus. Ini fitnah... Woi.. bila ulama, berdiam diri terhadap perbuatan yang haram... orang jahil menganggap perbuatan itu harus kerana ulama tak tegur... pun. Lu Pikir laa sendiri....

Saturday, August 1, 2009

DEMONSTASI BERJAYA..

Tahniah rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman. Kita berjaya memberikan isyarat ISA mesti dimansuhkan segera. Jika UMNO/BN enggan untuk mansuhkan ISA, rakyat akan mansuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang.
Sekalung penghargaan pada AMAL Malaysia atas kejayaan. Walaupun berhadapan dengan belantan dan gas malah ada yang dilokap, namun AMAL Malaysia tetap unggul.





TAK PILIH BULU ????

Berbulu telinga dengar amaran polis, konon tak pilih bulu untuk tahan peserta demonstrasi anti ISA atau pro ISA. Realitinya boleh lihat gambar di bawah. Anti ISA, beg mereka digeledah. Asal dijumpai lencana, baju atau apa sahaja bahan yg ada kaitan dengan ISA pasti akan di tahan. namun lihat banjingan Pro ISA di bawah... boleh bersantai

SELAMAT BERHIMPUN.

Hanya beberapa jam sahaja lagi akan berlangsung Himpunan Mansuh ISA. Rakyat Malaysia dah mula berpusu-pusu masuk KL untuk menjayakan himpunan walaupun terpaksa melalui beberapa lapis sekatan jalan raya. Semua itu tidak melemahkan semangat rakyat untuk berhimpun.

Seminggu yang lalu Pak Lah dalam ucapan sempena anugerah kedoktoran UUM memberikan pandangan ISA wajar di mansuhkan. Walaupun agak terlewat namun rasanya Pak Lah masih boleh membetulkan kesalah mengekalkan ISA semasa beliau menjadi PM dulu.

Saya cuba membayangkan bagaimana nasib Pak Lah bila menerima semburan gas pemedih mata. Pak Samnad Said dan tokoh-tokoh ternama pejuang bahasa dah merasainya. Mungkin kalau pak Lah terlibah beliau akan menerima nasib seperti gambar di bawah ini.

Tuesday, July 28, 2009

Sunday, July 26, 2009

Gambar ni... Mufti tak nak bagi respon ke?

Najib sedang menyalakan pelita hindu...

Friday, July 24, 2009

Wahai Ulama... jangan biarkan diperbodoh

Hari ni kita lihat semakin ramai ulama berjaya dibodohkan oleh akhbar.. Tanpa mengetahui jalan cerita sesuatu peristiwa maka, hukum agama keluar dari mulut mereka.

Sebagai contoh mogok lapar tempoh hari, memprotes kerajaan haram Perak.... PAS Perak mengeluarkan arahan puasa untuk umat Islam manakala non muslim meneruskan protes mereka dengan mogok lapar. Tiba-tiba bila akhbar merujuk pada mufti, keluar fatwa hukum mogok lapar haram. Persoalannya adakah non muslim juga terikat dengan fatwa agama. Kenapa terjadi demikian? kerana mufti telah diperbodohkan oleh akhbar.

Semasa PM (zaman Tun DR M dan Pak Lah. Kita tunggu pula 31 Julai ni... untuk lihat PM baru) secara terang terangan bertafakur dan meletak bunga pada tugu negara. Mana para mufti? Hanya Mufti Perlis ketika itu, Dr Asri sahaja yang menegur amalan itu. Mufti lain?

Mufti di Malaysia tampak berani bila menegur pembangkang sekalipun berfatwa atas laporan yang salah. Namun bila kerajaan secara terangan-terangan melanggar hukum agama mufti kita kehilangan "telur".

Janganlah hendaknya institusi mufti ini masuk dalam senarai institusi yang dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat, selepas hancurnya kewibawaan institusi polis, institusi kehakiman dan institusi beraja.

