Hashim Abdullah - Petikan Harakah DailyWednesday, May 28, 2008
HENTIKAN CUBAAN SATUKAN UMNO DAN PAS
Hashim Abdullah - Petikan Harakah DailyFriday, May 23, 2008
IMAM OH IMAM..
BERITA HARIAN 22 MEI 2008
Seruan saya... Wahai Imam, wahai golongan agama jadilah contoh dalam masyarakat. Jauhilah perkara-perkara syubhah dan haram. Tindak tanduk anda menjadi hujah kepada orang jahil untuk menghalalkan apa yang haram
Thursday, May 22, 2008
ISLAM DAN KETUANAN MELAYU

Kini kekuatan UMNO hampir roboh keseluruhannya. NGO melayu yang muncul atas nama melayu kini tidak seharusnya mendesak parti- parti melayu terutama PAS duduk semeja dan menyertai UMNO. Sepatutnya NGO melayu berhimpun dan memohon pertolongan PAS agar menjadi parti baru harapan orang Melayu dan Islam dalam negara ini. NGO melayu jangan jadi pecacai UMNO
Untuk rekod PAS pernah meyertai kerajaan selepas peristiwa 1969. Pada ketika itu Perikatan (UMNO-MCA-MIC) hanya memperolehi 66 kerusi daripada 89 kerusi yang dipertandingkan. GERAKAN, DAP dan PPP memperolehi 25 kerusi dan PAS 12 Kerusi. Perikatan hilang majoriti 2/3. PAS dipelawa untuk bersama meyelamatkan orang melayu.
21 Disember 1972, Kongres Khas PAS meluluskan pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan. Perisytiharan rasmi dibuat di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Disember 1972, akhirnya 1 Januari 1973 rasmilah pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan di Kelantan.
Tapi apabila UMNO dapat balik kekuatannya, 13 Disember 1977, PAS telah dipecat daripada komponen Barisan Nasional kerana tidak menyokong Rang Undang-undang Darurat yang dibentang di parlimen pada 19 Oktober 1977. Dalam pilihanraya 1978 PAS hilang kerajaan negeri kelantan yang ditadbir sejak 1959.
Untuk PAS menyertai UMNO atau BN tidak sama sekali. Kini giliran UMNO pula untuk meyertai PAS.
Thursday, May 15, 2008
AHLI PARLIMEN BN SABAH MULA BERPOLITIK

Sebenarnya membaca tajuk akhbar hari ni, bukan tawaran Pakatan Rakyat yang difokuskan oleh ahli Parlimen Sabah ini... Yang terlebih penting ialah.... adakah Pak Lah akan menunaikan tuntutan mereka. Mereka sedang menunjukkan dari pada Pak Lah, harga mereka terlalu mahal..
Sebenarnya mereka sedang beri kata dua pada Pak Lah.. sama ada TUNAIKAN TUNTUTAN KAMI atau KAMI BERPINDAH KE TINGKAP YANG LAIN.
Kalau benar sebagaimana yang dilaporkan akhbar hari ni, mengapa mereka tak buat laporan polis... Kita pun nak tahu 'duta kecil' yang dimaksudkan... Wujud atau tidak wujud... Kalau wujud siapa Duta Kecil itu? Teknologi sekarang ini boleh mengesan panggilan itu datang dari mana dan siapa disebalik panggilan.. Ayuh laporkan pada polis dan sertakan no panggilan yang diterima.
Berita ini meyebabkan BN semakin goyah. Mari kita ikuti plot cerita seterusnya dalam minggu ini.
Wednesday, May 14, 2008
RM 500 juta untuk Orkestra Filharmonik Malaysia
Lim Guan Eng Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendedahkan Orkestra Filharmonik Malaysia yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu telah membayar gaji pemuziknya yang rata-ratanya adalah rakyat asing berjumlah RM500 juta. Wang petronas digunakan untuk tujuan itu. Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan. Kos membiayai seluruh anggota Orkestra Filharmonik Malaysia itu mencecah RM3.5 juta sebulan.
Lim juga mendakwa, bekas konduktor residen Orkestra Filharmonik Malaysia, rakyat Malaysia - Ooi Chean See - telah meletakkan jawatan selepas tidak diberi peranan sewajarnya.
