Saya makin tak berminat untuk menyentuh isu muqabalah/ muzakarah. Ianya bagaikan satu bom yang diletupkan supaya kita berlari untuk melihat letupan sambil meninggalkan posisi kita. Thursday, July 31, 2008
KEMBALI PADA POSISI
Saya makin tak berminat untuk menyentuh isu muqabalah/ muzakarah. Ianya bagaikan satu bom yang diletupkan supaya kita berlari untuk melihat letupan sambil meninggalkan posisi kita. Thursday, July 24, 2008
DATO FAUZI MENYERTAI PKR
Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat di Pahang. Namun bagi saya terselit sedikit kecewa. Saya mengetahui penyertaan Dato Fauzi ke dalam PKR ini lebih kurang jam 12. 30 mlm. Itupun selepas menonton TV 502 Berita Bernama sebaik sampai dirumah setelah Kuliah di Keratong 9. Tuesday, July 22, 2008
MUZAKARAH UMNO-PAS
Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor dan Perak ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.MAAFKAN KAMI... MAAFKAN KAMI...
Memandangkan kuliah dan ceramah saya mengunakan power point presentation, saya biarkan sahaja masalah tu. Nanti kalau 'kacau' lebih-lebih, jem lap top ni, hampalah pendengar kuliah saya yang mengharapkan saya hadir dengan berbekalkan Lap top.
Jadual kuliah dan ceramah yang padat membuatkan saya terus membiarkan streamix tidak di baiki. Bermula dari 17hb di Pekan, 18hb Khutbah di Al-Fatah Kuantan kemudian terus bergegas ke Jengka. 19hb bertolak ke Kuala Teriang untuk upacara perasmian Jambori Amal Dewan Pemuda PAS Pahang, Malamnya kuliah Maghrib di Surau Al Amin Bandar Husain On. Subuh 20hb kuliah di surau Cheras Perdana.
Jam 9.00 pagi saya dah terpacak di Taman Melewar kerana janji untuk ambil buku 'Dunia Tanpa Suami' dengan Kak Laila. Tak larat dah saya nak sebut kuliah tempat-tempat lain.
Maka saya mohon maaf atas blog yang tak dikemaskini. Beri saya dua tiga hari lagi untuk selesaikan masalah ni.
Wednesday, July 16, 2008
Monday, July 14, 2008
BANTULAH ADIK NUR IZZAH
Monday, July 7, 2008
Penjelasan Dewan Pemuda PAS Pusat - Insiden Himpunan PROTES
Mesyuarat Protes pertama Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais
Sunday, July 6, 2008
HANTU RAYA DI PENTAS KELANA JAYA
Acara dan aksi yang meruntuhkan kewibawaan PROTES, penyanyi menunjukkan punggung dan seluar dalam sambil menjerit perkataan... jilat... jilat. Apa ni... biadap tahap melampau.Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang (DPPNP) melahirkan rasa kesal atas Insiden yang berlaku semasa penganjuran Himpunan Rakyat PROTES kali ini. Apa yang kita bimbangi berlaku dalam himpuan PROTES menjadi kenyataan. Memualkan dan menjelekkan apabila acara pentas membelakangkan akhlak Islam dan budaya luhur masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Himpunan yang sepatutnya membawa suara rakyat dan keluhan rakyat menjadi himpunan ala Fun fair.
DPPNP telah dimaklumkan hasil perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS Pusat, jawatankuasa PROTES bersetuju untuk menggugurkan semua aktiviti nyanyian yang melibatkan band dan kumpulan - kumpulan sebagaimana yang tertera di poster sebelum ini. Tapi apa yang berlaku kami turun beramai ramai untuk ditipu oleh jawatankuasa PROTES
Nama besar seperti PROTES tidak seharusnya menyajikan acara pentas sebegitu. Seharusnya kita belajar dari Kejayaan Himpuan BERSIH. Walaupun tekanan yang begitu hebat namun ia gagal mengekang kebangkitan rakyat menuntut Demokrasi.
Semua rakyat terkesan dengan kenaikan harga minyak. Seharusnya himpunan ini lebih berjaya dan bermakna dari Himpunan BERSIH.