Berbalik pada isu lilin dan Nizar. Nizar hadir dalam sidang Akhbar DAP dan dihujung sidang akhbar mereka memasangkan lilin tanda protes atas kematian misteri Teoh Beng Hock. Jalan cerita ini mesti diketahui terlebih dahulu sebelum keluarkan hukum. Jangan jadi ulama yang gian dengan microfon media, pantang tonyoh microfon terus melalak tak tentu hala.

Kalau nyala lilin tanda protes tak boleh? bagaimana dengan protes dengan lilit kain pada kepala? Bagaimana protes turun ke jalan raya untuk demonstrasi?

Ok lah kita jumpa pada 1 ogos nanti di KL. kita merah hitamkan bandar KL.
"Wahai ulama... pimpinlah kami ke jalanraya...
,

Wednesday, July 15, 2009

MUHASABAH

Kita bukan bercakap soal penyokong tegar PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kerena mereka akan tetap bersama PAS dan PR walau apa pun berlaku. Namun kita harus mengambil kira keseluruhan rakyat Malaysia terutama yang mula berjinak-jinak untuk bersama Pakatan Rakyat sejak ambang pru 12 dan selepasnya.

Tinjauan rambang saya bersama golongan ini, rata-rata mereka yang baru kali pertama memberi undi pada pembangkang sedikit kecewa dengan kemelut yang berlaku dalam PR.

Bermula dari kejatuhan negeri Perak angkara wakil rakyat PR melompat. Diikuti dengan isu muqabalah dan kerajaan perpaduan yang memperlihatkan pimpinan PAS saling serang menyerang antara satu sama lain.

DAP di Kedah pula mengisytiharkan keluar dari PR Kedah angkara babi. (walaupun ia berjaya diselesaikan) Terkini PR di Selangor, Isunya berebut ahli majlis, rombakan exco dan pejabat exco menjadi pejabat aktiviti meragukan.

Serang menyerang ini berlaku dengan menggunakan media milik UMNO. Media-media barua ini menambahkan lagi perisa. Rakyat beralih kepada media maya, media maya juga menyiarkan kemelut ini. Akhirnya rakyat buat kesimpulan berita dalam media arus perdana adalah benar walaupun ada unsur tokok tambah.

Sebagai contoh, isu kerajaan perpaduan, walaupun ia telah ditutup, namun pemimpin PAS masih bersosek-sosek dibelakang. Perasaan tak puas hati kedua belah pihak (penyokong UG dan Pembangkang UG) masih wujud. Mereka bercerita pada pimpinan PAS peringkat pertengahan. Pimpinan PAS ini akan bawa balik ke akar umbi... Maknanya di peringkat akar umbi sekarang sedang bercerita tentang buruk pimpinan PAS.

Saya jadi rimas, disatu sisi ahli dihidangkan dengan cerita buruknya Dato Husam Musa, Dr Mujahid, Dr Zulkifli, Khalid Samad, Dr Hatta dan lain lain. (sekadar menyebut beberapa nama). Disatu sisi yang lain ahli menikmati pula hidangan cerita buruk Ust Nasha, Dato Mustafa Ali, Ust Nasruddin Tantawi Ust Nik Abduh dan lain-lain (juga hanya sekadar menyebut beberapa nama)

Kadang-kadang dalam soal perselisihan ini 'ahli tententu' ini lebih bermaklumat daripada kita yang menjadi pimpinan kerana hubungan peribadi mereka dengan pimpinan tersebut.

Hanya sekadar menemani pimpinan ke lokasi ceramah atau menjadi pemandu sementara atau sekadar minum-minum dengan pimpinan, banyak cerita dan rahsia berjaya mereka kutip dan esoknya rahsia parti akan diusrahkan dikedai kopi. Maknanya pimpinan PAS mudah bercerita rahsia parti pada ahli yang menjadi kroni mereka. Nama-nama yang saya sebut di atas akan dikutuk.

Serangan menyerang sesama sendiri ini meyebabkan kita hilang kekuatan. Bukankah Allah berfirman

Dan taatlah kamu pada Allah dan rasul Nya, jangan kamu berbantah bantah, kelak kamu akan menjadi gentar dan hilang kekkuatan, bersabarlah. Allah bersama orang orang yang sabar.