Sehubungan itu, YB Lim Guan Eng bertanya, mengapakah Petronas membelanjakan wang yang banyak tetapi tidak memberi faedah kepada pemuzik tempatan. Pemuzik tempatan dipinggirkan manakala Petronas membelanja begitu banyak wang untuk melayan orang asing, terutama dari Eropah.
Komen: Hairan ye.. dulu Dato Seri Najib kata wang petronas kalau dibelanja sewenang wenangnya untuk rakyat, negara akan bangrup.
Kerajaan juga memberi pelbagai alasan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) apabila badan itu menuntut kenaikan bayaran honorarium sebanyak RM2,000 tanpa mengira pangkat dan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 ke RM230.
Friday, May 9, 2008
Minyak Oh Minyak..!

Tuesday, May 6, 2008
SPR BATAL CELUP JARI BERDASARKAN KHABAR ANGIN
Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar cukup memeranjatkan. Maknanya rakyat ditipu dan diperbodohkan sebelum pilihanraya dulu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat hari ini berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam.
“Hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat kepada pihak polis, mengesahkan bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah membeli dakwat dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum hari mengundi
Lain pula jawapan Parlimen hari ini.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU12 yang lalu berlangsung berdasarkan kepada desas-desus, jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kepada MP Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), beliau menjelaskan SPR dan kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh ketika membuat keputusan tersebut.
Dewan Rakyat hari ini mendedahkan bahawa siasatan polis tidak menghasilkan apa-apa bukti kukuh terhadap dakwaan tersebut, meskipun setelah tiga kali siasatan dijalankan.
“Selepas laporan polis disiasat, dan soalsiasat dijalankan kepada pengadu dan saksi, ia didapati tiada sebarang bukti menunjukkan adanya dakwat kekal diseludup masuk dari Thailand,” kata Syed Hamid.
“Dari kenyataan saksi, tiada individu, sindiket atau mana-mana pihak dapat dikenalpasti terbabit dalam penyeludupan dakwat kekal. Laporan pengadu dan saksi dibuat berdasarkan desas-desus,” kata Syed Hamid
TAN SRI RASHID
TAN SRI MUSA HASAN
Bertanggung jawab menjaga keamanan dan keselamatan negara turut bersekongkol menjadi penipu besar dalam isu penggunaan dakwat khas ini. Mana perginya individu yang didakwa telah ditahan untuk membantu sisatan? Rakyat seperti saya sekarang ini boleh beranggapan, semua tahanan ISA yang di tahan tanpa bicara juga hasil dari khabar angin yang belum disahkan kepastiannya. Malang sungguh Isteri yang kehilangan suami, anak yang tak kenal bapa semata-mata teraniaya kerana khabar angin. Sebab itulah mangsa ISA tidak dihadapkan di mahkamah sebab pihak kerajaan pun tahu mahkamah akan menolah hujah "khabar angin"
ABD GHANI PATAIL
Memang sejak dari dulu rakyat dah mengenali rekod buruknya. Beliau sanggup menjadi perkakas untuk mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim, bersekongkol menafikan ikat Jamin Suwandi dan Azman dalam kes Tragedi Batu buruk. Cuba untuk menafikan hak jamin Hj Mohd Sabu dan rakan-rakannya yang didakwa kerana himpun Bersih di Parlimen.
3 pegawai tinggi yang dilantik oleh kerajaan menipu rakyat secara terang terangan.
Rujuk laporan bernama
SPR Batal Cadangan Guna Tanda Dakwat Di Kuku Atau Jari Tangan Pengundi
PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat hari ini berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam.
“Hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat kepada pihak polis, mengesahkan bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah membeli dakwat dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum hari mengundi.
“SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun begitu, demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam menjamin kelancaran proses pengundian serta ketenteraman serta keselamatan awam, SPR perlu mengambil keputusan tegas dan muktamad ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.
Turut hadir ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. SPR sebelum ini mengumumkan cadangan menggunakan dakwat khas dari India itu untuk menanda kuku atau jari pengundi bagi mengelak penipuan pada pilihan raya umum.
Tanda dakwat itu bagaimanapun tidak terpakai bagi pengundi pos yang perlu membuat pelbagai pengisytiharan bagi menentukan kesahihannya.