Kami hadir kerana mahu membantah kenaikan harga minyak dan mahu mendesak agar kerajaan UMNO dan BN memahami derita rakyat lalu menurunkan harga minyak . Kami bukan datang untuk berhibur
Suka diingatkan DPPNP bukan anti hiburan. Himpunan semurni ini bertujuan untuk membawa keluhan rakyat tidak sepatutnya bercampur aduk dengan hiburan ala barat.
Walaupun kami dimaklumkan liriknya mengutuk kedajalan UMNO/BN, seperti lagu Hantu Raya di Putrajaya tetapi tak ada perkataan yang boleh difahami disebabkan muzik yang bingit dan menenggelamkan suara penyanyi. Dengan aksi londeh seluar dan tunjuk punggung menjadikan aksi itu lebih sesuai digelar Hantu Raya di Pentas Kelana Jaya
Jawatankuasa PROTES seolah oleh memperbodohkan peserta perhimpunan yang datang dari seluruh negara. Kesengsaraan rakyat dipermainkan.
PROTES sampai turun bertukar kepada PROTES sampai nampak punggung. Ahli jawatankuasa PROTES yang bertangungjawab membawa budaya buruk ini seharusnya disingkirkan daripada jawatankuasa Himpunan Rakyat pada masa akan datang.
DPPNP mengutuk acara hiburan ala barat dan aksi-aksi pentas terlampau yang berlaku dalam Himpunan PROTES dan seharusnya ia menjadi pengajaran kepada semua.
SUHAIMI BIN MD SAAD
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Friday, July 4, 2008
KENYANGKAN PERUT RAKYAT
SINAR HARIAN hari ini melaporkan, sudah ada rakyat yang sanggup menjual buah pinggang akibat kesempitan hidup. Murali, 35 tahun, tidak meletakkan harga pada buah pinggangnya tetapi berharap bayaran yang akan diterima berbaloi. 
Utusan itu menjawab, "tidak, hanya orang yang kaya sahaja yang mampu memakannya kerana harganya mahal"
Thursday, July 3, 2008
APABILA KEBINATANGAN MENGHALAU KEMANUSIAAN
Berdosalah pada sesiapa yang merestui kewujudan undang undang rimba ini. ISA Terus menerus meragut kasih sayang insan. Hanya orang yang berhati binatang sahaja akan mempertahankan undang undang zalim ini. Selepas keluarga ini mendapat 'hadiah' Barisan Nasional, bapa mereka dilanjutkan tahanan untuk dua tahun lagi (2+2+2+2). Hari ini satu lagi hadiah diberikan oleh sebuah kerajaan yang zalim, dinafikan hadir pada saat nazaknya anak tercinta. Ikutilah babak menyayat hati ini. Keadaan bertambah sedih apabila rakan-rakan turut menangis teresak-esak sambil memeluk Aina yang terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya.
Sementara dua adik lelakinya yang setia menanti di hujung penjuru katil terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yaasin sambil menitiskan airmata. 
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.
Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.
Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.
Monday, June 30, 2008
HARAKAH DAILY : 30 JUN 2008
Ingatan tersebut dibuat Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad baru-baru ini, sejurus selepas tersebarnya isu terbaru kes liwat kononnya membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan dalam tindak balas sebentar tadi beliau melalui wakilnya telah menfailkan saman terhadap pemuda yang membuat tuduhan yang dianggapnya tidak berasas sama sekali.
Tambah Suhaimi lagi, adalah penting bagi setiap ahli PAS mendapat maklumat rasmi PAS dengan melayari internet dalam website Harakahdaily agar apa juga keraguan dan kebimbangan dapat dijelaskan melalui kenyataan-kenyataan pemimpin parti.
"Setiap ahli PAS kena mempertingkatkan usaha mendapat maklumat rasmi parti melalui sumber yang rasmi setiap masa, kita tak boleh mempercayai apa juga yang dipaparkan media masa yang berat sebelah.
"Oleh kerana politik negara semakin panas, akan banyak lagi perkara berlaku menuntut ahli parti tidak bertindak melulu mahu pun panik, jauh sekali mempercayai apa yang disiarkan surat khabar dan tv. Kita kena matang sekarang," katanya.