Al-Anfal 46

Cukuplah dengan hidangan yang buruk yang kita hidangkan pada rakyat Malaysia. Ayuh wahai pimpinan PAS dan PR.. Ajal UMNO/BN semakin hampir... Meneruskan perbalahan lagi selepas ini akan memberi nafas baru pada UMNO/BN.
Ya Allah jadikan ini medan untuk menginsafkan kami. Keangkuhan kami dengan sedikit kuasa dan kesenangan. Keegoan dan bongkak dengan sedikit kepandaian sehinga mengambil alih kerja-kerja Mu. Saling berprasangka, sisih menyisih dan lain-lain dosa yang tidak kami sedari. Ampunilah kami. Ikatkan kembali hati-hati kami yang berpecah-pecah ini. Kukuhkan kembali ukhuwah kami. Amin

Thursday, July 9, 2009

Iklan sisi blog

Saudara boleh pilih untuk muatkan iklan ini atau ilan di bawah.

Himpunan Mansuh ISA.

Ambil iklan ini dan masukkan dalam blog sebagai tanda sokongan anda.

LEMBU PUNYA SUSU... BABI DAPAT NAMA

Soal mansuh 2012 kita bincang waktu lain, walaupun majoriti tertanya-tanya kenapa sehingga 2012. Apabila UMNO Johor mendakwa ini hasil perjuangan mereka, ni yang nak tergelak... Walaupun UMNO Johor mendakwa mereka menentang PPSMI, namun perjuangan golongan yang tak de telor ni memang tak diiktiraf. Macam perjuangan menuntut kemerdekaan, walaupun sebelum itu UMNO beromen dan bermukah dengan penjajah British, numun apabila Merdeka, merekalah yang mendakwa penentang British sehingga British lari. Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU, tapi BABI yang DAPAT NAMA.

Thursday, July 2, 2009

HUJAH... Senjata Dalam Peperangan Demokrasi

Ramai yang bertanya kepada soal wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Banyak juga pandangan yg saya baca dalam blog-blog dan ruangan komen blog.

Saya menyokong apa sahaja pentas untuk berhujah sama ada namanya debat, wacana, forum atau apa sahaja medium. Seharusnya ia dilihat dari sudut positif. Ini budaya politik baru. Politik hujah merupakan amalan negara maju. PAS dan Pakatan Rakyat yg dilihat sebagai kerajaan menanti mesti menghidupkan budaya politik baru ini, tampil dengan hujah yang bergaya. Sementelah lagi kita daripada PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam tegak dengan hujah

Politik hujah ini merupakan pendekatan yang telah kita terima sebelum ini.
  • Kita menyertai rancangan debat anjuran RTM, walaupun dalam rancangan itu ada sesetengah pemimpin kita tidak tampil dengan hujah bergaya, namun ia menjadi medan untuk pemimpin itu perbaiki mutu perbahasan
  • Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat muncul sebagai pembahas hebat dalam parlimen. Namun rakyat keseluruhannya tak dapat melihat kehebatan itu kerana tiada siaran langsung.
  • Dato Seri Anwar Ibrahim bertempur dengan Shabery Chik dalam isu kenaikan harga minyak.
  • Kelantan menganjur wacana ilmiah. Siri pertama yg menampilkan YB Dato Paduka Husam Musa, Khairy Menantu Perdana menteri (ketika itu)dan Dr Aziz Bari. Siri kedua YB Saifuddin Nasution, Dr Abu Hasan dan YB Fuad Zakarshi (gagal hadir dengan alasan dangkal)
  • Pimpinan kita terus hadir jika ada jemputan dalam rancangan Hujah TV 9 dan Awani Astro
  • Seingat saya inilah pendekatan YB Dato Mahfuz dan YB Salahuddin semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS
  • Zaman kegemilangan gerakan pelajar di Universiti dulu, pemimpin kita keluar masuk universiti menyertai debat, forum dan pelbagai wacana lain. Akhirnya pihak Universiti tidak lagi membenarkan pemimpin PAS untuk meyertai sebagai program kerana kekuatan hujah kita memalukan UMNO

Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.