Tanda dakwat berwarna hitam yang membabitkan kos kurang daripada RM1 juta itu bertujuan memuaskan hati semua pihak memandangkan selepas pilihan raya umum 2004, terdapat pelbagai desakan oleh beberapa parti politik supaya SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.
Abdul Rashid berkata kegiatan itu (mengecat kuku) dikesan berlaku terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.
“Mereka ini mungkin dianggap sebagai telah mengundi apabila datang pada hari pengundian. Selain itu, kemungkinan terdapat di kalangan pengundi yang terpedaya itu tidak keluar mengundi kerana takut dianggap telah melakukan kesalahan.
“Sekiranya pengundi-pengundi itu hadir mengundi, sudah tentu akan timbul keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi-pengundi berkenaan. Ini boleh menyebabkan tercetusnya kekecohan di tempat-tempat mengundi yang mungkin sukar dikawal jika berlaku secara berleluasa,” katanya.
Berikutan itu katanya SPR memandang serius keadaan itu kerana proses pengundian dan ketenteraman serta keselamatan awam tidak boleh sekali-kali dikompromi.
Monday, May 5, 2008
Sunday, May 4, 2008
JOM KITA BANTU MANGSA ISA
Gambar bersama 2 tahanan ISA, berbaju merah Solehan Abd Ghafar telah bebas sepenuhnya pada Ramadhan lepas, Baju biru Azmi Abd Rahim masih dikenakan tahanan rumah yang hanya tamat pada 16 Januari 2009Saya mengenali Azmi Abd Rahim melalui Solehan Abd Ghafar. Mereka menjadi akrab semasa ditahan dibawah ISA. Solehan berkunjung ke rumah saya selepas 2 minggu dibebaskan dari tahan rumah. Semasa Solehan dikenakan tahanan rumah dua kali saya menziarahi Solehan di Kuala Terengganu.
Kunjungan Solehan ke rumah saya membawa saya mengenali Azmi. Ketika itu Azmi baru keluar tahanan Kem Kamunting dan kini masih menjalani tahanan rumah yang hanya akan berakhir pada 16 Januari 2009.
Mengenali susuk tubuk kecil dan tinggi ini membuatkan saya kagum padanya. Seorang pemuda yang tabah menjalani kehidupan sebagai tahanan. Isteri beliau, Faridah bt Daud merupakan suri rumah sepenuh masa. Mempunyai 4 orang anak. Anak sulung beliau di Maahad Tahfiz Darul Fikri, 2 anak sekolah rendah.
Beliau tak pernah menunjukkan beliau susah walaupun saya tahu beliau susah. Kali pertama saya ke rumahnya terasa sayu, dengan sebuah teratak yang kecil yang hanya mempunyai sebuah bilik tidur, sebuah sofa yang usang di tengah ruang tamu yang kecil, rasanya bilik tidur anak saya yang tak sebesar mana tu lebih besar dari ruang tamu rumahnya.
Untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga, beliau yang masih dalam perhatian pihak keselamatan kini berniaga air soya di tepi jalan sebuah kampung di Kuantan.
Walaupuan beliau tak pernah bersunggut dengan susah yang ditanggung, namun saya terpanggil untuk terus membantu beliau.
Sahabat sahabat sekalian, atas rasa kemanusiaan, atas semangat mukmin itu bersaudara, marilah kita bantu beliau saya sertakan akaun Isterinya
Faridah Bt Daud BSN GIRO
No. Akaun 0611229000035843
Saturday, May 3, 2008
Isu Exco Wanita: Dr Ng Yen Yen HIPOKRIT!!

Maknanya Tok Nan MB Pahang tak yakin dengan kemampuan Shahaniza, sebab itulah dia tak dilantik, sebaliknya Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar Pahang.
Cuma saya hairan, dalam situasi ini dimana perginya Dr Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang kononnya nak menjaga Hak wanita.
Dr Ng Yen Yen sangat prihatin bila Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak senaraikan wanita sebagai Exco.
"Kita kini dalam abad ke-21 dan sepatutnya tiada lagi masalah daripada segi gendar dan memastikan ada perwakilan wanita dalam semua tahap pembuat keputusan," katanyakepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Wisma MCA 30 Mac lalu.
Keprihatinan Dr Ng Yen Yen terhadap nasib wanita di Perak sehingga dilaporkan oleh Bernama Pada 1 April lalu.