SINAR HARIAN : 30 JUN 2008

Semalam saya terlibat untuk merasmikan "Himpunan Anak-anak Ahli PAS" kawasan Kuantan. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan kerjasama PAS kawasan dan Dewan Muslimat Kawasan. Alhamdulillah kehadiran sangat membanggakan. Dewan Darul Fikri penuh dengan peserta. Saya menganggarkan lebih kurang 200 orang. Ratanya berumur 10 hingga 16 tahun. Saya difahamkan kombinasi Pas Kawasan Kuantan, Dewan Pemuda PAS Kuantan dan Dewan Muslimat Pas Kuantan menyumbang kepada kejayaan Program ini.
Klik pada keratan akhbar untuk membaca sepenuhnya liputan SINAR HARIAN.
Friday, June 27, 2008
HANGUS RM 18 JUTA SETAHUN
Landskap Putrajaya: Sebulan RM1.5 jutaLaporan Parlimen: Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.
Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di sini, hari ini.
Thursday, June 26, 2008
EURO 2008: PAKATAN VS BN 7+0
(Seloka Politi ini dipetikan dari sahabat blog kalam kerinchi)Perlawanan persahabatan diantara BN dan Pakatan telah masuk ke separuh masa yang kedua. Pada pusingan pertama, team Pakatan telah merembat 6 gol melalui penyerang utama Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyerang kedua seorang bekas banduan, Lim Guan Eng.
Monday, June 23, 2008
MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI ISA
Tuesday, June 17, 2008
MENJIWAI RINTIHAH KELUARGA TAHANAN ISA

Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun, "hari-hari terakhir 6 tahun" saya rasakan hidup bagai di atas bara api. Setiap kali tengok kalendar, fikiran jadi amat tertekan. Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik ialah ... tidor. Tapi tak boleh dilayan sangat.
Saya pergi GIANT membeli jus Peel Fresh Orange dan snack kegemaran saya - Vochele roasted almond .... tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.
Saya sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan yang masih bertimbun. Fikiran difokuskan terhadap program terdekat. Malu rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan tangisan yang berpanjangan. Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup kekurangan itu.
Saya amat bersyukur pada Allah SWT, Tuhan yang memberi nyawa, yang masih mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara pagi ketika terjaga dari tidur. Di sebalik tekanan perasaan yang tinggi, saya berjaya mengharungi saat-saat sukar, sebelum menerima berita/keputusan yang amat berat itu... Alhamdulillah.
"Sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun di sebalik kaca ...." Ya .... itulah realitinya. Saya reda dengan semua ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.
Bila-bila masa, sekiranya saya dipanggil Ilahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah, kerana saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya, untuk membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika ini.
Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu saja. Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi orang perempuan).. malahan semangat juang tetap membara di sanubari saya ...
Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allahlah penentu segalanya
Friday, June 13, 2008
CAKAP MINDA KELAS PERTAMA TAPI BODOH BERTINGKAT-TINGKAT
Katanya "Sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat janji nak turunkan harga minyak. Sekarang Turunkanlah harga minyak di Selangor, turunkanlah minyak di Perak dan negeri yang di kuasai oleh mereka.”
Hasrat murni MB Selangor ialah untuk mengutip dana bagi mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan bagi melatih belia-belia Selangor. Tanpa latihan, belia Selangor akan tidak dapat bersaing dengan limpahan buruh asing yang dikategorikan sebagai 'murah' dan bersedia untuk bekerja tanpa had. Ini mewujudkan keadaan yang kurang sihat untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia. Tambahan pula, kebanjiran pendatang asing yang sesetengahnya tanpa permit mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di kawasan setempat. Justeru, usaha mengadakan latihan ini wajar di sokong.
Hari ni Pak Lah buat cabaran supaya kerajaan negeri pakatan rakyat turunkan harga minyak, sedangkan itu juga bukan bidang kuasa kerajaan negeri. Wahai Pak Lah kalau sememangnya dah bodoh, jangan tunjukkan kebodohan itu pada rakyat. Moralnya, selagi orang bodoh memerintah kita selagi itulah kita tak akan maju. Negara dan Bangsa yang maju tak akan merelakan diri mereka dipimpin oleh orang yang bodoh.
RM 625: MENGAPA POS MALAYSIA ?