Kita tak seharusnya sekadar menjadi hero di atas pentas politik yg kita cipta sendiri. Pemimpin kita mesti dieksport untuk tampil di atas mana-mana pentas hujah... Kena faham maksud saya BERHUJAH bukan "berunding dalam gelap".
Kita tutup sebarang pintu rundingan namun pintu dakwah jangan ditutup.

Peperangan kita kini bukan menggunakan senjata... Hujahlah yang menjadi senjata ampuh kita. Buang pendekatan hujah bermakna kita membuang senjata dalam peperangan ini.

Saya sangat bimbang... kita berbeza pandangan bukan atas dasar rasional, takut-takut kita didorang rasa kebencian kita ke atas orang yang memberi pandangan. Semoga kita tak termasuk dalam perangai kelompok yang dilarang oleh Allah. Renunglah surah Al Maidah ayat yg ke 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

Wednesday, July 1, 2009

1 Malaysia: Rakyat didahulukan

Sebuah rumah rakyat dalam negeri Pahang (Negeri Perdana Menteri)

1 Malaysia: UMNO alat MCA


Mana dia orang yang berlagak sebagai hero Melayu sebelum ni... Sila pimpin demonstrasi besar besaran atas isu ini. Lepas ni jangan sibuk tuduh PAS alat DAP...

Monday, June 22, 2009

Tiada Lagi Perbincangan Mengenai KERAJAAN PERPADUAN


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Pandangan:

Alhamdulillah, terlerai sudah kekusutan. Berita RTM jam 8 mlm tadi memaparkan kekecewaan pemimpin UMNO atas pendirian PAS dalam isu kerajaan Perpaduan. Pemimpin Umno semacam orang sawan yang gila talak. Harapan pendokong/ aktivis PAS, jangan hendaknya ada pemimpin kita yang buat U' turn setelah kata sepakat dicapai. Pendirian kita jelas... Dakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO akan diteruskan dan inilah yang telah dan sedang kita buat termasuk dengan rakan pakatan.

Kalau ada perjumpaan dengan mana-mana tokoh, ianya mesti telus. Menyembunyikan pertemuan akan menimbulkan prasangka dan kesan buruk pada jamaah. Jangan ada lagi tindakan kita yang membuka ruang kepada UMNO untuk memerangkap kita.

Saya sangat mengharapkan pemimpin kita di semua peringkat membuka balik kertas kerja yang ada kaitan dengan ukhuwah yang pernah dibincangkan dalam tamrin tahun 80an lalu. Hari ini topik dan semangat ini hampir lenyap dari jamaah kita.

Bertempur dengan UMNO kita seakan mendapat tenaga dan semangat yang baru, tetapi bertempur sesama sendiri, amat meletihkan.

Jom kita kembali ke posisi. Kepada blogger-bloger halakan kembali senapang anda kepada UMNO. Sebarang artikel yang cuba membangkitkan isu ini harap dapat dinyahkan dalam blog anda. Matlamat kita... Humbankan UMNO/BN ke Laut China Selatan.

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan ?

Ramai yang bertanya kepada saya, isu kerajaan Pepaduan. Ada yang datang marah-marah. Positifnya, mereka luahkan itu kerana sayangkan PAS. Jawapan saya kepada mereka ringkas je...

"Kerajaan Perpaduan hanya akan jadi realiti selepas UMNO kita benamkan di bumi Malaysia ini. Sekarang masa untuk kita bertenang dan kembali ke posisi untuk mula meyerang UMNO/BN"

Pandangan 1

Seharusnya ia menjadi pengajaran yang mahal harganya buat kita dan pimpinan kita. Ahli PAS tak diajar wala membabi buta. Apabila keputusan itu diputuskan oleh jamaah melalui proses syura maka kita taat. Sebarang keputusan yang tidak melalui saluran yang betul, keputusan itu akan menghasilkan hasil yang tak masak. Makan hasil yang tak masak mungkin akan meyebabkan sakit perut. Secara peribadi saya melihat sedikit kekecohan ini disebabkan hidangan yang tak masak. Ada dua kemungkinan:-

1. Hidangan itu sememangnya dihidangkan dalam keadaan tak masak atau

2. Mungkin ketika proses menyiapkan hidangan, belum lagi tukang masak hidangkan, sudah ada yang bertindak curi-curi makan makanan yang tak masak itu.