Katanya beliau sudah memaklumkan sendiri kepada Mohammad Nizar berhubung perkara itu. "Saya hantar surat rasmi dan bercakap sendiri dengannya semalam berhubung perkara ini. Saya minta dia pastikan bahawa anggota exco turut disertai oleh seorang wakil dari kaum wanita," katanya kepada Bernama di sini.
Dr Ng Yen Yen adalah Ahli Parlimen Raub. Beliau sibuk dengan negeri orang (Perak) yang tak lantik wanita sebagai exco tetapi membiarkan negerinya (Pahang) meminggirkan wanita dalam barisan Exco.
Ini Hipokrit namanya.
Lihat Petikan BERNAMA
Ng Bimbang Kerana Tiada Wakil Wanita Dalam Barisan Exco Perak
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen hari ini melahirkan kebimbangan beliau dengan ketiadaan wakil wanita dalam barisan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Perak yang baru dilantik.Beliau akan membangkitkan perkara itu kepada kerajaan negeri Perak, kata Ketua Wanita MCA itu kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Wisma MCA di sini hari ini."Kita kini dalam abad ke-21 dan sepatutnya tiada lagi masalah daripada segi gendar dan memastikan ada perwakilan wanita dalam semua tahap pembuat keputusan," katanya.Beliau berharap kerajaan negeri Perak akan menimbangkan semula pelantikan Exco wanita daripada perspektif gender.Dalam majlis angkat sumpah jawatan semalam, kesemua 10 Exco kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS Perak adalah lelaki, walaupun DAP mempunyai tiga wakil rakyat wanita, Lim Pek Har (Menglembu), Hee Yit Song (Jelapang) dan Leong Mee Meng (Jalong).Dalam pentabiran kerajaan negeri Perak sebelum ini di bawah Barisan Nasional (BN), portfolio jawatankuasa pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dipegang oleh wanita.Sementara kerajaan campuran DAP-PKR di Pulau Pinang telah melantik wakil rakyat DAP Ong Kok Fooi untuk menerajui jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan di Kelantan, PAS melantik Wan Ubaidah Omar yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kijang untuk memegang portfolio Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Kesihatan.Bagi kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor, empat daripada 10 Exco yang dilantik terdiri wanita. Mereka ialah Rodziah Ismail (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Theresa Kok (Pelaburan, Industri dan Perdagangan) dan Dr Halimah Ali(Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia).Sementara itu, Dr Ng menafikan laporan dalam sebuah akhbar tempatan bahawa MCA menyalahkan Umno bagi kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya umum 8 Mac."Ini merupakan tuduhan yang serius. Penilaian dalam post-mortem adalah amat jujur dan saya menafikan bahawa kami menyalahkan Umno sepenuhnya," katanya.Dalam sesi percambahan minda parti itu Jumaat lepas, MCA memutuskan bahawa ia perlu lebih lantang dalam menyatakan kepada umum apa yang parti itu telah lakukan dan capai untuk rakyat, katanya.-- BERNAMA
Dr Ng Minta MB Perak Timbang Sertai Wanita Dalam Barisan Exco
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen hari ini meminta Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menimbangkan pelantikan seorang wanita dalam senarai anggota exco kerajaan negeri.Katanya beliau sudah memaklumkan sendiri kepada Mohammad Nizar berhubung perkara itu. "Saya hantar surat rasmi dan bercakap sendiri dengannya semalam berhubung perkara ini. Saya minta dia pastikan bahawa anggota exco turut disertai oleh seorang wakil dari kaum wanita," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata Mohammad Nizar nampaknya menerima permintaan itu dengan baik serta cukup mesra.Semalam pejabat Menteri Besar Perak mengumumkan senarai portfolio 10 anggota exco kerajaan campuran DAP-PKR-PAS di Perak, dengan semuanya dari kalangan kaum lelaki walaupun DAP mempunyai tiga Anggota Dewan Undangan Negeri dari kalangan kaum Waita, iaitu Lim Pek Har (Menglembu), Hee Yit Song (Jelapang) dan Leong Mee Meng (Jalong).Dalam barisan exco kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini, exco bagi Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah dari kalangan kaum Wanita.-- BERNAMA
Tuesday, April 29, 2008
2 Tuan Syed di Pahang
YB Syed Abd Hamid Syed Muhamad (Kuala Semantan) turun padang mendengar keluhan rakyat di Pansapuri Plaza Temerloh baru-baru ini.