Saya menerima email dari seorang kawan yang memetik pendedahan seorang penulis yang mengelarkan dirinya Reformis. Pusing pusing anak beranak dia juga yang untung. Inilah yang di sebut oleh Tun Dr M, kerajaan 3 Beranak. Mari kita renung bersama
Thursday, June 12, 2008
YANG MISKIN, PAPA KEDANA
10 % elaun menteri yang dipotong tak memberi makna apa-apa sebab Pak menteri dan keluarganya terus hidup seolah tak mengeri penderitaan rakyat bawahan. Isteri para menteri Malaysia berbelanja di luar negera sehingga beg shoping terpaksa diangkut oleh 8 kereta. Mungkin sebab itulah Mufti Perlis baru-baru ini meluahkan rasa,“apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?.
Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Kapet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Saya sangat tersentuh apabila membaca artikel dibawah. Inilah suara hati rakyat Malaysia kini. Mari selamilah penderitaan rakyat bawahan sebagaimana gambaran di bawah:-Yang miskin, papa kedana..."
Oleh NORHAFIZAH ABD RANI
Khamis, 12 Jun 2008
SEMUANYA mereka telah lakukan, berjimat cermat, mengikat perut, menukar gaya hidup, mengurangkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya. Namun, ia tidak membantu mengurangkan beban kewangan golongan ini.
Walaupun langkah berjimat-cermat dilakukan, tetapi bagi golongan yang berpendapatan rendah, ia masih tidak dapat membantu meringankan beban kewangan mereka yang semakin terhimpit. Akibat lonjakan harga barangan keperluan, hidup yang sudah sedia terhimpit sebelum ini semakin tertekan.
Hakikat ini diakui sendiri oleh seorang penjaja makanan ringan, Saroja Supriamaniam, 42. Ibu kepada lima anak yang ditemui di kawasan perumahan kos rendah, Flat Seri Selangor di Jalan San Peng, Kuala Lumpur mengakui begitu terhimpit dengan anak-anaknya yang masih bersekolah. Suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berpendapatan kurang daripada RM500 sememangnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan makan minum dan perbelanjaan harian mereka.
"Saya terpaksa memasak sayur-sayuran hampir setiap hari kerana tidak mampu untuk membeli ikan, ayam dan daging kerana harga yang naik mendadak," luahnya yang kesal dengan kenaikan harga barang keperluan. Menurutnya, pendapatan yang diperoleh hasil daripada menjaja tidaklah lumayan tetapi cukup-cukup makan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke sekolah.
Jika dahulu sebelum berlaku peningkatan harga, Saroja mampu menghabiskan jualan makanan ringan di gerainya dalam tempoh seminggu tetapi kini berbeza. "Ramai ibu bapa yang berjimat cermat dan tidak mahu anak mereka membeli makanan ringan lagi," katanya.
Saroja yang membuka perniagaan bermula pukul 11 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari mengakui merasa tertekan dengan kenaikan harga barang itu. Akuinya, dia lebih sedih apabila melihat anak-anaknya juga terpaksa berkongsi kesusahan hidup yang ditanggung.
"Perbelanjaan sekolah anak terpaksa dikurangkan daripada RM2 kepada RM1 tetapi syukur anak-anak memahami walaupun mereka merungut. "Saya tidak lalu makan memikirkan masalah ini. Walaupun susah, perut anak-anak perlu diisi," katanya yang mendapat keuntungan kurang RM10 sehari.
Seorang tukang sapu, Rashidah Rimin, 47, juga mengakui kenaikan harga barang cukup merunsingkannya. Ibu kepada tiga anak ini turut berasa tertekan dan mungkin terpaksa memberhentikan persekolahan tadika anak bongsunya, Mohamad Nor Aswad Zainudin, 6. Semuanya gara-gara kos perbelanjaan sewa rumah sebanyak RM94 sebulan, bil air dan elektrik yang mungkin akan naik.
"Apa yang ada mereka makan sahaja walaupun berlaukkan telur setiap hari memandangkan harga beras yang semakin mahal. Ini menyebabkan saya terpaksa menyukat untuk memberi makan kepada anak-anak dan masak sehari sekali sahaja," luahnya yang tidak mampu membeli beras dalam kuantiti yang banyak dan memperuntukan tiga kilogram sahaja bagi seminggu. Pendapatan Rashidah berdasarkan kerja hari. Rashidah yang juga menghadapi masalah kurang pendengaran memahami perbualan menerusi pergerakan bibir. .