Pandangan 2
Saya sangat tak bersetuju dengan beberapa tulisan kononnya Tuan guru Dato Mursyidul Am mendapat nasihat yang salah dari orang disekelilingnya. Orang-orang yang dianggap sebagai penasihat Tuan guru Dato Mursyidul Am juga cuba disalahkan. Kalau itulah hujahnya, nanti sebelah pihak lagi juga akan mendakwa penasihat di sekeliling Tuanguru Dato Seri Presidenlah yang punya angkara yang menjadikan kapal ini huru hara.

Saya sangat yakin dengan kewibawaan 2 Tuanguru kita. Mereka rasonal dan tak dipengaruhi oleh sesiapa. Dakwaan mengatakan 2 tuanguru ini menerima nasihat yang salah dari 'tuan penasihat' seakan-akan menafikan kewibawaan, ketokohan dan keilmuan dua tokoh ini.

Akhirnya ...

Saya amat yakin dan percaya pertemuan semeja dengan semua tokoh yang terbabit akan menenangkan kembali air yang sedang berkocak ini.

Kita sedang menaiki kapal yang besar... resamnya, kalau ada kerosakan belanja untuk baiki juga besar dan mungkin mengambil sedikit masa berbanding masa kapal kita dahulu yang kecil. Kena banyak bersabar.... Jangan terjun dari kapal...

Sama-sama kita doakan. Allahu Akhbar

Saturday, June 13, 2009

Kembalinya Syeikh Fathi Yakan ke Rahmatullah

Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Monday, June 1, 2009

Ulama dan Profesional

Sedutan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancaranyanya mahukan PAS tetap mengekalkan kepemimpinan golongan ulama dan profesional dalam parti. kedua-dua golongan itu yang membarisi kepemimpinan PAS bukan hanya berlaku pada era sekarang, bahkan sudah dipraktikkan sejak PAS ditubuhkan pada 1951

Jangan pula menganggap kita menentang kepimpinan ulama semata-mata kerana mencalonkan golongan yang bukan ulama.

Jangan juga ada yang menganggap, kita menentang profesional semata mata bila mencalonkan ulama.

YB Ketua Dewan Pemuda PAS pusat pernah menyentuh persoalan ini dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 46 di Kota Bharu. Sebarang percubaan mengadu dumba dan membangkitkan isu dikotomi Ulama- Profesional adalah perangai jahiliyyah.

Sebenarnya PAS tampak menarik dengan variasi ini. Uniknya PAS, golongan ulama dan profesional duduk dalam satu-satunya wadah parti Islam iaitu PAS.

Kita tidak seperti Indonesia yang memiliki puluhan parti Islam mengikut aliran masing masing. Kita juga tidak seperti di Turki apabila golongan yang mengekalkan aliran tradisi berada dalam satu parti manakala golongan pembaharuan berada dalam satu Parti yang lain. Antara parti yang wujud ini masing masing mendakwa mereka lebih Islamik.

Pemuda PAS negeri Pahang jangan terperangkap dengan pemikiran yang boleh merosakkan parti. Jangan mengurungkan diri dalam kepompong pemikiran jumud ini.

Jangan ada lagi pertikaian antara mee celup dengan mee goreng siapakah yang lebih layak berada atas meja. Bagi kita, kedua-duanya layak dengan syarat perisanya ialah mendokong institusi kepimpinan ulama.

Apa yang penting di sini ialah kita memelihara institusi ulama yakni institusi yang meletakkan Islam sebagai dasar kehidupan dan perjuangan. Maknanya sesiapa pun boleh menjadi pemimpin termasuk golongan profesional atau sesiapa sahaja, asalkan mereka mendokong gagasan ini dan tunduk kepada kehendak Islam.