YB Syed Mohamad b. Tuan Lonik (Beserah) mengunjungi warga emas Mohamad bin Kasim di bangsal buruk yang menjadi kediamannya. YB Mohamad membawa Mohamad bin Kasim ke Klinik untuk Pemeriksaan Kesihatan kemudian berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.Friday, April 25, 2008
UMNO dan KERBAU..
Kerbau mengamuk ditembak 17 dasPASIR PUTEH 23 April – Seekor kerbau jantan yang mengamuk selama hampir tiga jam di bandar ini hanya dapat ditumbangkan selepas ditembak sebanyak 17 kali.
Kerbau berusia tiga tahun itu mengamuk semalam setelah tali pengikatnya terputus kira-kira pukul 4.30 petang.
Sebelum itu, kerbau berkenaan kalah ketika berlaga dengan seekor kerbau lain di Kampung Baru berhampiran bandar ini. (Utusan Malaysia muka hadapan)
Saya teringat ceramah Ust Azizan Razak di Stadium Negeri Perak baru-baru ni, katanya, UMNO laksana kerbau. Kerbau bila dihalau keluar dari petak sawah, sambil kerbau itu keluar sempat lagi meragut makan pokok padi. Itulah UMNO apabila diisytiharkan kalah dan perlu mengosongkan pejabat pentadbiran, mereka seumpama kerbau, sempat lagi meragut carpet, penghawa dingin, barang hiasan pejabat dan sebagainya.
Utusan hari ini pula memaparkan berita seekor kerbau yang kalah berlaga, mengamuk tak tentu hala. itulah UMNO sekarang ni... Kalah di beberapa negeri... mangamuk laksana orang gila.
Kerbau itu akhirnya tumbang setelah terkena 17 das tembakan... Itulah UMNO yang akan tumbang apabila 30 kerusi memihak kepada pakatan rakyat..
Wednesday, April 23, 2008
CERAMAH KG UBAI DIGANGGU ORANG UTAN
KEKECOHAN SEMASA BANJIR MELANDA KUANTAN
Untuk pengetahuan pembaca, inilah juga kampung yang JKKKnya menghalang Ust Nasruddin Tantawi dari menyampaikan bantuan makanan ketika banjir awal tahun ini beberapa hari selepas Aidil Adha. Mereka lebih rela melihat penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir kebuluran dari menerima makanan dari PAS. Atas kebijaksanaan Ust Nasruddin Tantawi dan Unit Amal Kuantan, Ketupat dan rendang berjaya juga sampai pada mangsa banjir di situ.
MALAM CERAMAH KECOH LAGI
Malam itu saya mempengerusikan ceramah 2 tokoh iaitu YB Hj Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena/ Ketua Penerangan PAS Pusat) dan YB Syed Abd Hamid Syed Mohammad (ADUN Kuala Semantan.
Tali yang pasang keliling kawasan lapang untuk menghalang penyokong Pakatan Rakyat meletakkan kenderaan
Oleh kerana kawasan itu milik Majlis Agama Islam Pahang. Kami merasakan tiada halangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai tempat paking supaya limpahan kereta tak mengganggu ketenteraman penduduk kampung tersebut. Kalau kawasan itu tak dibenarkan untuk digunakan, hanya Majlis Agama Islam Pahang sahaja berotoriti untuk menghalang. Sehingga ceramah berlangsung kami tak menerima apa-apa arahan tidak membenarkan kawasan itu digunakan.
Maka kami mengambil keputusan untuk mencabut segala halangan bagi memudahkan kenderaan parking.
Rupa-rupanya semasa ceramah berlangsung salah seorang JKKK telah bertindak kasar menghalang kawasan itu untuk dijadikan kawasan paking. Pertengkaran berlaku hampir mencetuskan pergaduhan tetapi Unit Amal bertindak Profesional atas provokasi ini.
Kelihatan lelaki berkain pelikat dipercayai orang kuat UMNO sedang memarahi penyokong Pakatan Rakyat yang meletkkan kenderaan di situ
Juru kamera yang merakamkan aksi itu hampir hampir dipukul, Inilah UMNO... betullah sebagaimana telahan tok Guru "kita berhadapan dengan ORANG UTAN yang tak mempedulikan undang-undang
Walaubagaimanapun ceramah berjaya dilangsungkan dengan baik lebih daripada 1000 orang hadir ke situ.