Katanya, mendiami di rumah pangsa menyukarkannya untuk bercucuk tanam. Namun, atas desakan hidup dia meminta jasa baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menanam serai di satu kawasan tanah yang terbiar. Suaminya, Zainudin Yusof, 42, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di Ampang mengehadkan perbelanjaan hariannya sebanyak RM6 sehari. Walaupun tidak cukup dia terpaksa juga lalui kerana tidak memiliki kenderaan dan perlu menaiki bas ke tempat kerja.
"Tambang pergi dan balik sahaja sudah mencecah RM4, baki dengan RM2 itulah perbelanjaan saya, saya membawa bekal setiap hari untuk berjimat," katanya yang menghidap sakit batuk kering. Sebagai ketua keluarga, Zainudin amat tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan ini.
Wednesday, June 11, 2008
POTONG SUBSIDI : KENAPA PAK LAH TERLALU BERANI?
Kenaikan 78 sen bagi petrol dan RM 1.00 bagi disel memeranjatkan kita. Ada yang hairan kenapa Pak Lah berani mengambil langkah yang tidak popular ini. Monday, June 9, 2008
Wednesday, June 4, 2008
RAKYAT KENA TIPU LAGI
Desas desus harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum dinafikan oleh pemimpin UMNO. Mereka memberi jaminan harga minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Petikan berita BERNAMA.
Pelancaran manifesto itu dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sementara itu, mengulas pelancaran manifesto itu, Najib berkata, ia merupakan ikrar BN dalam menentukan landasan hala tuju negara secara spesifik pada masa akan datang.Beliau berkata, manifesto itu bukan slogan atau cakap-cakap politik, sebaliknya mengandungi banyak pengisian yang substantif bagi membangunkan negara dan rakyat.“Saya percaya dokumen ini sesuatu yang boleh dipegang sebagai pengukur kejayaan kita dan juga landasan hala tuju kita pada masa depan,’’ ujarnya.Menurut Timbalan Perdana Menteri, manifesto itu boleh digunakan oleh rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan BN sejak empat tahun lalu.‘‘Kita sebenarnya telah memperincikan pencapaian kita dalam sektor dan bidang tertentu secara spesifik. Boleh dikatakan inilah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun.‘‘Jadi, rakyat dapat menilai apakah yang telah kita lakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan membawa rakyat Malaysia,’’ tambah Najib.
Esok kita nak dengar apa Najib kata. Jawapan standard pemimpin Umno, KENAIKAN HARGA MINYAK YANG DIUMUMKAN OLEH PM TEPAT PADA MASANYA. Akan ada pemimpin Umno yang menunjukkan kebangangannya sebagaimana ketika kerajaan umum kenaikan 30 sen pada tahun 2006 dulu
Tuesday, June 3, 2008
JOM BOIKOT UTUSAN DAN MINGGUAN
Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan RakyatKUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.
Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.
Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar Wan Azizah.
Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,
"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.
"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.
EZAM ! SELAMAT MENJADI BARUA UMNO
Saya antara insan yang sebelum ini menghormati dan mengkagumi Ezam. Selepas meninggalkan PKR dan memimpin GERAK rasa hormat dan kagum ini tak pernah luntur. Pada ketika khabar angin dia menyertai UMNO saya tak percaya. Tapi kini segalanya seperti yang kita ketahui.
Kantoi... Pemuda yang nampak berjiwa besar, rupa-rupanya budak hingusan merengek mahu dipujuk.
Benarlah dakwaan Ezam sebelum ini, tidak ada manusia yang ikhlas menyertai UMNO sehinggakan dia melafazkan "Tunjukkan pada saya seorang individu yang ikhlas masuk UMNO". Dia juga salah seorang pecacai yang tidak ikhlas bersama UMNO
Yang jelas selepas membaca kenyataan Ezam dalam Sinar Harian hari ini, barulah kita tahu tujuan Ezam bersama UMNO untuk terus menjadi barua UMNO. Untuk itu saya ucapkan pada Ezam SELAMAT MENJADI BARUA UMNO.