Sunday, April 20, 2008
AIR OH.! AIR ...

2. PAHANG. Caj sewa meter di Pahang bagi permis perniagaan RM 5.00 sebulan, manakala bagi permis kediaman RM 1.00 sebulan

3. SELANGOR. Tan Sri Khalid mengumumkan bekalan air sebanyak 20 liter padu percuma mulai 1 Jun. (dalam lingkungan RM 11.50.

Anda bagaimana? Nak macam TERENGGANU @ PAHANG @ SELANGOR
Sunday, April 13, 2008
KRONOLOGI ISU BABI DI SELANGOR
2. Dr Karim Mansor (ADUN BN Tanjung Sepat) mengambil kesempatan atas kemarahan penduduk setempat. Beliau dilihat berada dalam demonstrasi kecil itu. Turut tumpang semangkuk ialah Mohd Tarmudi Tusiran Ketua Kampung Ladang Tumbuk.
Gambar 1: Dr Karim Mansor, Gambar 2: Dr Karim Mansor dilihat turut bersama dalam demonstrasi penduduk, Gambar 3: Tarmudi Tusiran Ketua Kampung Ladang Tumbuk membawa wartawan utusan meninjau pencemaran najis babi. 3. Tan Sri Khalid bertindak profesional. Beliau mengumumkan projek ini telah diluluskan pada zaman pemerintahan Khir Toyo. Kerajaan negeri pimpinan beliau berpandangan projek ini baik kerana dapat selesaikan masalah pencemaran yang berpunca dari ladang babi yang diternak secara tradisional. Maka kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid mengambil keputusan untuk teruskan
4. Khir Toyo menafikan kerajaannya dulu meluluskan projek ternak babi ini.
5. Tan Sri Khalid mendedahkan dokumen kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangorpada 30 Januari 2008 lalu, (MB masa tu Khir Toyo) mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta PengambilanBalik Tanah 19606. Khir Toyo Kantoi. Akhirnya terpaksa mengaku memang kerajaannya meluluskan projek ini. Beliau berhelah kononnya pada zaman dia menjadi MB projek ini diluluskan dalam skala kecil. Beliau mempersoalkan perbelanjaan 100 juta
7. Segala-galanya terbongkar apabila akhbar Sun (15 April 2008)memetik pengakuan Lee Chong Meng, Bekas ahli Parlimen Bukit Bintang yang juga pengerusi pertanian Tradisional MCA. PETIKAN ARTIKEL AKHBAR SUN 
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa berhubung projek penternakan babi 100 juta itu, Dr Karim Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) dengan sebuah syarikat Bumiputera. Menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor di bawah Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Dr Karim Mansor!
Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.
Dr Karim Mansor (Wakil Rakyat BN Tg Sepat, Bekas SETPOL Khir Toyo) dan Tarmudi Tusiran (Ketua Kg Ladang Tumbuk) mempunyai kepentingan dalam syarikat bumiputra ini
Sebab itulah akhir 2007 Dr Karim Mansor dan Tarmudi telah diterbangkan ke Jerman untuk meninjau Projek ternakan Babi secara moden
Syarikat bumiputera itu akan dapat Levi RM50 bagi seekor babi. (Nota: RM 50 x 250,000 ekor babi = 12.5 juta)
Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Dr Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi
Sekali lagi Khir Toyo Kantoi. Turut sama kantoi ialah Dr Karim Mansor (ADUN BN Tanjung Sepat) dan Tarmudi Tusiran (Ketua Kampung Ladang Tumbuk)
Gambar : Dr Karim Mansor ketika melawat Ladang Babi Moden di Jerman. mengangkat tangan tanda setuju dengan cara ternakan babi secara moden. Kenapa sekarang beliau tak setuju pulak?8. Kenyataan Mufti Selangor dan Perlis


MUFTI SELANGOR - SS Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid
Jika matlamat kerajaan Selangor untuk keperluan orang yang bukan Islam, Umat Islam tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ia adalah kepentingan bagi mereka. Masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut
MUFTI PERLIS - SS Dr Mohd Asri Zainol Abidin
Jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku
